terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








24 June, 2014

652. TART COCONUT ALMOND CINAMON-TCAC

Hari ni puasa sunat syaaban. Dah lama tak mengetart. Hari tu cuba  acuan mesin tart. Tapi, hari ni acuan ni tak bole guna mesin. Sebab tak muat. Saiz acuan ni yg paling besar, ukuran terlupa nak sukat. Ilahjy tak mahu guna loyang nanti leceh nak potong2. Jadi bila guna acuan ni molek2 dengan 6 org ahli keluarga. Dapatlah sorang 2 biji, lepas masak... anak2 telah cuba rasa..sedap lah mama....
Bila berbuka malam ni baru dapat jamah..waduh mmg sedap... sebab kelapa parut tuuu kot.... lemak2 gituuuu... jadi disebabkan penggunaan bahan2nya maka ilahjy pun berikan nama ini untuk tart olahan terbaik dari ku ini..







Bahan2 untuk tart:  

175 tepung  gandum ( termasuk 10gm tepung roti)
125 butter sejuk keluar dari peti sejuk terus guna
25 gm gula halus
1 biji kuning telur gred B
2 sudu besar air ais

Caranya:

Ayak tepung ke dalam bekas, masukan gula dan  butter yang didadukan. Ramas2 sehingga menjadi  serbuk roti.
Masukan kuning telur dan air, gaul sebati..
Uli sehingga  betul2 sebati. Kemudian bulat2kan letak dalam acuan.
Tekan dengan acuan tart utk memudahkan kerja.
Cucuk2 dasarnya. Simpan dalam petisejuk. Sementara sediakan intinya.
Simpan putih telur tadi utk disapu pada kulit tart.

Intinya:

110 gm butter
110 gm gula halus
1/4 cawan kelapa kering khas utk kuih
3 biji telur
1/2 sudu teh serbuk kayu manis

Caranya:

Putar butter dgn gula sehingga kembang.
Masukkan telur putar sehingga sebati.
Masukan kelapa kering dan serbuk kulit kayu manis, putar sebati.
Sapu kulit tart tadi dengan putih telur.
 Masukan inti secukupnya.
Aturkan badam, biji kuaci dan hias ikut selera.
Bakar dalam oven 200 darjah selama 10 minit.
Turun suhu 180 darjah bakar selama 20 minit.
Sejukan baru dikeluarkan dari acuan.






20 June, 2014

651. APAM NASI MIKO. milokoko

Apam nasi ni tak byk ragam, bole saja dipelbagaikan rasanya mengikut selera masing2. Jom lihat apa yg telah ilahjy buat dengan perasa2nya.




Bahannya:

1 cawan nasi yang lembut
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang
1 sudu teh yis kering
1 cawan air
1/4 cawan susu cair
4 sudu besar milo
2 sudu besar serbuk koko

Caranya:

Kisar air dgn gula juga nasi sehingga halus
Ayak tepung2, serbuk koko dan milo, masukan yis. 
Tuangkan kisaran nasi tadi bersama susu cair
Kacau sebati perap selama 45mt atau naik 2 kali ganda.
Kacau sekali lagi dgn senduk kayu sehingga sebati.
Panaskan kukusan, sapu acuan dengan marjerin
Masukan  3/4 adunan dari paras acuan.
Terus kukus jangan dibiarkan nnti tak cantik isinya.
 Kukus selama 25 mt alas tutup dgn tuala supaya air tak menitis.
Sejukkan baru keluarkan dari acuan.

18 June, 2014

650. TIMUN BETIK 2 nama berbeza dlm 1 rupa

Salam sejahtera pengunjung2 RSJY
2 minggu cuti sekolah bermula nampaknya RSJY pun bercuti juga.
Buka tak masak yee kdg2 line tenet agak mandom jadi buat moody je nak hupdate blog. Minggu terakhir sebelum sekolah bermula, ilahjy bersama keluarga bercuti ke negeri penyu. Bermula rabu, khamis, jumaat dan sabtu.


Sepanjang jalan tepi pantai menuju ke dungun terdapat buah TIMUN BETIK ni dijual bersama buah2 tembikai. Sekilo rm2.50. Seberat 1 1/2 sebiji ilahjy beli. Cukup sebiji, kerana hanya ilahjy sorang saja yg makan. Buah ini sejukkan badan dalam cuaca ala2 el  nino molek la kita makan.. 2 cara bole dimakan secara mentah diajar oleh arwah nenek masa masih sekolah dulu. Santan diperah pati  dan  dicampur gula pasir putih Dan potong timun betik masukan ke dalam santan terus dimakan begitu saja.
Cara ke2 dgn memasak semua bahan sejukan baru dimasukan potongan 
Buah ini dan terus dimakan begitu saja. Lebih sedap jika dicampur ketul ais

Hirisan terakhir ilahjy cuba guna gula merah. Sedapjuga. Tapi haruman timun betik hilang ditelan perasa gula merah. Tak berapa kick laaa..
Ada rakan2 fb bagitau makan dgn gula melaka, susu dan sebagainya. Masing terpulang pada resepi keturunan keluarga masing2.



Gula putih dan gula merah


10 June, 2014

649. ROTI KOKO 3IN 1









Bayangkan saiz besen ini... gedabak punye besen tauuu...Doh kemain naik ...sbb terlebih kembang sbb g jogging dulu. 2 jam baru balik bentuk dan bakar

Bahan2nya: tiada penggunaan perangsang roti

400 gm tepung roti
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus
11 gm yis kering
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar nescafe
3 sudu besar milo
 2biji telur 
240 gm air ais
 60 gm Marjerin

Caranya:

Ayak kesemua bahan2 kering. Masukan telur, air ais, gula, ke dalam BM
Kemudian masukan bahan2 ayak tadi 
On bm uli sehingga sebati baru masukkan marjerin
Uli lagi sehingga licin.
Perap doh naik 2 kali ganda. Setelah itu tumbuk buang udara.
Bentukan doh mengikut bentuk yg dikehendaki
Perap naik sekali lagi, sembur air atas adunan. Hiasi atas roti mengikut selera masing2 .  bakar dalam oven 160 darjah selama 25 minit

Nota:
Panaskan oven kosong selama 10 minit.
Matikan api atas. Masuk adunan bakar selama 10 minit. Selepas itu Sembur dengan air sekali lagi.
Selepas itu hidupkan api atas pula teruskan membakar sehingga masak. Sebelum padam api akhir. Sembur sekali lagi air.
Keluarkan terus sapu susu cair bercampur marjerin. Untuk mengilat dan mengedut atas roti.






05 June, 2014

648. PURI GANDUM

Sarapan pagi lagi sekali dengan hidangan puri. Kali ni puri gandum sebab kehabisan tepung atta. Jadi ilahjy buat puri gandum  pun sedap dan lembut je kejadiannnya.



Bahanya: bahan anggaran ilahjy.

3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
1 sudu teh baking powder
1 cawan air suam tambah ikut keperluan lembut sikit daripada karipap
Seperti dalam gambar
3 sudu besar marjerin

Caranya:

Campur kesemua bahan dan uli hingga sebati. Kemudian masukan marjerin dan uli sehingga sebati. Biar sedikit melekit. Nanti tabur tepung semasa mengelek. Bancuhan lembut maka gorengan puri akan lembut.
Bulat2kan adunan dan gelek dalam tepung kemudian canai sehingga sederhana nipis. Goreng dalam minyak yang panas simbah2kan minyak keatas puri supaya ia kembong. Bila dah kekuningan toskan.

KARI AYAM

Daging ayam di dadukan
2 biji kentang rebus di dadukan
1/2biji terung di dadukan
3 sudu besar rempah kari
Bawang besar mayang
Bawang putih mayang
1/2 kotak santan

Bahan tumis:

Jintan manis
Cili kering
Bunga lawang
Kayu manis

1 sudu besar tepung dibancuh dengan air


04 June, 2014

647. LOMPAT TIKAM

Masih  panas ilahjy dah potong untuk berbuka sunat rejab yang akhir 29 hb rejab. Maka larilah lapisan antaranya.
Buat separuh je adunan. Sebab orang2 rumah ni tak reti makan ...
Resepi ini pernah ilahjy buat bertahun2 dulu dan ada ni 3 lama. Sila klik di link bawah untuk resepinya.



03 June, 2014

646. NASI MAQLUBA

Nasi@beras  ini dibeli oleh sisulung ilahjy. Didatangkan di dalam 1 kotak siap beras bathmati berserta rempahnya sekali. Sempena puasa sunat penutup rejab kami sekeluarga disajikan nasi maqluba oleh anak ke3. Pandai dek ann memasaknya mengikut resepi di kotak.

Di bawah nasi ini letakan kentang, terung, dan tomato dibulatkan digoreng dengan minyak toskan. Kecuali tomato tidak digoreng.
Sayuran ini diletak didasar periuk. Beras diletak diatasnya bersama air dan rempah yang ditumis wangi. Setelah masak kacau dan balik2kan.
Memang sedap nasi ni makan begitu saja pun sedap.