http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
IKLAN KE3 -ILAHJY
RESEPI SUMBANGAN JY
sahabat yg rajen bicara
AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.
SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.
SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.
ilah1908@gmail.com
jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.
TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***
RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya
KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013
SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
hari ini 7 feb 2017
|
31 December, 2013
23 December, 2013
558. ICE CREAM MILO KOKO OREN 3 IN 1
Senang dan mudah membuat ice cream ini. Penghargaan buat rakan di fb iaitu
isma maisarah, tapi ilahjy telah olah ikut selera sendiri.
Masukkan kesemua bahan dan putar sehingga pekat. Tu je. Berbeza dengan ais krim yg ilah jy buat ketika ditingkatan 4 1982. Usia masih 16 thn. Saban minggu buat utk hidangan arwah nenek tercinta yg suka mkn ais krim. Tetapi amat leceh 2 kali beku 2 kali putar. Bahan yg ilajhy guna ketika itu susu cair, gula dan perisa.
Caranya susu cair dibekukan separuh beku diputar dgn bahan2 kemudian dibekukan separuh kemudiaan diputarkan sekali lg sehingga gebu barulah dibekukan dan sedia utk dimakan.
Tetapi resepi dari isma ini amat lah mudah wpun bahan2nya hampir sama dgn ilahjy punya. Jom kita lihat resepinya.
Bahannya yang telah ilahjy olah ikut selera:
1 tin susu cair
1 sudu besar ovellet
Bahan utama asal dari isma
Bahan tambahan olahan ilahjy:
8 sudu besar gula
4 sudu besar milo
4 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar jus oren sunquick
2 sudu besar susu pekat
Campurkan kesemua bahan dan putar selama 15 minit sehingga gebu dan pekat.
Sedia utk dibekukan.
Senangkan berbanding dengan resepi ilahjy masa sekolah dulu.
21 December, 2013
557. KARIPAP PUSAR INTI PERISA IKAN BILIS
Inti kentang, karot dan ikan bilis menjadi pilihan
Kerana ia lebih enak. Tambahan kari yg agak pedas membangkitkan selera utk makan sebiji demi sebiji tanpa sedar habis sepiring.
Kulit tepung yg ranggup dan lembut.
Entah apa yg terkurang akibat resepi dah lama tak buat hasil agakkan saja, kulit yg sepatutnya lembut gebusss berderai bila makan, tak menjadi seperti selalu buat dulu.. tapi hasil ini dah biasa org jual dipasaran.
Cuma ilahjy pantang tok nenek jika karipap pusar ini terbuka bila digoreng.
Tengok hasilnya, kulitnya tak merekah.. the bestttttssss... selera i laaaa
19 December, 2013
556. CUP CAKE LABU KU
Selagi labu tak habis selagi itu ilahjy akan pelbagaikan menu labu
Harap2 jangan pernah menjemukan mata memandang
Senyuman 3D
Lorekkan berbentuk S
Bahan kek:
100 gm tepung gandum
60 gm tepung kastard
100 gm gula halus
4 biji telur
2 biji kuning telur
1 sudu besar ovellet
1 sudu teh baking powder
50 ml air ais
1 sudu teh esen vanilla
75 gm minyak masak mazola
100 gm puri labu
Caranya:
Ayak kesemua bahan kering.
Campurkan kesemua bahan putar sehingga gebu dan putih
Masukkan minyak mazola putar sebati
Masukan puri labu putar lagi sehingga sebati
Panaskan oven 150 darjah. Bakar selama 25mt
Selepas itu keluarkan dari oven picitkan senyuman di atasnya menggunakan adunan topping roti boy yg berbaki tempoh hari.
Bakar seketika sehingga kering.
Kalau lorekan berbunga pula dipicitkan topping dan lorekkan baru dibakar seperti biasa.
17 December, 2013
555. DONAT LABU ILAHJY SEGAR DARI LADANG SERKAM
Hati mana tak girang. Hasil tanaman berbulan2 di ladang serkam
Akhirnya berbuah sebegini besar.
3Minggu lepas upah mesin rumput di ladang. Hasilnya labu yang masih muda
Jadi sasaran mata mesin.. dapat pungut 6 biji buah yg masih dara sunti.
Minggu ini balik sekali lagi kemas2 kebun sekali terpandang 2 biji labu saiz giant ini dibawah reputan rumput.. apa lagi melompat kegirangan ilahjy... penat berbaloi2
Kedua2 4 kilo sapa sangka? Kat pasaran tak de pun saiz besar giler nie
Yang bawah ni di pungut 3 minggu lepas... dara sunti.. tertinggal 2 hiji yg besar gilerr tu
Bayangkan saiz cawan kopi tuuu
12 December, 2013
554. KEK CHEESE MELELEH BANJIR
Orang sudah belayar ke tengah lautan ilahjy baru nak membina bot
Apa nak kata sudah suratan... kek cis leleh baru nak bertaut... bukan tak teringin.. tapi seru belum tiba.. akhirnya terlaksana jua apa yg dicita.. tapi kena hati2 bagi org yg tinggi kolestrol macam ilahjy ni... lemak tepu yg teramat tinggi boleh membahayakan.. ketika ilahjy buat post ni.. kepala sudah pusing2 pening... agaknya kolestrol naik mendadak krn kek ni.. adoii aiii mcm mn lah org lain yg memakan jek ni yeee kalian tak cek ke darah ada tak lemak tepu niii
Apa pun jom layan resepinya
Bahan kek:
100 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
100 gm gula halus
4 biji telur
2 biji kuning telur
2 sudu besar ovellet
1 sudu teh baking powder
50 ml air ais
1 sudu teh esen vanilla
75 gm mentega cair
Caranya:
Ayak kesemua bahan kering.
Campurkan kesemua bahan putar sehingga gebu dan putih
Masukkan mentega cair putar sebati
Panaskan oven 150 darjah. Bakar selama 25mt...
Bahan untuk cheese cair:
250 gm krim cheese
120 gm susu pekat
50 ml susu cair
Caranya:
Campur kesemua putar sehingga sebati
Parutan keju:
1 buku cheddar cheese
11 December, 2013
553. 11.12.13 APAM LABU. cantik!
11.12.13
Tarikh yg cukup cantik hari ini...
Sempena dengan itu, ingin ilahjy kongsikan apam labu kuning yg masih berbaki 2 biji. Hasil dari ladang serkam 2 minggu lepas.
Berbudi pada tanah tak pernah rugi... sekadar tabur2 biji labu sekali kutip..amek kawww.. walaupun muda dara sunti.. warnanya tetap menawan. Ilahjy tak guna pewarna pun. Kuning ini dari labu itu sendiri.. sedap lemak manis apam ni.
Selepas diperam baru diisi dlm acuan.
Begini rupa bancuhannya
Bahannya:
1 cawan labu lecek
1 cawan gula pasir
1 biji telur
3/4cawan santan pekat
Caranya:
Kisar kesemua bahan sehingga halus
Masukkan ke dalam tepung.
Bahan tepung:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
2 sudu teh yis segera
2 sudu besar gula
2 sudu besar gula
Caranya:
Tepung mesti diayak bersama baking.
Campur kesemua bahan dalam mangkuk
Masukan campuran labu tadi
Kacau sehingga sebati
Perap selama 1 jam sehingga naik
Kacau semula sehingga sebati baru dimasuk dlm acuan
Kacau semula sehingga sebati baru dimasuk dlm acuan
Panaskan kukusan
Sapu acuan dgn minyak masak
Masukkan adunan kukus selama 15minit. Siap. Dapat 23 biji ilahjy guna acuan diatas.
10 December, 2013
552. ROTI TAWAR
Alkisah semangat nak meroti guna acuan baru beli di bake with yen sampai terlupa bahan utama penghidup yis iaitu gula.
Doh siap diuli dalam BM baru teringat gula belum dicampurkan lagi. Apa nak kata tunggu je la hasilnya..tawakal...
Memang tak dijangka yis itu boleh juga mengembangkan afunan seperti biasa tanpa bantuan gula.... proses kembang amat cepat dari biasa.
Terungkai segala persepsi yang mengatakan tanpa gula yis tak dapat berfungsi..
Pandainya toeri baru CHEF ILAHJY ni... jgn marah pakar roti sekelian yeee..
Jom layan hasil pembakaran 180 darjah selama 25 minit ini... untuk kerak yang tebal. Jika kerak biasa yang selalu ilahjy buat ialah 160 sahaja. Layanzzzz
08 December, 2013
02 December, 2013
550. BINGKA LABU DARA SUNTI
SALAM SEJAHTERA SEMUA PENGUNJUNG2 RSJY
ahad semalam balik ke melaka untuk kerja2 pembersihan ladang di serkam dan kebun semujok jasin. Teruk juga balik sekali sekala semak jangan cerita. Disamping tanam pokok2 buahan yg ilahjy semai sendiri.
Bila pokok labu ni kena baham mata mesin rumput maka kena bawa balik lah utk jadi habuan.. hasil tuaian pertama yang masih dara sunti lagi... hikhik..
Sebab tu tajuk bingka macam tu rupa.. apapun ilahjy nak ucap terima kasih pada yatie memories atas sumbagan resepi bingka labu ini. Amat cantik kejadiannya..
Tak sia2 ilahjy beri gelajaran padanya RATU TALAM... sampai dapat iktiraf semaya..
Alkisah pokok2 labu ini kena mesin rumput pada ahad semalam 1 dis 2013. Maka terpaksa bawa balik ke KL dari LADANG SERKAM. Berbaloi juga laa tanam bulan mei lepas. Tak sempat tua dah kena tebasss... kerja2 pembersihan ladang...
Sebenarnya labu yg masih muda dara sunti ni amat lah manis dan wangi rupanya dari labu yg biasa kita beli dikedai pasar dsbnya..
Tak caya mai rasa ..hikhik
Bancuhan ditapis kemudian baru dicampur dgn labu lenyek
RESEPI SUMBANGAN DARI YATIE SINAR KEHIDUPAN KU
bahan:
2 cawan labu direbus dan ditos airnya dan dilenyek halus
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
3 cawan santan sederhana pekat (ilahjy guna 1 kotak santan)
1 cawan gula
2 sudu besar butter
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning
Sedikit bijan untuk taburan
Sedikit bijan untuk taburan
Caranya:
Campur kesemua bahan kacau sebati dan tapis.
Kemudian masukan labu dan kacau sebati
Panaskan oven bersama loyang yg telah disapu marjerin
Setelah loyang panas Tuangkan adunan
Bakar selama 1 jam sehingga masak suhu 200 darjah
Jika suka kerak tebal bakar bahagian atas sahaja
Ilahjy tetap guna suhu yg sama cuma tambah masa sikit lagi
Jenama oven ELBA amat baik hasil bakarannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)