2 jenis masakan yg ilahjy suka hasil dari lala/remis
lala yg dibasuh bersih
*************************************************************************
kepah masak gulai lemak.. bukan masak lemak yaaa puan2 wala wala sedapnye
tengahari tadi g c4 wangsa maju dlm ramai2 manusia hari ni terjumpa sudut makanan laut yg disediakan khas amat cantik dan bersih dan tanpa bau seperti dulu.. c4 dah ada kemajuan.. tapi agak pening sbb masih baru dgn susunan brg terkini.. jenuh mencari brg2 dah berubah haluan
kebetulan si sulung nak balik U ptg tadi.. mama dgn bangga nya terus capai 2 jenis kepah dan lala ini sekali harung utk dimasak utk jihah dan terus bawa bekal ke U..makan malam di sana...
teringat arwah nenek suka makan lala kecik tuuu rebus mcm tu jerhirup kuah manisnyeee... ilahjy tak suka tambah daun kunyit dll sbb tak mau rasa lala dan kepah itu hilang...
nak resepi ker?? ilahjy masukan supaya anak2 kusss dpt buat rujukan 1 masa nanti..
sambal remis/lala jy
bahan:
1 kilo remis di basuh bersih selawat 3 kali supaya tak sakit perut
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
bahan mesin:
15 tangkai cili kering rebus sehingga lembut
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
mesin kesemua bahan2 ini sehingga halus dan tumiskan dlm minyak yg mencukupi sehingga pecah minyak. masukkan kesemua bahan cili sos dan kicap dan garam secukup rasa.
tambah sedikit air supaya kuah mendidih seketika. setelah itu baru masukkan lala dan didihkan sekejap dlm 10 minit dah sedia utk dimakan. rasa manis lala itu akan menyedapkan kuah..
lala/remis rebus:
rebus air bersama bawang dan sedikit garam sehingga mendidih baru masukkan remis/lala.
kepah gulai lemak. (bukan masak lemak!!!) cara nenek ilahjy ubah suai sikit...
bahan:
2 kilo kepah berus dgn berus sabut supaya kotoran ia hilang dan selamat utk dimakan..
santan pekat secukupnya
1 sudu besar rempah sup
1 sudu besar rempah kari ayam
3 btg serai ketuk
bahan mesin halus:
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
caranya:
masukkan bahan mesin,rempah sup dan rempah kari dalam kuali.
masak sehingga rempah bertukar wangii. jika kering air tambah lagi. lebih kurang 20 minit. lepas itu masukkan santan pekat, serai dan garam. sentiasa dikacau sehingga mendidih dan masukkan kepah tadi . masak lagi sehingga kesemua kepah terbuka. baru ditutup api.
nenek selalu masukkan buah gajus bukan biji nye.. buah gajus dibelah 4. fuhhh meleleh air liur teringatkan buah gajus/janggusssss...
selamat mencuba ya.
http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
IKLAN KE3 -ILAHJY
RESEPI SUMBANGAN JY
sahabat yg rajen bicara
AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.
SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.
SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.
ilah1908@gmail.com
jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.
TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***
RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya
KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013
SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
hari ini 7 feb 2017
|
03 July, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
akak..sedapnya tengok kepah ngan lala tu,..
Wah akakkkkkk... Sedapnya.. Naz suka..Lama dah tak makan..Kak, betul2 terliur ni..meleleh2 dah air liur naz ni haa...Menyeksa jiwa dan raga ku..
2mas
kepah tu agak liat isinya mas.. lala tuu masuk ilangggg
2 naz
kat tempat naz mesti selalu ada kan??/ Kl ni susah sikit tu kebetulan tuuuu
Post a Comment