terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








29 January, 2015

705. CARA BERLAUK

Guna adunan kuih cara. Masak daging seperti membuat kari campur kentang dadu.



28 January, 2015

704. BLENDED OREN CAKE

Siaran ulangan. Resepi lama. Perut sakit akibat salah makan. Terlupa pantang.
Tetiba teka terasa nak makan kek oren segera ni.... segera sebab kisar semua bahan
Dan tuang dalam tepung terus bakar.

Bahan:

1 biji oren dibelah buang urat putihnya potong halus2
3 biji telur
1 1/4 cawan gula halus
1 sudu besar jus oren sunquik

2 cawan tepung gandum diayak bersama
2 sudu besar baking powder

Blend kesemua bahan sehingga halus, masukan tepung ke dalam adunan kacau sebati. Bakar 170 darjah sehingga masak ..selama 45 minit. Siap.
Cepat dan mudah.






26 January, 2015

703. PISANG TERAPUNG

Kesinambungan daripada manggo floating.
Ermm boleh tahan sedapnya.
Sila rujuk cara membuatnya di n3 manggo floating ilahjy.




21 January, 2015

702. PUDING KOKTAIL

Senang jee masak agar2 mcm biasa. Masukan susu, tepung kastard dll. Masukan dalam gekas dan taburkan buah2 dlm tin.




20 January, 2015

701. MACARONI GORENG DAN BAKAR

Goreng mcm biasa. Letak dalam bekas curah telur ke atasnya parut cheese dan bakar.


16 January, 2015

700. ROTI LABU

Roti labu ini dibuat menggunakan labu yang ilahjy tanam sendiri. Labu yang saiz giant berat 6kg. Isi labu dikukus dan diblend dengan menggunakan sukatan air dalam adunan roti. Itu sahaja.... penggunaan bahan masih kekal sama.



15 January, 2015

699. SATAY IKAN KEMBUNG @LOCKCHING

Sumber resepi hasil rujukan daripada rakan2 fb yang berkongsi resepi di wall mereka.

250 gm isi ikan kembung 
100 gm tepung ubi
1/2 biji Bawang besar
1 sudu teh Garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
1sudu teh soda baikabonat

Caranya:

Kisar isi ikan dengan bawang besar sehingga lumat
Gaul kesemua bahan yang berbaki sehingga sebati, tambah tepung jika melekit.
Bulat2kan kemudian leperkan sedikit
Panaskan minyak goreng sekejap
Cucuk pada lidi satay, bakar sebentar

CARA YANG ILAHJY BUAT DALAM GAMBAR2 DIBAWAH TAK SAMA DGN RESEPI INI. Pandai2 sendiri.. sebab tak berani nak goreng takut lebur ketulan2 ikan. Tapi lain masa mesti nak ikut resepi asal nak tengok macam mana hasilnya... hehe

Sos manis:

4 ulas bawang putih tumbuk lumat
1 1/2  cawan air
1 sudu besar tepung ubi kayu dibancuh dengan sedikit air
4 sudu besar gula
Sedikit garam

Caranya:

Tumiskan bawang masukan air dan semua bahan2 kacau sehingga pekat, rasa keseimbangan sos.... 



Lepas tu bakar sehingga perang.

Toskan masukan ke dalam air biasa.

Rebus sehingga timbul.

Masukan ke dalam air ais.
Gaul isi ikan dgn tepung sehingga sebati. Bulat2kan




14 January, 2015

698. APOM LENGGANG

Resepi apom lenggang boleh dirujuk pada n3 apam. Pelbagai pilihan yang boleh anda buat di post yang ilah jy telah paparkan hasil air tangan sendiri resepi dari pelbagai rujukkan. Insyllh ....sedap.....


Untuk rujukan resepi sila klik n3 lama yang telah ilahjy buat... resepi ada 2 jenis, satu menggunakan telur satu lagi tanpa telur.... 


Bahan2 diperap sehingga naik 2x ganda


12 January, 2015

697. PUDING ROTI SOS OREN








1/4 ketul Cream cheese, 4 biji telur, 1 cawan whipping cream, 1/4 cawan susu pekat, 1 sudu besar tepung kastard, putar sehingga sebati.





11 January, 2015

696. SOS OREN

Sos oren ini hasil rekaan ilahjy sendiri. Setelah jemu makan sos butterscoth.
Memang kena dengan selera kami sekeluarga. Jom lihat apa hasilnya.

Bahan2nya:

1/2 cawan gula perang
1 cawan whipping  cream
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar tepung kastard
1/2 biji oren parut kulit dan perah jusnya
Sedikit air ditambah jika terlalu pekat

Caranya:

Campur kesemua bahan kacau sebati.
Panaskan kacau sehingga pekat. Tambah air jika terlalu pekat. Ilahjy campur 1/4 cawan air. Setelah pekat masukan kulit oren. Kacau sebentar. 
Sedia untuk digunakan.

08 January, 2015

694. SAMBAL JERING IKAN BILIS

Senang jee sambal  jering ikan bilis. Sama seperti sambal petai. Nak sedap mesti masukan belacan semasa kisar cili dengan bahan2 yang lain.
 Jering ini beli di alor gajah semasa bercuti di afamosa hujung tahun lepas.
Menu ini pun hujung tahun lepas. Harap maaf.  Terlalu banyak menu berbaris untuk dipublishkan..

07 January, 2015

693. JANTUNG PISANG BERKERISEK.

Dah lama tak pekena sijantung hati ku ini. Dapat pula sijantung pisang berangan. Apa lagi layan laaa resepi baru nak cipta ni... memang sedap sebab ada kerisik.

1 biji jantung pisang berangan di bersihkan dan direbus sehingga empuk
Potong halus mengikut selera sendiri
1/2 bawang besar
Sedikit cili padi ikut pedas
Sedikit ikan bilis
2 Sudu besar kerisek
Sedikit santan pekat
Garam

Caranya:

Kisar bawang bersama ikan bilis dan cili sehingga halus.
Tumis sehingga wangi.
Masukkan jantung pisang, santan, garam dan kerisek.
Masak sehingga pekat. Sedia untuk dimakan bersama nasi.




06 January, 2015

692. IKAN MERAH MASAK PINDANG TUMIS

Seekor ikan merah sederhana besar
Serai diketuk
Daun limau purut

Bahan mesin:

Bawang besar
  3 biji cili besar
5 biji cili padi ikut pedas
Sedikit halia
Sedikit kunyit hidup
1 biji tomato

Caranya:

Blend kesemua bahan sehinga halus
Panaskan minyak tumis serai, daun limau dah wangi masukan bahan2  mesin
Masukkan air secukupnya masak sehingga mendidih baru masukkan ikan. Padam api bila ikan dah empuk..Rasa garamnya.

04 January, 2015

691. LALA MASAK GULAI LEMAK

Bila terpandang lala comel ni teringat arwah nenek di kedah. Yang suka sangat makan lala comel ni. Arwah selalu rebus  dengan serai dan bawang.
Tapi cucu sayang ni cuba masak lemak cara ilahjy. Sampai menghirup kuah oleh anak2. Gulai lemak ni ilahjy langsung tak masukan sebarang cili. Bila cili dah dicampur akan hilang rasa gulai lemak.

Bahan:

1 kg lala dibersihkan dari kotoran
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit kunyit hidup
 Mesin sehingga halus bersama sedikit air
Masukkan ke dalam periuk bersama 
1 sudu besar rempah kari ikan
1 batang serai di ketuk
Daun limau purut
Garam
 Masak sehingga mendidih baru dicampur santan pekat
Dan masukan lala
Masak sehingga mendidih padam api.







01 January, 2015

690. KUIH NONA MANIS. selamat tahun baru 2015.

SALAM SEJAHTERA.
SELAMAT TINGGAL 2014 YANG PENUH DENGAN DUKA LARA BUAT KITA SEMUA.
SELAMAT DATANG TAHUN BAHARU 2015. SEMOGA KEDATANGAN MU MEMBAWA SEJUTA RAHMAT BUAT KU SEKELUARGA.

sajian hari ini di mulai dengan hidangan pemanis mulut. Sebagai tanda hidup ini akan sentiasa penuh dgn kemanisan tiada lagi kepahitan.
Apapun jua pahit manis masam masin tawar kelat merupakan permainan hidup ini. Terima saja dengan  hati terbuka. Insyaallah...

Jutaan terima kasih kepada azlita masam manis kerana sumbangan resepi ini. Kerana ita kak ilah kenal kuih dari indonesia ni. Bertuah badan ita mendapat resepi ini dan dipaparkan di blog MASAM MANIS. 

Bahan A

1 biji telur
1/2  cawan  gula halus
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang. masukkan telur dalam blender dan putar
Dalam bekas lain, satukan  gula, tepung dan santan, kacau rata. Campurkan dengan telur kacau rata. Ketepikan.

Bahan B

1/2 cawan santan
1/2 cawan air pandan daripada 5 helai daun pandan
1/4 cawan gula halus
1/4 tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau

Campur kesemua bahan dan kacau sehingga larut
Masak dengan api sederhana sehingga pekat

Campurkan bahan A dengan bahan B
Kacau sehingga pekat dan licin

Bahan c

1 cawan santan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula ( jika suka )
1/2 sudu teh garam

Satukan semua bahan kacau sebati
Panaskan sehingga pekat

Setelah suam masukkan ke dalam pipping beg


Caranya:

Panaskan kukusan. Sapu minyak pada acuan lompang.
Tuangkan adunan hijau A Dan B. 3/4 acuan.
Paipkan adunan putih ditengah2 adunan hijau sehingga penuh acuan.
Kukus selama 10 minit. Sejukkan.

Selepas dikukus

Sebelum dikukus



Bahan c dimasukan ke dalam piping bag

Bahan A dan B warna hijau
Bahan  C warna putih

Proses bahan a dan b sedang dibuat