terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

18 June, 2023

1237. PUCUK KELEDEK TUMIS CILI

 bahannya:

Pucuk keledek disimpan semalamam utk hilangkan getahnya

Tumis cili kisar bersama bawang dan bilis kiub cili mayang. Bila dah garing masukan air dan daun keledek masak sehingga daun lembut. 

Pucuk keledek merah ilahjy tanam sendiri dikebun



 

21 May, 2023

1231. TUMIS CILI PADI PUCUK MANIS

 
bahannya:

Pucuk manis

Ikan bilis
Cili padi
Cili merah
Bawangan 

Blend kesemua bahan.  Tumis sehingga wangi baru masukan pucuk manis.
Masukan air utk mngempukan daunnya.




 

22 February, 2022

1178. DAL MASAK LEMAK DGN TERUNG


Guna perencah nasi goreng kampung 
Untuk menyedapkan rasa kuah lemak ni.
Dal direbus sehingga empuk baru dicampurkan ke dalam kuah. 
Potong cili merah bawang besar di baji 
Terung dibelah dua dan potong serong

09 May, 2019

1014. BETIK MENGKAL MASAK BENING

Mudah dan ringkas cara,memasaknya tapi sedap jika dihirup panas-panas

Cili mesin, belacan, bawang besar, ikan bilis. Bahan dimesin halus dan direbus sehingga masak bersama betik. Lepas tu baru masukan bahan tambahan dibawah. Kalau tak ditambah bahan tersebut pun sedap sangat dah.

Sayur kobis panjang dan fish ball


28 October, 2016

847. SAMBAL SERAI PUCUK UBI KAYU


buat sambal mcm biasa cuma tambah sedikit serai blend  bersama cili.

22 May, 2015

741. MUNGGAI KELO GULAI LEMAK UDANG KIUT

Mungai atau kelo adalah buah kekacang yg sama. Berbeza sebutan di negeri daerah masing di malaysia ini.
Buah ini seakan kekacang yang panjang nya boleh mencapai 2 kaki seperti pernah ilajy jumpa dulu di kampung kedah.
Mengikut arwah nenek buah ini tidak elok utk penghidap sakit angin urat.
Sebab itu ilahjy tak pernah membelinya.
Tapi alhmdulillah bila dimasak semua anak2 suka makan dan pandai pula memakannya. Tak perlu diajar memakan nya bagaimana.. hendaklah di bersihkan dibuang urat buah ini seelpas itu perlu dikikis kulitnya. Setelah itu dipotong dan dimasak. Ilahjy suka masak gulai lemak arwah nenek ajar. Tapi ilahjy tokok tambah kasi sedap.
Sebatang 20 sen shja. Tapi sekaki sahaja pjgnya.

Bahan2nya:

4 batang mungai dibersihkan kulitnya dan dipotongkan
Sedikit udang kecil
santan pekat secukupnya

1 sudu besar serbuk kari ikan

1 biji bawang besar
5 Ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
4,5 biji cili padi

Bahan2 ini dimesin halus.

Caranya:

Bahan2 yg dimesin dipanaskan terus  bersama mungai masak sehingga empuk.
Masukan udang, garam dan santan pekat. Setelah mendidih padam api.



21 July, 2012

422. SAMBAL KERANG GAJAH??? sahur pertama

inilah dia kerang gajah .... saiz kerang ni sebesar bola pingpong cengkerangya berbulu... isinya agak liat sedikit senang nak kopek ..maaf gmbr cengkerangya ilahjy terlupa nak amek
siapa tahu nama sebenarnya?????

ilahjy masak utk sahur pertama jam 4.30 pagi tadi 21 julai 2012..

peria masak halia dengan cendawan tiram...
bahan2 mesin halia kunyit ikan bilis dan bawang2 tumis sehingga wangi baru masuk air dan peria juga cendawan. kalu suka pedas masuk cili padi.

SELAMAT BERPUASA ADUHAI KAUM MUSLIM MUSLIMAT SEKELIANNYA YG MASIH BERNAFAS DAN SIHAT SEJAHTERA UNTUK RAMADAN TAHUN INI....

hari ini merupakan hari pertama bagi tahun 1433 H/ 2012 kita berpuasa.

sejak 2 tahun lepas ilahjy tidak dapat berdiri solat dengan sempurna kerana sakit tiriod yg teruk.. tahun ini semoga dapat melaksanakannya dengan lebih baik lagi, usaha utk berubat telah beberapa kali dilakukan... dan akhir sekali jumpa dengan PAMOGA DAN CREAM HALIANYA.. segala sakit2 urat yg tak boleh berdiri dah ada sedikit perubahan.. tapi masih belum boleh nak DUKUNG BABY DAN MANDI BABY lagi sebab hanya bertahan utk diri sendiri sahaja... (bukan ada baby ya kwn2..nak meMbayangkan betapa tak boleh utk org lain hanya utk diri sendiri sahaja)
zahir nampak kuat tapi di dalam orang tak tahu.. hanya yg faham akan tahu.. kalu dah dibagitahu pun mereka tak akan faham sebab sakit itu tidak nampak dimata..cuma bahu ini yg memikulnya.. SEMOGA KALIAN SEMUA AKAN SIHAT DAN CERIA DALAM MELAKUKAN IBADAH PUASA DAN SOLAT SUNAT NYA NANTI...
bersyukurlah kita dipanjangkan umur olehNya utk kali ini...

15 March, 2012

391. MASAK LEMAK NANAS

salam sejahtera kalian semua... ilahjy masak lemak nanas ini khas utk anak ke 3 yg sedang demam..dia tak leh makan pedas2..kegemaran dia adalah paceri nanas.. tapi tak mau la makan rempah2 dimasa demam ni.. setelah di masak dan dimakan mmg sedap juga la walaupun tiada ikan masin.... betul tak dek Ann???
makan malam tadi 14 mac 2012.

walaupun masakan ni senang tapi ilahjy masukkan juga utk tatapan anak2 kusss dimasa akan datang....

bahan:

1/2 biji nanas masak potong nipis
1 sudu kecil jintan manis
2 biji cili padi merah
sepotong nipis kunyit (jangan banyak2 nanti kuning sgt)
1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang serai (serai yg ilahjy kering dulu)
1 cawan santan pekat

caranya:
kisar kesemua bahan dgn air sehingga halus. masukkan dalam kuali bersama nanas masak sehingga bahan betul2 masak. baru dimasukkan pati santan dan garam.