terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








30 April, 2009

98. SAYUR kOBIS PJG REBUS SOS TIRAM RINGKAS ...

direka oleh anak dara kuss hari ni 30 mei 09 enak tanpa minyak.. aku ratah jerrr

bahan:

sayur kobis panjang dipotong lebar
air secukupnya
sos tiram

caranya:

rebus air yg cukup2 utk sayur sehingga mendidih, masukan sayur didihkan shingga empuk baru dimasukan sos tiram. rebus lagi seketika, itu jer tak perlu apa2 lagi bahan...sedap dan enak dimakan begitu saja.... elok utk org yg tniggi kolestrolnya mcm aku ni...huhuhu

97. SAMBAL SOTONG NENAS

masak pada 30 april 09..anak dara kuss yg masak...

caranya: macam sambal biasa lah...gantikan air asam jawa dgn buah nenas jelaaa...senang bai tu..

28 April, 2009

HARI NI AKU KEHILANGAN SEBUAH BUKU RESEPI MEMBUAT KEK

inilah kerja tangan dr ida bakery cantik sungguh.. berilah sokongan dan ameklah peluang utk belajar...nak suruh anak dara kus pergi nak bincang2 dulu...dgn ida..hehehe...
KERANA TERLALU FANATIK AKU AMEK DR KOLEKSI IDA..JGN MAREE YA IDA..MUAHHH


dalam sibuk2 aku membuka blog kek2 tetiba aku teringat buku koleksi aku tu...puas aku merosek ..tak jumpa ..nak buat macam mana dah qada dan qadar dr Nya. print la semula...ada juga yang terbekenan agaknya...huhuhu sedih tol la..kalu minta aku mesti print bagi percuma jer...

27 April, 2009

96. KETAM MASAK LEMAK NENAS

lunch kami hari ni 27 april 09
bahan:

ketam dibersih dan ketuk sepitnya supaya pecah
santan secukupnya
nenas dipotong nipis
serai diketuk
2 sudu besar serbuk kari ikan
bawang besar
bawang putih
cili padi
kunyit hidup

carnya:
1. mesinkan kesemua bahan rempah.bawang2, cili padi, kunyit hidup,
2.panaskan kesemua bahan bersama ketam dan nenas juga serai sehingga mendidih
3. masukan santan pekat dan garam kacau jgn pecah minyak sehingga mendidih. dah siap..

26 April, 2009

95. DAGING BURGER BUAT SENDIRI... SUMBANGAN areffa.. kelakar group..

gambar dari resepi kiriman areffa..maceh ya

Bahan2nya:

1/2 kg daging lembu cincang
4 ulas bawang putih (kisar)
1 biji bawang besar (kisar)
2 biji telur
sedikit daun bay leves, basil, oregano, thyme
3 sudu minyak sayuran
1 batang serai (kisar)
2 inci Halia (kisar)
sedikit soya sos/kicap
1 ikat daun ketumbar (racik)
garam dan gula secukup rasa

cara2nya:

1.gaul suma bahan di atas di dalam satu bekas hingga rata.
2.sesuaikan rasa nya.
3.sediakan 2 buah bekas bulat.
4.masukkan daging yg telah digaul tadi setebal sekeping burger..ratakan, ...
5.letakkan diatasnya aluminium foil...
6. ulangi step yg ke 4 dan 5 tu hingga penuh bekas.
7. letak di dalam freezer semalaman, esoknya boleh la di masak.


Terimakasih areffa..semoga mendapat berkat..akak pun tak pandai buat burger...mesti nak cuba ni..dah ada resepi ni...

94. IKAN GORENG MASAM2 MASIN SEMANIS JY..

lunch hari ni 26 april 09

bahan:

ikan merah bersaiz kecil, goreng seperti biasa

tumiskan bawang besar, halia mayang, sehingga wangi,
masukan carot dan timun yg dipotong nipis, masukan air asam jawa secukupnya, bersama sedikit kicap cair garam dan gula.
masukkan cili merah hijau yg dimayang bersama tomato dipotong nipis dan sedikit daun bawang dan daun sup di potong panjang.
lebihkan kuahnya kalau suka. tadaaaa dah siap...

ringkas dan cepat..main campak2 jer...

93.. SAMBAL TERUNG GORENG IKAN BILIS

lunch hari ni 26 april 09
bahan:

terung panjang dipotong nipis dan goreng sehingga garing
sedikit ikan bilis digoreng garing
cili dimesin bersama bawang besar dan bawang putih
sos tiram
kicap pekat

caranya:
tumiskan cili sehingga garing masukan sos tiram dan kicap garam masukan sedikit air
setelah pekat masukan terung goreng dan ikan bilis goreng kacau sebati tutup api segera.

25 April, 2009

92. RENDANG DAGING ku yg ringkas

Masak pada 25 april 09

bahan:

daging di potong nipis
santan pekat
rempah rendang
serai
halia lengkuas
bawang besar
bawang putih
kerisik
cili kisar

cara:

tumiskan bawang2 halia dan serai yg telah dimesin halus. bersama cili kisar sehingga pecah minyak. masukan daging yg digaul bersama rempah dan santan pekat sehingga daging empuk.

09 April, 2009

91. ROTI BUN JY...aku reka ler sendiri adunannya

sbenarnya tiada guru yg mengajar aku membuat bun ini semuanya aku adun dan tambah sendiri
berkali kali mencuba tentu lah menjadi.. boleh juga dijadikan berbagai roti...kau org reka lah sdri...nak tambah kismis ker inti ker kacang ker ikutlah ...kalu piza r...hanya tambah hiasan diatasnya dan nipiskan adunan dan bakar laa...
mengancam tak????
alamak tak sekata lak gula ni.. sowe x pasan
boleh juga sapu telur yg dipukul di atasnya
AKU BAKAR PADA 9 APRIL 09
bahan:

1/2 kg tepung gandum
1 paket mauripan
1 biji telur ayam
2 sudu besar marjerin
3 sudu gula pasir
2 sudu susu pekat manis
2 sudu teh baking powder

caranya:

1. ayak tepung gandum bersama baking powder
2. lubangkan tengah tepung, masukan mauripan , gaulkan rata
3. masukan marjerin gaul jadi serbuk roti
4. lubangkan tepung masukan telur . marjerin, gula, susu pekat, air secukupnya
5. ulikan sehingga sebati lebih kurang 10 minit ulinya.
6. lembutnya seperti telinga anda bahagian kau org pakai subang tu laa weyyy kelakau ker..edak lah ini memang petua aku lerr ...
7. perapkan sehingga naik dua kali ganda.
8. uli semula dan bulatkan sebesar mana yg kau org suka, masukan dlm loyang bergris la biarkan naik 2 kali ganda sekali (lagi tutup dgn towel basah)
9. lepas tu apa lagi bakauuu ler 170 darjah f. selama 30 minit
10. kau org jangan lupa sapukan susu di atasnya supaya lembab
11. dekat nak masak sapu lagi susu.
12. angkat tabur lah gula pasir atas nya biar mengancam..jgn nyawa terancam kena kencing manis dah laaa weyyy

90. JERUK BUAH-BUAHAN

jeruk mangga muda (SEMUA BUAH BOLEH AJERRR)

bahan:

buah mangga muda dibasuh bersih
rendamkan ke dalam air suam 2,3 jam
angkat belah dua buang bijinya
belah lagi ikut saiz yg kita suka
rendamkan ia dalam air kapur dan garam yg secukupnya selama 2,3 jam
toskan dan masukan kedlam bekas yg berisi air gula
biarkan selama 2,3 hari baru dimakan.
selepas itu hendaklah disimpan dlm peti sejuk krn tiada bahan pegawet
ia tidak tahan lama.

air gula:

gula dimasak bersama pewarna kuning sehingga pekat,
sejukan baru dimasukan kedlm buah.

manis nya gula ikut berapa banyak buah yg kita gunakan.
selalu aku buat sebalang kecil buah 2 kilo gula.