terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








24 February, 2015

715. ROTI BUTTERSCOTH PEANUT BUTTER SUPERBAKE


Roti ini ilahjy guna resepi biasa ilahjy buat. Cuma buang penggunaan serbuk penaik, telur. Tambah 5 gm superbake untuk 500gm tepung.

Resepi butterscoth peanut butter

Masih menggunakan resepi asal butterscoth cuma ditambah 2 sudu besar peanut butter.

Bahan2nya:

1/2 cawan gula perang
1 cawan whipping  cream
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar peanut butter
Sedikit air ditambah jika terlalu pekat

Caranya:

Campur kesemua bahan kacau sebati.
Panaskan kacau sehingga pekat. Tambah air jika terlalu pekat. Ilahjy campur 1/4 cawan air. 









20 February, 2015

714. PANCAKE A.K.A WAFFLE 2in1

Nak masuk resepi takut terlupa ini khas utk rujukan ilahjy shja..sbb resepi ni campak2 jee tiada jaminan utk kalian hahahaa
3 biji telur
3 sudu gula pasir 

Dipukul dengan pemukul tangan shja sehingga berbuih

3 sudu besar marjerin dipanaskan sehingga cair. Sejukan
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan susu cair

Masukan tepung ke dalam adunan telur kacau sebati. Masukan susu pekat dan cair, esen kacau sehingga sebati.
Adunan ini sedikit cair daripada waffle yg selalu orang bikin di intenet.. ilahjy buat pekat sedikit dari adunan dadar.


16 February, 2015

713. CUCUR BOOM MANIS

Walaupun rupaku buruk tapi rasaku sedap... hahaha sudah habis baru teringat nak menyenap gambar.. ahaksss ni je laaa yg ada...
Cukup mudah resepinya hanya dengan anggaran sahaja dah boleh jadi macam ni...

Bahannya:

2 cawan tepung gandun
2 sudu kecil yis
2 sudu besar susu pekat manais
2 sudu besar gula
Sebiji telur 
Air secukupnya selembut membuat cucur ikan bilis

Caranya:

Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati
Perap naik 2 kali ganda
Panaskan minyak dan jemput bulat2 dan goreng sehingga kekuningan.


13 February, 2015

712. KUIH LOPEZ

Di mana kelapa parutnya? Di kedai lah... hikhik... minta en hb beli dia terlupa... untuk sarapan pagi. Disebabkan puan bini dah kemaruk nak makan lopez dah lama dah... walaupun tak de kelapa ku teruskan jua....sedappppp...  daun pandan dimesin dapatkan patinya campur dengan santan pekat ..kukus pulut tuuu dan terap dengan acuan... bila makan muahhhhh sedap dan wangiii aromanya. Jika ada daun pisang lagi cun kan... layan je laaa pewarna hijaoooo yg terlebih tuuuu....


12 February, 2015

711. PAU SUPERBAKE

Inilah pau pertama kali ilahjy olah menggunakan superbake. Yang femes di kelab roti fb. Menjadi bahan utama dalam pembuatan roti terkini. Tanpa telur, tanpa  pelembut  roti dll. 
Berdasarkan itu ilahjy cuba olah resepi pau ilahjy menggunakan superbake ini utk melihat hasilnya. Ternyata lembut. 






07 February, 2015

710. CENDAWAN SISIR SAMBAL BELACAN

Cendawan sisir  yang akhir dari kebun ku. Musim akan datang entah bila.

Lebihan sambal belacan di blend dengan bawang besar, bawang putih dan kunyit hidup dan sedikit ikan bilis, sehingga halus. 
Tumis sehingga pecah minyak masukan cendawan dan sedikit air.
Masak sehingga lembut.

06 February, 2015

709. DAGING MASAK RENJISAN

Aiiii pelik nama resepi ilahjy kali ni? Sudahlah resepi pun pelik2 belaka. Yaaa itulah 
Hakikatnya, ilahjy suka suki mencipta resepi mengikut tekak dan naluri. Alhamdulillah sedap dan menjadi pula. Kali ini resepi ini mengambil nama sempena perbuatan ilahjy ketika mengadun bahan2nya, jom lihat hasilnya.
Bukan kari, bukan sambal, bukan rendang. Rasanya cukup sedap. Hihiii....

Bahannya:

1 mangkuk sedang daging di potong dadu besar dan nipis

2 sudu besar serbuk cili
Sedikit Renjisan serbuk2 lada hitam, lada putih, rossemary, mastard
Renjisan ini bermaksud bahan2 di dalam botol direnjis masuk dalam 3x renjis

Bahan mesin:

1 inci Kunyit hidup
1 inci Halia
1 biji Bawang besar
5 ulas bawang putih
Garam

caranya:

Kesemua bahan di perap bersama daging selama 20 minit atau lebih 
Tumis sehingga pecah minyak, masukan air masak sehingga daging empuk dan pekat.


04 February, 2015

708. CAPATI

Hasil campuran 2 jenis tepung dan bancuhan yang lembut capatiku lembut daripada selalu ku bikin. Naik gelembung ketika dibakar petanda baik capati lembut.
Resepi ini hasil ciptaan ilahjy sendiri tiada sukatan sebenarnya. Main campak2 je
Dibawah ini resepi disediakan mengikut anggaran ilahjy. semoga kalian berjaya mengandunkannya

Bahan2nya:

2 cawan tepung atta
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cawan air suam, bukan suam kuku lebih sikit panasnya 
Tambah atau kurang air ikut tepung.

Caranya:

Guna senduk untuk menggaul kesemua bahan. 
Masukkan air sedikit2 sehingga adunan lembut macam buat doh roti.
Jika melekit tambah tepung ditangan semasa menggulinya.
Uli sehingga sebati. Bentukan bulat2 dan saluti dengan tepung
Gelek sehingga nipis
Bakar atas kuali non stick.



03 February, 2015

707. JANTUNG PISANG BERANGAN BERKERISEK


Bahannya:

1 biji jantung pisangan berangan dibelah 2 dan direbus sehingga lembut
Potong kasar2

Bahan mesin:

Sedikit kunyit hidup
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
Sedikut ikan bilis

Santan pekat
2 sudu besar kerisek
Cili besar di mayang
Garam

Caranya:

Tumis bahan2 mesin sehingga wangi
Masukan jantung pisang bersama sedikit air, santan pekat dan kerisek dan garam.
Masak sehingga pekat.


02 February, 2015

706. SIAKAP GORENG BERTEPUNG MASAK CILI RASA ASLI

Tanpa sebarang sos, ilahjy hanya guna sedikit cili mesin mengekalkan rasa asli ikan siakap goreng bertepung ini. 

Bahannya:

1 ekor siakap di lumur tepung segera kfc dan digoreng garing

2 sudu besar cili mesin
Bawang besar dipotong bulat
Bawang putih dimayang nipis
Sedikit halia potong memanjang
Hirisan daun bawang dan daun sup
Sebiji buah tomato dipotong baji nipis
Sedikit timun di potong memanjang
Garam
Sedikit gula

Caranya:

Tumis semua hirisan sehingga wangi
Masukan cili dan sedikit air masak sehingga pecah minyak
Masuk kesemua bahan dan tambah sedikit air untuk melembutkan bahan
Setelah semua bahan lembut, tuangkan ke atas ikan.