ada 2 petua nak kasi pusingan karipap terbuka dan tidak terbuka semasa mengoreng..tanya sama ilahjy yaa.. berminat??? hehehe..mungkin kalian lagi pakar?
kalau nak pusingan dia terbuka cuba buka resepi di sini ya.. ada beza dgn resepi hari nie.. punya resepi goreng tak terbuka kerana ilah jy menggunakan air biasa.. tanpa menggunakan air dari peti sejuk... tapi bahan2 masih sama...cara memusing juga sama... bilaguna air ais gorengan akan terbuka. tapi tidak menampakan inti.. lekang sikit2 jer..
PETUA ILAHJY:
1.guna air ais_gorengan akan terbuka
2.air biasa _gorengan merapat mcm dlm gambar diatas.
isi ikan kembung yg telah di rebus dan dihancurkan
PELIK TUUU...JOM BACA DULUU.. IOOYAAA DAH PUSING, PENING, TEMENUNG LAAA HAHAHA JOM GELAK2 JUMAAT..
SABTU NAK BERKURUNG DLM UMAH NAK DUK DIAM2.. MENGERAMMMMM...
temenung ni adalah satu jenis nama ikan..sapa tak kenal nama ikan ni jangan jadi rakyat malaysia... amboii KASAQQ nya ... sebelah kedah negeri kusss ikan kembung kami panggil temenung. sebab lepas naik dari laut ikan2 ni akan temenung susah hati.. nak hantar ke mana lepas ni... rupanya nak di hantar ke klompooo jauhhh.. sampai sini KL IKAN tu dah kembung laaa tak berapa elok lagi.. hikhikkkk ... maka itulah sejarah nama ikan kat malaysia ni ..jgn tak tauuu yaaa...
SOALAN:::sapa berminat nak tahu resepi inti karipap ikan kembung ciptaan ilah jy pada 7 julai 2011... sila angkat/tulis KOMEN kat kotak bawan tuuu hikhikkk.... selagi tak de permintaan selagi tu tak masuk resepi ..ececeee... sapa lah nak ??? pelik sikit dari org lain kan kan... layannnzzzz.... tungguuuuuuu....
dah masukkan resepi lewat sikit sbb ada tamu dtg umah.. jahit tepi
resepi inti ikan kembung:
sumber kazanah dari ilham kusss sendiri...direka cipta pada 7 julai 2011
bahan:
4 ekor ikan kembung sebesar 4 jari. (ikan dibersihkan dan rebus dlm air secukupnya. simpan air utk digunakan.)
1 biji kelapa ambil pati dlm secawan
3 sudu besar serbuk kari ayam
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar lada hitam tumbuk halus
1 ulas bawang besar dadukan
1 batang lobak merah dadukan
bahan utk menumis:
bawang merah dimayang
bawang putih di mayang
daun kari 2 pelepah
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
caranya:
1. panaskan minyak masukkan kesemua bahan tumis. goreng sehingga wangi.
2. masukkan sedikit air rebusan ikan dalam 1/2 cawan, masukkan rempah kari dan serbuk cili kacau sehingga pecah minyak.
3. masukkan lebihan air rebusan ikan secukup utk melembutkan lobak merah. boleh digantikan kentang. setelah empuk masukkan, ikan, serbuk lada hitam, bawang dadu, pati santan dan
garam secukup rasa. kacau sehingga kering sedia utk digunakan.
selamat mencuba yaa...itulah alkisah nama karipap temenung...
2 comments:
rajinnya kak ilah buat karipap pusing..
cantikk...
mmg dah mula pusing2 n termenung fikirkan apa akak masak. :)))) klu x iya2 x jadi karipap pusing ni kan kak..apa rahsia/petua karipap akak ni kak?
Post a Comment