terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








23 January, 2017

879. UDANG PENGANTIN KESANG JOHOR


udang gedabak ni ilahjy beli di kesang laut johor
sempadan melaka. 30mt dari kediaman kami.
walaupun udang ni sumber besar penyumbang kolestrol, tapi rakyat malaysia tetap sanggup membelinya biarpon mahal macam emas 916. hahaaa ye la tuuu 916. 
apapun terpulang kpd selera dan duit masing2.
kerja bagai nak rak nak makan pon berkira memang tak merasa lah sampai bila bila pun,
banyak ni je ilahjy beli 2 orang je makan. ini pon dah berbelas2 rm.


21 January, 2017

878. PUCUK UBI, PETAI, KERANG MASAK LEMAK


pucuk ubi yang kami tanam ini ada 4 jenis rupanya. daun hijau lembut, daun hijau tua, daun hijau tua jenis kecil tangkai merah dan yg ke4 daun hijau tua berjari panjang.
diantara ke4 jenis itu daun hijau tua yg plg lembut daunnya selepas dicelur utk dijamah sebagai ulam dan enak dimakan. yg lain2 tuu daunnya liat. wpon lama direbus. 
bagaimana pun terpulang  kepada selera masing2 yang mana kalian paling suka.
suatu masa jika diizinkan ilahjy akan ambil gambar buat tatapan kalian.



13 January, 2017

877. IKAN TENGGIRI JERUK MASAK ASAM.




hasil kutipan limau kasturi daripada kebun kami utk kali ke dua tahun ke2. ilshjy buat jeruk ikan tenggiri ini.
perapan 24jam. esoknya baru digoreng.


caranya:

4 keping ikan tenggiri
15 biji limau kasturi ambil jusnya
1 sudu besar garam secukup masin

gaul sebati kesemua bahan, perapkan bersama 
sedikit hirisan halia, bawang besar, cili merah

cara memasak ikan masak asam.

2 biji tomato bajikan
daun sup

panadkan minyak, goreng sehingga sederhana garing bersama serbuk kunyit. toskan ikan. dalam minyak yang sama, masukan bahan perapan, tomato masak sehingga layu buah tomato. madukan jus perapan ikan tadi bersama daun sup dan sedikit air, dah mendidih baru masukan ikan. setelah masak sebati padam api. tak perlu garam sebab perapan tadi dah memadai masinnya.



12 January, 2017

876. ALA2 SHARK PIN SOUP


mudah je resepinya

didihkan air, masukan minyak bijan, sedikit cuka, sedikit kicap, sos tiram,
kiub ayam, sedikit garam.
setelah mendidih, masukan sebutir telur yg dikocok dan dituang tinggi ke dalam periuk tadi dan dikacau laju
setelah tu masukan isi ketam, udang dan sotong. juga sedikit suhoon.
bancuh sedikit tepung jagung dan tuang ke dlm kuah. setelah mendidih padam api. sedia utk dimkn.

11 January, 2017

875. DAGING MASAK MERAH JY


1 kilo daging potong  ketul2 jgn ikut atau lawan ira urat potong caca marba akan melembutkan daging impot ni.

bahan dimesin halus:
1 mangkuk kecil cili kering mesin
1 biji bawang besar
beberapa ulas bawang putih
1 ketul lengkuas muda
1 ketul halia
1 sudu besar jintan manis 
1 sudu teh jintan putih

bahan2 tambahan:
2 sudu besar rempah sup
2 sudu besar rempah gulai rose
1 paket santan
beberapa sudu sos tomato
1 biji buah tomato

bahan penumis:
bunga lawang, k.k.manis
beberapa batang serai diketuk

masak macam biasa

kesemua bahan2 di mesin halus. 
tumiskan bahan mesin, kulit kayu manis dan serai. masukan pula rempah rose, rempah gulai rose, masak p sehingga pecah minyak.
masukan  daging dan tambah air untuk melembutkan daging, setelah daging empuk masukan sos tomato dan buah tomato cincang halus, masak sehingga empuk baru masukan santan. keringkan santan tadi mengikut selera kita. 


10 January, 2017

874. KARI AYAM BERGAJUS





pernah makan buah gajus? zaman la ni masihkah antara kita kenal buah yg mempunyai biji nya diluar buah?
antara masakan yang enak dimasukan buah gajus ini ialah kari ayam. buah gajus dibelah 2 dan diperah habis airnya elak batuk bagi yang alah.
masak kari ayam seperti biasa masukan gajus bila ayam separuh empuk.

08 January, 2017

873. KERABU PERUT TAUGEH CARA JY



Resepi Kerabu Perut Cara Ilahjy

Bahan2:

1 mangkuk kecil perut di potong kecil
1 mangkuk kecil taugeh dicelur
1 biji bawang besar di mayang
1 biji cili besar dimayang
1 cawan kelapa digoreng kekuningan blend halus *bukan kerisik
1/2 cawan pati santan
1/2 cawan sambal belacan
2 helai daun cekur dimayang halus
1 ketul isi cekur di mesin bersama sambal belacan
2 biji limau kasturi amek jusnya
Garam gula

 Gaul kesemua bahan sehingga sebati
 seimbangkan rasanya.

07 January, 2017

872. DAGING PERKASAM MASAK LEMAK


DAGING PEKASAM MASAK LEMAK DINNER MLM NII...  mak aiii baru rasa sikit... fuuyoooo terangkat habissss kalah daging salaiiii... daging ni lembut, masak jap jerrr
maaf tayang makanan mlm niii. CNP dari fb ilahjy

semangkok sederhana daging pekasam jgn basuh buang dan tinggal sikit2 berasnya. utk memekatkan kuahnya
3 biji cili merah
kunyit hidup
1/2labu bawang besar
 4 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji tomato dibajikan
1/2 kotak santan
3 batang serai ketuk dan potong serong
sehelai daun kunyit

Masak mcm biasa. 

05 January, 2017

871. NASI BEREMPAH ILHAM JY

harap maklum resepi ilahjy semua terbitan dari draft yg disimpan dlm thn 2016. jangan terkejut bila membaca cerita2nya.

set nasi berempah utk berbuka seisi keluarga semalam.... 22 mei 16. syukur.... lama dah tak masak nasi minyak2 ni.. tapi beras basmathi ni tak cukup panjang. jenama yg x pernah nampak. beli kat kedai dikawasan kondo merpati niii... yg terbaik faiza juga... apapon syukur sunat nisfu syaaban terlaksana jua seisi keluarga...
nasi ni hasil rekaan ilahjy...gabungan rempah sup dan rempah masak rose... memang sedap hehehe



bahan : resepi ilham ilahjy

4 cup beras basmathi rendam seketika

 rempah:
2 sudu besar serbuk rempah sup
1 sudu  besar rempah masak rose

bahan penumis:
1 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar dimayang
1 inci halia dimayang
3 ulas bawang putih dimayang

sedikit garam
air secukup menumis

minyak:
1 senduk marjerin
1 senduk minyak masak
2 sudu minyak sapi

caranya:

1. panaskan ketiga2 jenis bhn diatas, tumiskan bahan penumis sehingga kekuningan.
masukan sedikit air dan rempah2 kacau sehingga garing.
2.masukan beras dan gaul sebati. tambah air secukupnya dan garam.
3. setelah masak gembur2kan nasi. bila api dah padam baru titikkan pewarna kuning telur.
4. biarkan nasi masak sepenuhnya baru di gaul kan pewarna tadi keseluruhan nasi.

ACAR RAMPAI:
1/2 batang timun dipotong panjang buang isi tengah
1/2 batang karot potong mcm timun
1/2 biji nanas muda potong baji

bahan dimesin:
1/2 biji bawang besar
sejemput ikan bilis

rempah:
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh jintan manis

penambah rasa:
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
3 sudu besar sos cili

caranya:

panaskan minyak, tumis bahan mesin. masukan biji sawi dan jintan kacau sebati baru masukan rempah2 dan tambah sedikit air jika perlu. setelah pecah minyak baru masukan penambah rasa. masukan kesemua sayur2an tadi dan beri sedikit garam.

AYAM MASAK MERAH:

1/2 Ayam dipotong kecil digaram kunyit
goreng 3/4 masak

bahan mesin:
20 biji cili kering
1 inci lengkuas
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 biji tomato besar

3 batang serai diketuk
sedikit sos cili

caranya:

tumis bahan mesin dan serai dlm minyak gorengan ayam sehingga pecah minyak. masukan ayam dan sos sedikit garam. tambah air untuk terus memasakan ayam. kuahnta ikut selera mahu pekat atau sederhana.

04 January, 2017

03 January, 2017

869. CENDAWAN SISIAQ ON9 MASAK LEMAK KETOLA





Cendawan ni kali ke2 ilahjy oder online saja nak test rasa. Rupanya berbauuu busukkkk dan bercampo kotoran saki baki guntingan plastik dan akar2 dimasukan juga. Memang serik lah nak oder kali ke 2 dgn org ni. Yg pertama oder dgn org lain. 
Tapi memanglah mahal harganya. Ingat bila ternak sendiri x ori rasa dpt murah. Tapi apa nak kata harga org.. kita kena akur. Berbeza sungguh yg kutip dipokok getah enak wangiii
Kali ke3 pernah oder dgn org lain.. tak de bau bersih dan sampai hari hi belum masak lagi... nantilah ilahjy try masak kita tengok macam maa pula rasanya

01 January, 2017

868. SIAKAP BAKAR BERLADA HITAM. HAPPY NEW YEAR 2017 thn ke9 blog ini lahir.

SELAMAT TAHUN BAHARU 2017
dan 
SELAMAT ULANG TAHUN KE 9 
RESEPI SUMBANGAN JY



bahan2nya:

1ekor ikan siakap belah  belakang

1 sudu besar lada hitam
1 inci halia
3 ulas bawang putih

kisar halus bahan2 ini dan lumur semua bhn dgn garam  keatas ikan. perap  sebentar. bakar atas non stick pan sehingga masak.