haiiiiii kawan2 semuaaaa apa khabar? ada yg berpuasa? ilahjy dan anak2 dah hari ke2 hari ni mula berpuasa. minggu pertama raya hari tuuu coootiiiieee mana leh puasa...
pagi tadi jalan2 kat MUKA BUKU nampak ita masam manis buat apam ni.. sempat bual2 dgn ita. lepas tu out..terus buat apam dot dot versi apam pelangi.
dah kali ke 3 ilahjy buat guna resepi apam pelangi, yg ilahjy ubah suai dan diguna pakai oleh kawan2 dlm N3 masing2...
pernah masa mula2 buat apam dot2 ni, tahun lepas ilahjy guna resepi hana memories..mama darwish.. memang sedap resepi dr mama hana...
al kisah..selepas dah ubah suai sukatan bahan2 asal apam pelangi dan ilah jy terus gunakan resepi itu sampai hari ni. minggu depan ada sorg kawan nak tempah apam dot dot ni.. maka hari ni ilahjy cuba buat inti cekelat sendiri nampaknya menjadi...
klik sini resepi apam pelangi yg telah ilahjy ubah suai suatu ketika dulu...dapat 95 biji kesemuanya
inti coklat hasil ciptaan ilahjy pagi tadi:
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan susu sejat/cair
5 sudu besar gula/ikut manis masing2.
2 sudu besar marjerin
caranya:
kesemua bahan hendaklah di kacau sebati kemudian dipanaskan dgn api perlahan. sehingga pekat. kemudian masukkan marjerin dan padam api kacau sehingga sebati. sejukkan baru di isi dalam beg ising. kemudian rendam sebentar dlm air batu. sedia utk digunakan. selepas ia masak ia akan mengeras di dalam apam.. tidak langsung menjejaskan apam....
selamat mencuba....
ulang tayang resepi apam:
4 biji telur ayam rendam dlm air ais
2 sudu teh ovellet
300 gm gula halus
1 sudu teh esen vanilla
dimesin sehingga gebu dan ringan kemudian masukkan esen vanilla.
kemudian masukkan:
300 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder< diayak bersama
berselang seli dengan
250 ml santan kara (1 kotak santan campur dgn air jadikan 250ml)
kacau sehingga sebati kukus selama 10 minit.