terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








06 January, 2011

261. apam koko mekar .. teramat senang pejam mata leh jadi..

sarapan pagi 6 jan 2011...
salam sejahtera kepada sahabat walaupun di mana berada di dalam mahupun di luar negara.
semoga kita sentiasa sihat sejahtera disamping tugasan kita sebagai suri rumahtangga biar yang sepenuh masa atau sebagainya..

semalam RESEPI SUMBANGAN JY TELAH MENERIMA KUNJUNGAN DARI SEPANYOL...
beliau juga menjadi followers kepada blog ini.. apa yang ilahjy kesalkan ialah selama ini ilah jy menggunakan bahasa pasar.. yang lebih mesra alam kepada kita semua rakyat senegara .. dalam suasana santai dan bergurau senda.. setakat menggunakan bahasa Melayu 100% mungkin tidak akan sampai dengan kepuasan yang diharapkan.

tetapi itulah hakikat jika kita / ilah jy menjaga bahasa mungkin pengunjung dari sepanyol ini dapat membaca dan mempelajari resepi ilah jy dengan lebih lengkap lagi.. apa yang ingin ilah jy nyatakan di sini ialah.. penggunaan terjemahan bahasa. bila blog ini diterjemahkan ke bahasa inggeris, ternyata hancur berterabur maknanya ...(hehehe) kesian kepada pengujung dari luar negara. tetapi ilah jy juga teliti blog beliau juga menggunakan bahasa mereka sendiri.. tetapi belom sempat ilah jy pergi kebahagian terjemahan sebab talian intenet beberapa hari ini memang sangat lembab.

hari ini dengan hangat hangat taik ayam ilah jy cuma menggunakan sebaik mungkin bahasa kita ini dan ilah jy akan cuba ke bahagian terjemahan adakah ia menepati tatabahasa yang diperlukan? (hahahaha....kena belajar semula) sudah lama ilah jy meninggalkan bidang penulisan yang suatu masa dahulu teramat diminati..
baiklah mari kita tinggalkan bualan kosong yang penuh bermakna ini.

para sabahat ku sekelian, beberapa hari lepas ilahjy masak apam gula merah tapi tidak mekar seperti yg diharapkan...
tetapi pagi tadi semasa ilah jy menyediakan sarapan untuk keluarga, tiba tiba sahaja apam koko ini telah menjadi mekar.resepi asal tidak seperti ini... apa lagi ilah jy sangatlah suka hati... resepi ini ilah jy telah masak di N3 yang lepas.. ingat tak bahannya ilah jy gantikan dengan MILO???. resepi itu ilah jy ambil dari blog mas DUNIAKU.. mari kita saksikan apam ini telah mekar setaman..(hehehe.. perasan sendiri nampak...???) jangan marah ya mas. kak terperasan sekejap..kak ilah telah kasi pada jiran untuk merasainya. mereka pun sangat hairan macam kek pun ia..

alahhhhhh susah betoi lah guna bahasa 100% asli ni... lambat lah nak taip.. huhu buang masa sikit sebab guna sepenuh ayat.. hehehe tak sanggup rasanya nak teruskan... tapi bukan maksud nak memperlekehkan bahasa.. ampun ya yang berminat dlm bidang ni... suatu masa masa ilahjy sekolah BM memang tertinggi dalam kelas... sepanjang zaman dari tingkatan1 sampai upper six...

okies lah maaf byjk ya jika terbuang masa kalian. ilah jy terpaksa jadi diri sebenar dlm blog ni..ampunnnnn huhuuuu....
bahan ulang tayang supaya senang anak cucukus nak rujuk:

BAHAN:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu teh soda baikabornat
2 susu besar serbuk koko

senang jer masak dia.. campurkan kesemua bahan dalam blender kisar sehingga sebati. kemudian masukkan dlm cup cake, LETAK DALAM acuan lompang kukus 10 minit sehingga masak... tadaaaaaa kan senang mcm pejam mata pun leh buat....




9 comments:

Unknown said...

Salam kak ilah...saya dtng terbang dgn jet laju tgk apam akak yg mekar setaman ni....ada lagi tak kak? nak ler 2 ketoi bawa blk jauh mai ni...kihkihkih...:)

ilahjy said...

fuuuuuu hhhhhh patut la berderooommmm kat atas blok kak ni.. ingat bunyi apa tadi rupenya org dari helsinki dah sampai.. alaaa apam ni kak ilah dah kasi habiss kat 2 org jiran petang tadi..depa sukaa.. tak pe tak peee nanti kak buat.. tak dan nieza langkah turun dari jet kuih apam ni dah sedia terhidang...kuikuikkkk

Azlita Aziz said...

ilah... aduh! kembang setaman...sedapnyer apam koko ni... esok nak buat la... hihihi

Mas said...

teror la kak, cantik apam akak mekar...nnti nk try wat lgi...agaknya sebab masuk dlm papercup kot kak...tapi sedapp kan kak apam ni...macam kek coklat rasanya...

ilahjy said...

2 ita
jangan luper guna capkek yg comel tauuu kalu yg besar takut tak jadikkk

2 mas
agaknya masss...pestime ni..

cikmanggis said...

salam ilah..akak pejam mata ni sb nak buat apam tapi terlanggar meja la pulak hehe.Cantik mekar nya tu ilah..mekar sejambak gitu.nanti boleh cuba ni.Terima kasih selalunya bila cm ambil resepi ilah mesti jadi punya..thanks dear:)

ilahjy said...

wkslm kak cm yg manisss..
puji ada makna ker...
ala dah agak dah mesti langgar meja sapa suruh pejam mata
kita kata mcm jer heheheheeee kelakau la akak nii..
alah ilah pun amek dari mas dunia ku resepi ni.. mas lah yg pandai... kan mas?? hehehe

Deliah's Deli said...

salam kenal kak...tkasih follow blog :) ermmm,suka resepi senang2 camni..leh try :)

NuRIn said...

Salam, saya buat tp xmekar pun... nk tanya ms dlm blander mcm pekat je, nk pusing pun mcm xbp nk sebati je.. mmg pekat ke.. pastu saya kukus lebih setengah jam pun x mekar2 pun.. siap rasa mcm ketul2 gula lagi... camne tu...