terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts with label tart/pastry. Show all posts
Showing posts with label tart/pastry. Show all posts

26 June, 2015

747. PIE KENTANG AYAM

Rebus kentang lecek halus.
Gaul kan bersama susu cair, tepung beras, garam,



Telur sebiji dikocok dengan sedikit garam dan sedikit tepung gandum




Rebus kentang lecek halus.
Gaul kan bersama susu cair, tepung beras, garam,

Isi ayam, bawang besar, bawang putih,diblend. Campur cili dadu dan daun bawang juga sup

Taburan lada sulah, lada hitam, oregano, serbuk sup, serbuk jintan manis


15 May, 2015

738. PIE LABU MANIS











Bahan2 pastry:

250 gm tepung gandum
150 gm butter
1 biji telur
2 sudu air
Sedikit esen vanilla

Caranya:

jadikan tepung dan butter serbuk roti. Masukan kesemua bahan dan gaul rata uli seketika. Simpan dalam peti sejuk. Sementara itu  sediakan inti pie.

Keluarkan dari peti sejuk dan rehat sebentar kemudian uli dan canai
Letakan ke dalam peti tin cucuk2 dan bakar seketika. Kemudian baru masukkan inti... terus dibakar sehingga masak.
suhu 200 darjah selama 25 mt atau sehingga kulit pie keemasan.


Bahan2 inti labu manis.

300 gm isi labu  yang dikukus dan dilenyek halus
3 biji telur ayam
150 gm gula perang atau pasir
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu makan cream cheesse
1 cawan susu cair
1/2 cawan santan kotak

Caranya:

Blend kesemua bahan masuk kan ke dalam pastry yang dibakar terlebih dahulu.
Bakar sehingga masak.


24 June, 2014

652. TART COCONUT ALMOND CINAMON-TCAC

Hari ni puasa sunat syaaban. Dah lama tak mengetart. Hari tu cuba  acuan mesin tart. Tapi, hari ni acuan ni tak bole guna mesin. Sebab tak muat. Saiz acuan ni yg paling besar, ukuran terlupa nak sukat. Ilahjy tak mahu guna loyang nanti leceh nak potong2. Jadi bila guna acuan ni molek2 dengan 6 org ahli keluarga. Dapatlah sorang 2 biji, lepas masak... anak2 telah cuba rasa..sedap lah mama....
Bila berbuka malam ni baru dapat jamah..waduh mmg sedap... sebab kelapa parut tuuu kot.... lemak2 gituuuu... jadi disebabkan penggunaan bahan2nya maka ilahjy pun berikan nama ini untuk tart olahan terbaik dari ku ini..







Bahan2 untuk tart:  

175 tepung  gandum ( termasuk 10gm tepung roti)
125 butter sejuk keluar dari peti sejuk terus guna
25 gm gula halus
1 biji kuning telur gred B
2 sudu besar air ais

Caranya:

Ayak tepung ke dalam bekas, masukan gula dan  butter yang didadukan. Ramas2 sehingga menjadi  serbuk roti.
Masukan kuning telur dan air, gaul sebati..
Uli sehingga  betul2 sebati. Kemudian bulat2kan letak dalam acuan.
Tekan dengan acuan tart utk memudahkan kerja.
Cucuk2 dasarnya. Simpan dalam petisejuk. Sementara sediakan intinya.
Simpan putih telur tadi utk disapu pada kulit tart.

Intinya:

110 gm butter
110 gm gula halus
1/4 cawan kelapa kering khas utk kuih
3 biji telur
1/2 sudu teh serbuk kayu manis

Caranya:

Putar butter dgn gula sehingga kembang.
Masukkan telur putar sehingga sebati.
Masukan kelapa kering dan serbuk kulit kayu manis, putar sebati.
Sapu kulit tart tadi dengan putih telur.
 Masukan inti secukupnya.
Aturkan badam, biji kuaci dan hias ikut selera.
Bakar dalam oven 200 darjah selama 10 minit.
Turun suhu 180 darjah bakar selama 20 minit.
Sejukan baru dikeluarkan dari acuan.






16 February, 2014

569. QUICHE SARDIN BERCHEESE

QUICHE... inilah namanya. Pernah suatu masa dulu ilahjy buat quiche juga tapi dasarnya berasaskan kentang yang dilenyek bersama cis. Yang ni pula guna tepung macam buat tart. Apapun ini adalah makanan org2 belah barat. Kita dah boleh terima kerana inti dipelbagaikan mengikut selera masing2. Asal ilahjy tengok kawan di fb zaleda zailedana eja tak betul ni... buat ikut resepi che mat guna inti ayam bercendawan.tapi ilahjy tak de ayam dan cendawan, sebab mood nak buat dah ada. Ikan sardin cap ayam pun jadilah.... jom layan resepi. Terima kasih pada siti kerana tayangkan di fb. Kak ilah dah olah ikut selera kak ilah. 

Quiche merupakan sebuah makanan yang berasal dari Perancis . Makanan ini diperbuat daripada tepung gandum dengan isiannya berupa adunan bayam , salmon , ayam , daging asap yang dibalutkeju .
Quiche sering dianggap versi gurih dari egg custard tart. Sebenarnya pastry dengan isian custard gurih sudah jauh lebih dulu dikenali di Inggeris, tepatnya pada awal abad ke-14. Namun, kini quiche lebih dikenali sebagai makanan khas Perancis yang berasal dari Lorraine . Quiche Lorraine ini isi kandungannya adunan susu, telur, potongan daging asap dan keju Gruyere.
Petikan dar wikiepedia




Keseluruhan resepi ini telah ilahjy olah

Bahan2 utk kulit pastry:

250 gm tepung gandum
125 gm butter sejuk dipotong dadu
Secubit garam
1 sudu besar gula ising
1 biji telur dipukul sedikit

Caranya:

Campurkan kesemua bahan kecuali telur gaul dgn hujung jari sehingga sebati menjadi serbuk roti. Kemudian masukkan telur terus di gaul sebati dan diuli menjadi doh. Canaikan sehingga nipis dan masukkan ke dlm loyang tak perlu digriskan,  kemaskan sehingga meratakan keliling loyang dan tebing loyang. Cucuk2 dasar pastry dgn sudu garfu supaya gelembung udara semasa proses membakar dilepaskan. Simpan dlm peti sejuk, sementara kita sediakan inti dan bahan2 lain.

Inti sardin:

1 tin besar ikan sardin (ada 4 ekor cap ayam )
5 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
Kacang buncis dipotong dadu
Karot diparut halus
Kentang diparut halus
Cili merah di dadu
Cili hijau di dadu

Caranya:

Tumis bawang2 dengan minyak yg mencukupi sehingga wangi.
Masukkan serbuk kari dan cili bersama sedikit air. Setelah pecah minyak, masukkan sardin bersama sosnya, pecahkan2 sardin sehingga halus.
Setelah hampir kering, baru masukkan kesemua bahan2 tadi bersama garam dan bahan perasa ilah jy guna kiub ikan bilis. Masak sehinga sedikit kering dan sedia utk digunakan.

Bahan cheesee penutup inti:

2 biji telur
6 sudu besar parutan cheesee 
1 sudu besar susu cair
Sedikit garam

Caranya:

Campurkan kesemua bahan guna wish telur kacau sebati.

Cara memasukan bahan:

1. Dalam loyang yang berisi pastry tadi, bakar dalam oven bersuhu 190 darjah bakar selama 25 minit. Ilahjy tekan kan pastry dgn garfu semasa proses pembakaran. Kerana pastry mengelembung sbb ilahjy tidak letakan kekacang. Nak senang kerja.

2. Setelah kekuningan angkat, masukkan inti sardin ratakan keseluruhan.
Tuangkan  aduanan cheese menutupi inti

3. Bakar semula dlm suhu yg sama sehingga 25 minit. Redai mesti diletak dibawah sekali. Ikut kesesuaian oven masing2...

17 August, 2009

127.pastry berlapis ku menjadikk aku ubah resepi asal



sebab nak cepat masak aku naik kan suhu ke 220 terbakar laa kawan ni..huhuuu tapi anak memuji sakan sebab ranggup dan gebu mcm kat kedai..hat mula aku try rapuh sakit gigi... hehehe tapi yg ini best menjadikkkk yahooooo....itu la hobi ku mengolah resepi org hehehe....kekadang resepi org bukan leh pakai...kebanyakkan dlm blog ni aku ubah laaa...jgn mareee...

Bahan:

250 gm tepung gandum sepatutnya tepung rotiii
25 gm marjerin (ilahjy panaskan supaya pastry jadi gebusss) maaf terluper nak ubah suai disini setelah sekian lama..)
1/4 sudu teh krim tatar
1 biji telur yg kecik sekali kalu ada
garam secubit
100 gm air sejuk/ais (baru tambah)ilah jy ubah supaya jadi ranggup kalu x suka ikut resepi asal
marjerin pastry secukup utk melapis doh

cara:

1. tepung bersama krim tatar dan marjerin digaul jadi serbuk roti, masukan telur, air
2. uli sampai doh jadi lembut...
3. rehatkan doh 15minit dlm peti sejuk
4. pas tu uli lagi dan canai memanjang segi 4 tepat bukan segi 4 sama...
5. letakan pastry marjerin atas doh sapu rata 1/3 kosongkan.
6. lipatkan doh canaikan jadi 4 segi tepat ..hat ni susah nak terangkan niii..tak de gmbr lakkk
7. lipatkan doh 3 lipatan canai lagi ulang 3 kali... setiap kali di lipat mesti rehatkan doh rehatkan doh.. supaya hasil nye cantik..
8. pas tu canaikan nipis2 dan potong lah ikut selera kita dan msukan inti apa2 jer
9. bakar 1/2 jam suhu 170 drjah..

bab melipat ni payah sikit ada caranya...kena beli buku dipasaran yg ajar cara lipatan doh pastry ni...
insyllh jika aku buat lagi sekali kali k4 aku akan amek gmbr yaa..demi kalian yg berminat..
selamat mencuba.....kalu tak jadi sila ym yaa


baru dimasukkan pada 11 nov 2010 lukis sendiri la jawabnya

08 August, 2009

122. CREAM PUFF


aku bakar pada 7 ogos 09 dah lama betol tak buat...
bahan:

1 cawan air panaskan dgn
1/2 cawan marjerin bersama
1 sudu teh gula sehingga mendidih masukkan
1 1/4 cawan tepung gandum kacau sehingga berketul dan tidak melekit dlm kuali

sejukkan masukan
3 biji telur dan dia gaul sebati

guna acuan ising berbunga dan paipkan dlm loyang, bakar selama30 minit kekuningan.
gunting tengah2 dan masukan intinya..apa2 ker yg kau org suka

18 July, 2009

115. PASTRY BERLAPIS BERINTI SARDIN


percubaan ke2 pada 18 july 09 1/2 kg tpg dpt 25biji jer patut la mahal..dah tu susah lak nak buat 3 kali lipat melipat huhuhuuu..

perhatikan perbezaan antara gambar ini dan gmbr yg lagi satu...yg ni agak keras..lagi satu percubaan ke2 agak gebuuuuu dan ragup lembut berderai... ada ler raasiaaaanyeee... kalu ikut resepi asal mmg mcm ni lah hasilnya... maka atas usaha sendiri aku mereka2 dan ubah sedikit cara membuatnya maka amat membanggakan...

23 June, 2009

112.TART BERPUDING

aku masak petang semalam kerana anak sulung ku nak makan...kebetulan abahnya pun puasa sunat senin..hehehe.. ada yg mau resepi ker??? malasnya nai taipan... terlebih bakar coklat laa tart tu...huhuu

08 May, 2009

104. CHEESE TART...INTINYA TERPULANG ....

Hari ini hari ibu 10 mei aku sudahkan tart yg disimpan tuuu...
inilah hasil nya setelah dibakar 10 minit dgn suhu 170 drjah. selepas tu bekukan dlm petiais.. baru lah enak dimakan sbb keju nya cair tak berapa sedap gi kunyah...
tak sempat dah nak tunngu 17 mei anak2 dah minta nak makan..huhu.. begini lah caranya menyudahkan tart aku ni...initi blueberry aku guna..minggu depan strawberry pula



bakar dlm suhu 170 darjah selama 20 minit dan keluarkan dari acuan sedia utk digunakan
masukkan kedlm acuan dan cucuk dgn garfu supaya keluar udaranya
canaikan menggunakan lpastik sebagai pengalasnya
campurkan telur uli sehingga lembut dan simpan 20 minit dlm petiais
tepung dan kesemua bahan digaul menjadi serbuk roti
aku bakar pada 7 mei 09 utk disimpan sampai 17 mei tunggu hubby balik baru diisi intinya... tttunggggguuuuuuu....

bahan:

360 gm mentega
360 gm gula halus
600 gm tepung gandum
2 susu besar susu tepung
gaulkan menjadi serbuk roti masukkan pula
2 biji telur dan diuli sehingga lembut dan simpan dlm petiais selama 20 minit
keluarkan dan terap dlm acuan pilihan spt digambar dan bakar 170 drjh selama 20 minit
lebih kurang 60 keping dapat dari adunan ini

isikan inti bluberry dan cream cheese yg diputar....bakar semula dlm 10 minit sahaja.
keluarkan dan sejukan dlm petiais sebentar supaya cream keras

bahan inti:

krim atasnya:
2 buku krim keju ( philadelpia) dah mahai dah la ni dekat 10rm sebuku..huhuhu
80 gm gula halus
40 gm marjerin kalu bater lagi sedap laaa
2 biji telur
6 sudu besar susu cair lebih sikit tak pee nanti krim tu cair sikit.. jimat laa hahaha

caranya:
putar keju, marjerin, gula sehingga jadi krim, masukkan telur dan susu cair kacau sebati.

inti:
blueberry, strawberry, nenas, mangga, dll yg anda suka utk intinya