http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
IKLAN KE3 -ILAHJY
RESEPI SUMBANGAN JY
sahabat yg rajen bicara
AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.
SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.
SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.
ilah1908@gmail.com
jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.
TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***
RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA
KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013
SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
hari ini 7 feb 2017
|
Showing posts with label PASTA. Show all posts
Showing posts with label PASTA. Show all posts
02 July, 2026
10 May, 2025
1417. PASTA DAN ISI AYAM GORENG BERPERISA
bahannya:
Isi ayam dipotong nipis
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Cili merah di potong nipis
Cili padi diketuk
Sos tiram
Kicap
Daun ketumbar
Caranya:
Panaskan minyak goreng ayam sampai masak
Masukan bawang2 dan halia dan
Masukan sos2 kicap dll. Masukan sedikit air. Tak perlu garam ye. Masak sehingga sebati.
12 April, 2025
24 December, 2024
31 October, 2024
22 July, 2014
665. LASAGNA DEK ANN
Lasagna ini hasil air tangan anak no3 ilahjy. Dek ann . Berangan nak makan sejak balik bercuti dari UIA. Apa lagi sudah jumpa bahan2nya apa lagi jommm laa jamu mata. Berpandukan resepi dari web. Terimakasih empunya resepi. Semoga perkongsian ini akan meningkatkan pahala di bulan mulia ini bulan ramadan. Aminnnn..
Bahan2:
20 keping pasta lasagna rebus dgn air juga minyak sehingga lembut toskan
1 mangkuk daging cincang
1/2 batang carot dadukan
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hotam
3 sudu besar tomato puree
3 sudu besar sos tomato
3 biji tomato segar
1 kiub ayam
Sedikit rempah oregano
8 keping cheesedale @ cheddar parut
2 cawan susu segar
3@4 sudu besar minyak masak
Garam dan gula
Panaskan minyak tumis bawang2 sehingga wangi.
Masukkan paste kari dan bahan2 yang lain, kacau sehingga sebati dan mendidih.
Akhir sekali masukkan tomato segar dan rempah oregano. Masak biar berair sedikit supaya pasta lasagna akan kembang semasa proses pembakaran dan tidak kering.
Bahan paste:
3 sudu besar air
2 sudu besar cili mesin
1 sudu besar serbuk kari ayam
Gaul sebati
Lapisan sos cheese:
2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung gandum
8 keping cheese dale
Panaskan minyak masuk tepung kemudian susu masak sehingga mendidih masukkan cheese. Kacau sehingga pekat tutup api.
Cara susun:
Lapisan 1 pasta menutupi seluruh loyang
Lapisan ke 2 inti daging
Lapisan ke 3 sos cheese
Akhir sekali biarkan pasta sahaja dan ditutupi dgn sos cheese dan parutan cheese
Juga taburan oregano.
Bakar 180 darjah selama 30 minit.
19 February, 2013
478. PASTA HIJAU ILAHJY
selamat sejahtera dah minum petang? apa menu tengahari tadi?
bagi ilahjy yang sedang menderita sakit tekak ni perit tak boleh makan pedas2... teringin nak makan pasta hijau. jam 11 pagi tadi selepas out dari Fb. terus ke dapo menyediakan segala bahan yang tak punya sukatan. biasalah ilahjy ni kerja main agak2 jer. akhirnya terjadi lah juga pasta hijau ni.. teringin nak masukkan sayuran bayam tapi kehabisan stok. ada pula tepung atta/capati maka dengan segera tangan ni mengandunkan bahan.keputusannya adalah terbaik sekali bagi tekak ilahjy ni.
ada sapa2 berminat mau kan resepi? tunggu ya..
sebenarnya sudah beberapa kali ilahjy buat pasta sebegini rupa. cuma bentuk dan wsrna berbeza.
PASTA INI BOLEH DIJADIKAN SUP SOTO SEPERTI DALAM GAMBAR ATAU DIGORENG SEPERTI KUE TEOW IKUT SELERA MASING2
GAULKAN MINYAK MASAKA SECUKUPNYA SUPAYA TIDAK MELEKAT
MASUKKAN KE DALAM AIR SEJUK DAN TOSKAN SEKALI LAGI
REBUS DALAM AIR MENDIDIH SEHINGGA TIMBUL DAN TOSKAN
BEGINILAH RUPANYA SELEPAS DIMESIN
SAPUKAN MATA MESIN DENGAN MINYAK MASAK BARU POTONG ADUNAN KEBENTUK KUE TEOW
SAPUKAN TEPUNG PADA ADUNAN DAN MESIN KAN SEBANYAK 3 KALI
TEPUNG DIBULATKAN TAK PERLU LICINKAN ADUNAN SEKADAR BAHAN BERCAMPUR BILA KITA MESIN BAHAN AKAN LICIN SENDIRI
http://ilahmasakanku.blogspot.com/search/label/PASTA KLIK SINI RESEPI PILIHANhttp://ilahmasakanku.blogspot.com/search/label/mee KLIK SINI UTK MELIHAT CARA BUAT MEE
bahan: resepi rekaan ilahjy
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung capati/atta
2 biji telur
1 sudu teh garam
1/2 cawan air secukupnya
pewarna hijau secukupnya
caranya:
1.campurkan kesemua bahan gaul rata dan uli seperti karipap tetapi keras sedikit dari adunan karipap.
sila guna mesin mee.
2.bentukan kecil2 seperti di atas. supaya senang nak gelek dimesin.
gelek sebanyak 3 kali biar rata adunan. sambil disapu tepung setiap kali masuk mesin.
3. sapukan tepung rata2 dan mesin ke mata kue teow untuk mendapatkan bentuk pasta di atas.
sapukan minyak masak semasa masukan adunan ke mata mesin tadi.
4. rebus dalam air mendidih setelah timbul toskan.
5. masukkan terus ke dalam air sejuk supaya mematikan proses kembang.
6. toskan dan sapu minyak masak mengelakkan melekat. boleh dimasak dl pelbagai juadah samada nak mengoreng atau merebus.
SELAMAT MENCUBA
477. PASTA HALUS DAN RESEPI MUDAH
salam sejahtera semoga diberikan kesihatan yang baik pada hari ini dan seterusnya dan dipermudahkan segala urusan. mudah? masak pun nak mudah dan senang.
Begitu juga dengan makanan ini salah satu pasta yang amat mudah disediakan.menjadi pilihan ilahjy dikala tekak jemu nak makan nasi
ilahjy menggunakan bahan2 di dapur apa yang ada. ikut selera teka sendiri.

tekak orang melayu bukan tekak mat saleh kan...
22 November, 2012
462. MAKARONI DAN SPHAGHETI CENDAWAN TIRAM JY
marilah sama2 kita hargai keamanan yg ada di bumi bertuah DI MALAYSIA ini.
tidak kah kita merasa bertuah dilahirkan disini.. kehidupan yg amat sempurna. sampai makan pun kita boleh masak apa yg kita hendak. kadang kala sampai terbuang2 ke dalam tong sampah.. tak kena selera sikit jer tak boleh ditelan.. masin sikit jer dah merunggut, lembek sikit jer dah tak lalu nak kunyah.. kurang pedas pun nak marah terlebih manis pun nak membebel..
cuba kita bayangkan kita berada ditempat ITU sekarang ini? apa perasaan kita.. nak bernafas pun susah sehingga detik nafas pun terhenti buat selamanya...oleh itu kita kena ambil iktibar dari kejadian itu.. untuk terus berada dibumi bertuah ini dengan penuh kesyukuran kepadaNya...
maka, makan lah apa aje yg telah dimasak oleh CHEF kat rumah ..jangan banyak fikir lagi.. ayuhhhh!! jom kita tinjau apa sarapan pagi tadi yg dinikmati dengan penuh KETENANGAN oleh keluarga ILAHJY.... Malam tadi pun makan makanan barat ni iaitu spagheti pedas.. pagi tadi pun sama makanan barat... iaitu makaroni .... ermmm sedang enak jer ditekak hasil masakan dan resepi sendiri.. nak kasi nama apa pun tak pasti... ilahjy namakan makaroni cendawan tiram sebab cendawan tiram tu ilahjy guna dlm kuantiti yg banyak.. sedap...
sarapan pagi 22 nov 2012
boleh dimakan bersama cili padi kicap bagi menambah kepedasannya
yg bawah ni pula SPAGHETI malam tadi
MAKARONI CENDAWAN TIRAM JY
bahan-bahannya:2 cawan makaroni direbus bersama sedikit minyak sehingga kembang dan toskan.
1 keping dada ayam dipotong dadu
10 keping cendawan tiram di siat2 kalu dadu pun boleh. ilahjy lebih suka siat2 terasa bila digigit.
4 ulas bawang putih diketuk
1/2 labu bawang besar di dadu kecil
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk oregano
1/2 sudu teh serbuk basil
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan susu cair
1 kiub ayam
2 cawan air (ikut kepekatan kuah yg kita suka)
caranya:
1. panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga keperangan,
2. masukkan isi ayam dan bawang besar dadu goreng sehingga kekuningan
3. masukkan lada hitam kacau sehingga sebati dan naik wangi.
4. masukkan kiub ayam kacau rata.
5. masukkan sedikit air utk memecahkan kiub ayam.
6. masukkan tepung gandum kacau rata
7. masukkan air kacau sehingga mendidih. sila tambah air mengikut kepekatan yang kita suka.
8. perasakan sedikit garam jika kurang masin.dan akhir sekali masukkan susu kacau sebati
9. sedia untuk digunakan
resepi ini tidak pedas boleh ditambah cili kicap utk memedaskannya.
SPAGHETI CENDAWAN TIRAM JY
bahan:
secekak spagheti direbus bersama minyak sehingga kembang dan toskan
1 keping dada ayam dipotong dadu
10 keping cendawan dadu
4 ulas bawang putih diketuk
1/2 labu bawang besar di dadu kecil
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk oregano
2 sudu besar tepung gandum
1 kiub ayam
2 cawan air (ikut kepekatan kuah yg kita suka)
2 sudu besar serbuk cili
1 biji tomato besar di dadu
caranya:
1. tumiskan bawang putih sehingga kuning
2. maasukkan isi ayam sehingga kekuningan
3.masukkan cili serbuk kiub ayam dan sedikit air kacau sebati
4. masukkan tomato kiub kacau sebati
5. masukkan tepung gandum kacau rata dan tambah air secukup pekat
6. beri sedikit garam jika perlu dan sedikit gula sedia untuk digunakan
24 September, 2012
445. PASTA DIY
boleh guna corak kue teow atau mee
salam buat semua pengunjung2 RSJY..Semenjak 2 hari lepas UPDATE BLOG telah bertukar ke alam baru.. maka ilahjy terkial2 nak melaksanakan tugas ditempat terbaru ini..rasa tak puas hati dgn tepat baru..apa nak buat bukan hak milik kita BLOG Ni.. kena lah terima apa juga yg diberi... maaflah jika terkurang apa2 disini
semalam 23 set 2012 ilahjy telah masuk ke fB kongsi resepi..sekali terpandang salah sorang rakan mempamirkan hasil kerja tangan nya ... terus ilahjy minta izin resepi utk dicuba....maka malam tadi bersama anak ke 2 shafiqah..ilahjy meneruskan misi ini... tapi kena ubah suai sikit bahannya kerana terlalu lembek.. biasalah.. apa jua resepi kalu rasa kurang menjadi kena pandai2 kita mengolahnya.. jgn salahkan resepi.. kadang2 kandungan cecair dan bahan kering tak sama...
apapun misi ini telah berjaya dan pagi tadi 24 sept 2012 kami sekeluarga telah dapat bersarapan dgn sphagethi buatan sendiri walaupun tak sama yg beli dari obesee tuuu tapi yang nyata puas hati...
skill membuat mee laksa dan kue teow ilahjy telah hilang, sejak resepi2 berkenaan dibuang oleh arwah atok yg tak tahu menahu...dia kemas bilik ilahjy habis dikemasnya huhuhuu.. itu kisah umur ku belasan tahun dulu... masa cuti SPM ILAHJY pergi belajar dgn mak long cara2 membuat makanan tu.. resepi sekarang mana nak sama dgn resepi ilahjy dulu..huhuhuuu apa nak buat .
mesin membuat mee ni pula dihadiahkan oleh BAKAT PASUKAN 25 MELAYU DI TAPAH PERAK.. dah berzaman tak digunakan, anak yg ke 3 dah berusia 18 tahun begitulah lamanya mesin itu....
alhmdulillah hari ni anak no 2 dah pandai memainkan skill membuatnya... tahniah piqa !!!!
meh kita lihat resepi olahan ilahjy
bahan:
2 cawan tepung gandum
3 biji telur ayam
sedikit garam
caranya:
1.masukkan kesemua bahan ke dalam BM dan aduna sehingga tak melekat ditangan.
lebih kurang macam buat karipap.kalau kurang tepung sila tambah ya...
2.gunakan mesin mee pasang no 5 teruskan mengelek sehingga 3,4 kali ulangan.
masukkan ke dalam bahagian mata pemotong mee.
***semasa masukkan ke dalam mata2 mesin itu tepung mesin disapu tepung yg agak byk
supaya tidak melekat.***
3.panaskan air dalam periuk bersama minyak masak yg secukupnya sehingga mendidih.
4.masukkan adunan tadi kacau2 dgn senduk setelah terapung toskan.
terus masukan ke dalam bekas berisi air sejuk
5.toskan lagi sekali. masukkan ke dalam bekas dan gaul bersama minyak masak supaya tak melekat.
6.celur lagi sekali untuk di makan bersama kuahnya.
28 July, 2011
339. TALAM NANGKA MADU DAN MACARONI KERUTUB CAJUN
salam pada semua pengunjung resepi sumbangan JY sekelian tak kira yg setia masuk, yg singgah lalu, yg kebetulan, yg mencari resepi baru dan sebagainya...
masyaAllah dah beberapa hari tak buat N3 baru.. bukan tak berasap dapo tapi ilahjy sakit tekak yg melampauuuu.. dah jumpa puan dok amek ubat hari ni baru ok harap2 sambut posa nanti dah sembuh sepenuhnya...
kenapa tajuk diatas ilah jy taipan..? macamni alkisahnya:
kebetulan malam tadi sahabat lama en hb kusss datang dari Ipoh naik ketapi laju.... atas urusan peribadi... pada mulanya mungkin beliau bermalam disini.. ilah jy sediakan ke dua2 jenis sarapan ini malam tadi.. setelah sajian siap jam 9.30 malam tadi dapat panggilan sahabat en hb kuss dah balik bersama kawannya..
apa nak kata bukan rezekinya.. makan bersarapanlah kami tanpa tetamu itulah sebab2nya... kebetulan hari ni ada jamuan di tasik keramat ...akhir sambutan posa.. maka akan ku bawa ke sanaaa.... resepi akan dimasukkan selepas ilahjy balik dari jamuan di tasik...
MACARONI CAJUN DAN TALAM NANGKA
baru nak merasa apa itu CAJUN. nasib baik ada sebotol di gergasi tuu dptlah merasa.. memang enak masakan bila ada perasa ini.. ada kelainannya..cubalah... ilahjy agak ketinggalan sedangkan kawan2 dah lama merasa...




talam nangka:sumber rujukan dari sinar kehidupanku adik manis yatie JB
terima kasih resepi ini...duhai ratu talam..emmmm sedapppp lembutttt...gedik2 lagi tauuuu
TALAM NANGKA MADU
(pemberian datuk aminah dan en latif pokok tanam sendiri ni weyyy .t.kasih )
TALAM NANGKA MADU
(pemberian datuk aminah dan en latif pokok tanam sendiri ni weyyy .t.kasih )
bahan:
bahagian bawah:
1 cawan nangka di cincang dadu
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula pasir
3 cawan santan cair ( 1/2 cawan santan kotak + 2 1/2 air)
sedikit garam.
caranya:
campurkan kesemua bahan kecuali nangka.
kacau atas api sehingga pekat. masukkan nangka dadu kacau sebati.
tuangkan dlm kukusan. terlebih dulu sapukan minyak pada loyang panaskan 10 minit baru tuangkan adunan. supaya senang lekang. petua ilahjy.
kukus sehingga kering adunan baru di masukan adunan atas.
bahagian atas:
1/2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung
3 cawan pekat ( 1 cawan santan kotak + 2 cawan air)
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
pewarna oren campur pewarna kuning serlahkan warna spt digambar....(ilahjy punya akai hehe)
caranya:
campur kesemua bahan kacau atas api sehingga sedikit pekat. kemudian tuangkan ke atas bahan nangka yg telah dicakar dgn garfu terlebih dahulu. kukus selama 20 minit.
sejukan semalaman baru dipotong.

MACARONI KERUTUB CAJUN
bahan: maaf tiada sukatan yg khas... main agak2 jer...rekaan ilah jy sendiri.
3 sudu besar rempah kerutub
2 biji bawang besar
5 ulasa bawang putih
serbuk cajun seperti dalam gambar secukupnya 2 sudu kecil
1 cawan daging cincang
1 cawan santan pekat
3 cawan macaroni rendam rebus dan toskan
( bila kembang macaroni akan jadi separuh dari loyang yg digunakan utk membakar... masa sukat ilah jy terlupa nak guna cawan main tuang dari paket jer...jadi kena agak2 ya..)
6 biji telur dipukul rata
sedikit sos cili
sedikit sos tiram
caranya:
bawang2 ditumis sehingga wangi dan dimasukkan rempah bersama sedikit air setelah pecah minyak masukkan santan bersama daging garam dan serbuk cajun.
setelah mendidih masukkan sos cili dan sos tiram. setelah sedikit kering angkat dan tuangkan ke dalam macaroni yg telah direbus dan ditos terlebih dahulu.
gaul sehingga rata sambil direnjis lagi sekali serbuk cajun dan lada putih...
pukul telur kemudian tuang ke dalamnya dan gaul sebati.
alas loyang tuangkan dan ratakan kemudian bakar 200 darjah selama 30 minit atau sehingga masak.

Subscribe to:
Posts (Atom)











































