terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








09 May, 2013

506. KUIH LAPIS

Malam Tadi Selepas Magrib Ilahjy Buat Kuih Lapis Ni.
Disebabkan Penghuni2 Kat Umah Ni Tak Minat Langsung Kuih2 Lembek Ni Maka Ilahjy Buat1/2 Adunan Saja.. Cepat Lah Masak.
Tapi Kecewa Sikit Kerana Terlalai Tak Sapu Minyak Diacuan Comel Ni.
Maka Pagi tadi Susah juga Nak Lekangkan.. Sbb Tu Tak Tayang dah Yg Siap Ditanggalkan. Apa Pun Potongan Nya Rasanya Kelembutannya Amatlah Sesuai Dgn Tekak Ni.. Resepi Sama Dgn Resepi Ilahjy Yg Ilahjy simpan Sejak Mula Kahwin  dulu. Dah 24 Thn Berlalu
Sila Klik Utk Resepi 2009

http://ilahmasakanku.blogspot.com/2009/01/kuih-lapis-tradisional-hot-bay.html




Bahannya:
1 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Tepung Beras
1 Sudu besar Tepung Ubi
1 Cawan Santan Kotak
1 Cawan Gula
2 Cawan Air
1 Biji Telur
Sedikit Garam
Perasa Jagung, Serbuk Koko

Caranya:

Campur Kesemua Bahan Kacau Sebati. Bahagi 2
1 Warna Kuning Perisa Jagung
1 Warnakan Dengan Serbuk Koko

Sapu Loyang Dgn Minyak,
Kukus Selapis Demi Selapis Selama 5 Minit@kering, Akhir Sekali Kukus Selama 20 Minit. Sejuk Baru Dipotong.

08 May, 2013

505. KERABU IKAN TONGKOL


Semalam Buat Laksa Beras Kuah  ikan Tongkol
Isi Ikan Disimpan sedikit utk Buat Kerabu. Maka Tengahari Ni Kerabu Dah Siap. Mudah Je Buatnya

Bahan:

1 Mangkuk Kecil Isi Ikan Tongkol Yg Telah Direbus Terlebih Dahulu
1 Biji Tomato Mayang Nipis
1 Biji Cili Merah
1 biji cili Hijau
1 Biji Limau Nipis Amek Jusnya
5 Biji Cili padi
1 Biji Bawang Merah Dimayang Nipis
Garam Secukup Rasa
2 Helai Daun Salad dipotong Halus

Caranya:

Campurkan Kesemua Bahan Dan Rasa Masam Masinnya.
Kan Mudah Dan Senang.. Guna Ikan Kembung pun Sedap.

505. A. ROTI JALA TIKAR MENGKUANG... hasil keras tangan ku

Inilah hasilnya... kerastangan kusss.. yang tak berseni langsung..
Ilahjy oder acuan@botol Ni Dari Reen Khan Nun Di Bintulu Sana. Sampai Hari Jumaat Lepas. Isnin Dan Hari Ni Dah 2 Kali Ilahjy Buat.


07 May, 2013

504. LAKSA BERAS, KUAH IKAN TONGKOL BERPERISA LENGKUAS



Laksa Beras

1 Paket kecil Tepung Beras
1 Senduk Tepung Gandum
1 Senduk Tepung Kanji
Air Panas Secukup Untuk Mengandun

Caranya:

Campurkan Air Panas Kedalam Campuran Tepung 
Uli Sehingga Boleh Dibentuk Lembut Sedikit Dari Karipap
Tekankan Dgn Acuan Muruku Ke Dalam Air Mendidih
Toskan Ke Dalam Air Sejuk
Kemudian Toskan Sedia Untuk Dimakan.


Kuah Ikan Tongkol Berperisa Lengkuas
Resepi Asal Asam Laksa Kedah
Ubahsuai Rasa Oleh Ilahjy

1 Ekor Ikan Tongkol Saiz Besar
Bersihkan Dan Rebus tanpa Potong Bersama 6 keping Asam Gelugur Dan Garam
Setelah Masak Amek Isinya Dan Hancurkan Dengan Garfu
Kali Ini Ilahjy Tak Mesin Seperti Resepi Ori
Ilahjy Nak Kunyah2 Isinya Semasa Jamah laksa

10 Biji Cili Kering
1 Biji Bawang Besar
1 Ketul Belacan 

3 Keping Asam Gelugor
Garam Dan Sedikit Gula
1 Biji Bawang Besar Dibajikan Nipis
1 Keping  Lengkuas Diketuk 
Daun Kesum Secukupnya

Caranya:

Mesin Kesemua Bahan Sehingga Halus
Panaskan Dalam Periuk Sehingga Mendidih
Masukkan Ikan, Asam Keping, lengkuas Dan Bawang, Daun Kesum Dan Perisa
Masak Sehingga Mendidih Dan Rasa Masam masinnya.



03 May, 2013

503. KEK LABU

http://yatiememories.blogspot.com/2013/05/carrot-apple-cake.html

Kek Ini Adalah Adaptasi Dari resepi Dari Yatie Memories.
Terjaga Awal 4 Pagi, terus Buka Blog, Nampak Yatie Pamirkan Kek Carot Apple.
Terus screenShot Resepi  kat Galaxy tab Ni Dan tak perlu Lagi Print2 Resepi Mcm Selalu. Wah Mudahnya Dunia Samsung Nie.. Semua Boleh.
Jam 12 Tghari,nBawa Galaxy ni Ke Dapo On Kan Skrin Terus Sediakan Bahan2 Kek Ini.
Alamakkkk Carot Tak De Stok... Apple Lagi Laaa Kurang Makan Kat Umah nie..
Semalam  pergi Eon Big Wangsa Maju Ada Beli Labu Cinoni..
Apa Lagi Terus Kukus Si Labu..  Labiiiiiiiii...jadi Ke Kalau Aku Ganti Carot Dgn Labuuu?... JAWAB LABI HENTAM SAJALAH LABUUUUU....
Maka Jampuk Ci Luncai...biarkan..biarkan...ooopppssss Teruskan Teruskan..
Alhamdulillah Keputusan Amat Memuaskan Hati Anak2.
Masa Nak Deco2 Teringat Pula Si Bongsu NUR LIYANA punya Birthday Esok 5 Mei 2013. Apalagi Mama Terus Picitkan Tulisan Wish Tuuu.. Jam 7 Malam Dah Tak Tahan Terus Nyanyi Potong Terus Makan. Siap Mendeco Jam 5ptg Tadi..
Jika Kalian Nak Lihat Resepi Asal Jom Klik Kat Link Diatas..sila Ke Dapo Yatie Ya..
Apapun Nak Ucapkan T.kasih Krn  Tayangan Perdana Itu Tlh Menusuk Hati Ku,

 2 Resepi Berbeza, Ising dasar Dan ising Bunga



Sengaja Taruh Stoberi Kasi Sibuk Sikit Warna Dlm Gambar


Bahan2nya:


Bahan- Bahan

2 1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
Secubit garam halus
1 cwn gula perang halus
1/2 cwn gula castor
4 biji telur
1 cwn minyak jagung/masak
100gm mentega, dicairkan
200gm lobak merah, diparut- perah sikit airnya

***ILAHJY GANTI DENGAN LABU DIKUKUS DAN LENYEK HALUS
150gm apple hijau, diparut

***ILAHJY PARUTKAN LABU MENTAH
30gm hazelnut (Boleh ganti dengan kekacang lain... )- yg ni Yatie tak letak 

***ILAHJY TAK LETAK

Cara Membuat Kek

1. Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
2. Masukkan kesemua bahan lain.
3. Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
4. Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
6. Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.

CREAM CHEESE TOPPING:

250gm cream cheese- Yatie tambah 125 gm lagi
4 sudu besar butter
1/3 cwn gula icing, diayak
1 sudu kecil jus lemon

*Cara2nya=> Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2.

**untuk kek di atas, Yatie buat dlm 2 loyang saiz 7inci. Bakar dlm 2 loyang berasingan. Sejukkan barulah ratakan kek sebelum di sapu topping.Sapukan cream cheese topping dan deco ikut kreativiti masing2.


RESEPI ISING TAMBAHAN UTK DASAR ATAS SAPUAN KEK: CARA ILAHJY

200 Gm Planta@butter
150 Gm Gula Ising
1 Sudu Teh Jus Limau
1 Sudu teh esen Vanilla

Caranya:

Satukan Kesemua Bahan Dan Putar Sehingga Gebu.