lauk tengahari ahad 17 april 2011...
sebenarnya hari ni ilahjy masak nasi ayam.. dah lama tak masak kebetulan p NSK pagi tadi kat seri rampai beli sekor ayam .. nak tunggu depa potong lama sangat.. org ramai ... jadi ilahjy terus timbang dan bawa balik. terus jer dtg ilham nak buat nasi ayam... kalau dah potong tak best laaa sebab nak rebus saiz besar2.
ayam bersos kicap resepi rekaan ilahjy
bahan:
1 ekor ayam dipotong besar/4
3 inci halia ketuk
1 labu bawang putih ketuk
2 helai daun bay
sedikit lada sulah
sedikit garam
direbus ayam dalam air yg tenggelam, bersama bahan2 di atas sehingga ayam timbul.
toskan ayam dlm mangkuk.
bahan perap:
kicap, halia ketuk, bawang putih ketuk dan sos tiram gaul rata ke dalam ayam tadi.
goreng ayam dalam minyak yg tenggelam. seketika sahaja jgn sampai hitam.
lebihan kicap rendaman ayam hendaklah ditumis dgn minyak gorengan ayam tadi dalam jumlah yg sedikit. masukkan serbuk lada hitam dan bancuhan tepung gandum utk memekatkan sos.. setelah mendidih dan pekat tuangkan atas ayam yg telah dipotong kecil2..
sambal ala2 rendang kerang
bahan:
1 kilo kerang
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai
sedikit halia
sedikit kunyit
1 sudu besar serbuk soto
2 helai daun limau purut
mesin kesemua bahan dan tulis sehingga pecah minyak masukkan kerang dan masak sehingga kering sedikit.
http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
IKLAN KE3 -ILAHJY
RESEPI SUMBANGAN JY
sahabat yg rajen bicara
AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.
SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.
SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.
ilah1908@gmail.com
jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.
TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***
RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya
KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013
SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
hari ini 7 feb 2017
|
17 April, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Assallamualaikum Kak Ilah..
Kak, mintak sikit lauk kerang tu.. Kesukaan naz la tu kak..
salam kak ilah..
lyza jenjln nk cari idea utk minum ptg..adoiii ayam n sambal kerangggg..dua2 sedapnya..terliur tgk..ni yg buat lapo lg nie..hehe
lia pun dah lama x buat nasi ayam...tgk resepi kak ilah ni terus rasa nak buat...tp stok ayam yg ada ni dah di kerat2 plak....lia copy dulu lah resepinya yer kak...:D
ohooo..sambal kerang klu digandingkan dgn nasi lemak mmg terbaek lah....ingat lagi masa dok kat kem kuala kubu bharu dulu selalu beli nasi lemak sambal kerang....
kak ilah..terliurnya tengok sambal kerang ngan ayam tu....
sedappp la...
2 naz
boleh tapi tak cukup la sekilo sikit sangat.. anak2 kak pun suka...
2 lyza
wkslm lyza.. sama kak suka jalan2 kat dapo kwn2 kdg2 tak tinggal jejak..
2 lia
seronok jadi bini sojar dapat pindah rata hehehe..
2 mas..
mas lagi pandai masak ...lagi sedap..nak tau si piqa no 2 yg masak ni..mama cuma sediakan bahan.. dia kena deraaa..hehehe
Post a Comment