terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts with label Sambal belacan. Show all posts
Showing posts with label Sambal belacan. Show all posts

01 March, 2017

886. SAMBAL BELACAN BUAH KEMANG


buat sambal macam biasa cuma tambah hirisan buah kemang, tak perlu asam lain kerana buah kemsng dah cukup masam utk menstabilkan rasa sambal belacan ini.


inilah buah kemang a.k.a binjai

10 October, 2015

771. SAMBAL MANGGA CILI KERING CITARASA JY

Resepi ini dicipta oleh ilahjy sejak tingkatan 3 tahun 1981.
ketika itu nenek nak makan sambal belacan. Tapi kehabisan cili merah. Terus ilahjy mencipta sambal belacan daripada  cili kering. Hasilnya tidak basah. Ia kering sedikit berlekit. Walaaaa sedap nya lebih drpd cili merah yg berair. Aroma cili kering lebih wangi. Tetapi cili kering mesti digunting dibuang bijinya dan di rendam dalam air panas seketika. Basuh bersih.
buat sambal seperti biasa. Joommm layanzzz..




24 May, 2015

742. SAMBAL BELACAN ASAM NANAS

Resepi sambal belacan asam nanas ini terbaru ciptaan ilahjy.
Kebetulan masa nak buat sambal ini buah tomato kehabisan. Sekali tengok 
Nanas dah masak betul. Terus potong dalam 2 keping. campur ke dalam sambal belacan. Ermmm wangiii sedap...masam2 manis... cuba lah yeee

19 December, 2014

688. SAMBAL BELACAN AIR LIMAU PURUT

TAK DE BAHAN KIMIA YEEE HARI NI....

Wahhh mesti pelik kan... jangan buat2 tak faham yeee... kena faham makanan di malaysia ni pelbagai citarasanya.... hari ini amat kecewa. Buka fb terus nampak  org pm kat mesej. Dia tak faham apa yg ilahjy komen. Walaupun niat dan ayat tu memuji dia. Sebab dia memuji diri buat benda tu jadi.. takanlah pula kita nak mengeji. Mentang dia bisnes2 online...  dia ingat apa je dia buat semua terbaik.. bila kita nak menjadi usahawan berjaya kena terima semua teguran dgn positif. Pada hal komen tu terlalu ringkas dan padat. Menyebabkan seorg pendidik macam dia tak memahami. Nasib baik aku bukan pendidik. Kalu tak hancusss murid2 ku hahahaha sebab aku suka buat org salah faham.
Ok laa pengajaran buat aku. Lain kali jgn memuji org dgn ayat yg padat dan ringkas. Puji lah tinggi2 dan lambung2 laaah org dgn ayat yg penuh bermakna,  biar semesta alam dpt faham isi pujian. Dan org lain boleh oder dgn dia.. hahaha kelakauuuu betul..macam2 perangai manusia ni... 

Ok lah jom tengok resepi ni. Ringkas yeeee.. ikut mood hari ni.
Buat sambal belacan macam biasa.
Potong  bawang
Perah asam limau purut dan potong nipis2 kulitnya
Gaul rata. Sedia utk dimakan. 



14 April, 2014

607. SAMBAL BELACAN

Tak de sambal yang lain yang boleh menawan selera ilahjy.. melainkan sambal belacan adunan sendiri.. sejak darjah 5 lagi arwah nenek telah mengajar ilahjy menumbuk sambal belacan ini... ada satu lagi sambal belacan yang ilahjy reka sendiri masa tingkatan 3.. nanti  ilahjy kongsi dilain masa yee..
Bukan nak memoje diri.. tapi masing2 punya selera sendiri.


Bahan2nya:

3 biji cili merah 
2 biji cili hijau
5 biji cili padi
Belacan sebesar 3 jari
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 biji tomato

Jika perlu masam tambah jus limau

Caranya:

Blend kesemua bahan sehingga hancur rasa asam masin manisnya.



01 August, 2012

431. IFTAR 10, 30 JULAI SAMBAL KEMANG/BINJAI DAN TEPUNG PELITA/JONGKONG

sudah 3 hari line tenet MAXIS Ni macam kura2 berlumba dgn arnab..kisah zaman dulu2... zaman ni dah maju dah... tapi perkhidmatan masih tahap zaman tak de tenet.. berbagai kerja TERGENDALA... ini pun makan masa berjam2... sambil buat kerja pun gmbr masih tak dpt load lagi.. hari ni mcm nak p cari lagi satu... CELCOM. celcom yg lagi satu masih tak boleh digunakan... dah hantar kedai tapi masih sakit lagi huhuu.. sabau jer laaa..
apa pun jom layan menu berbuka ke 10, 30 julai.. masih lagi dalam suasana KEMANG. Maka kali ni ilahjy buat sambal belacan kemang. agak masam sikit kena tambah lebih sikit gula... baru seimbang rasanya...


sementara tu pemanis mulut pula tepung pelita...dah seminggu nak makan, hari ni baru terlaksana impian... daun pisang tak de dalam mangkuk pun jadilah.. janji ada daun pandan yg enak dan harum rasanya.. ilah jy gantikan gula merah. kuih ni ilah jy selalu makan di KANTIN PERPUSTAKAAN NEGARA KUALA LUMPUR ketika pulang dari jogging di tasik titiwangsa pasti kami singgah sarapan di situ. bila dah guna air gula, tak perlu lagi masuk gula pasir dlm adunan tuu. dah jadi macam lompat tikam ... dan baru2 ni ramai kawan2 KITA GMM buat macam ni... tapi dlm versi yang berbagai2... resepi ni ilahjy main curah2 jer kalu pekat tambah santan/air...senang sangat nak sediakannya..
kuih ini ada dua warna satu hijau tanpa santan tak kelihatan dan yg putih itu ilahjy campurkan santan pekat bahan2 nya tepung beras dan tepung gandum.. sama atas bawah..
kemang yg panjang tu masam isinya putih. kemang yg pendek tu manis isinya kelabu sikit..
buat sambal belacan macam biasa ya kawan2 cuma lebihkan gula ...seimbangkan masam manis pedas...cili merah, cili padi, belacan garam gula



RESEPI TEPUNG PELITA AKA JONGKONG
ilahjy punya resepi sendiri..sukatan main agak2 jer.. tetap nak masukkan di sini sebagai rujukkan sendiri di masa depan

A: bahan air gula
sediakan 4 mangkuk macam diatas..
masukkan 3 sudu besar air gula melaka pekat di dasar mangkuk.
ikut manis gula masing2.

B:bahan hijau:

3 helai daun pandan dimesin
1 cawan air

3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
2 cawan air ( masukan separuh dulu kalau keras tambah lagi)
sedikit pewarna hijau

caranya:
campurkan kesemua bahan , masak atas api kacau sehingga berkilat.
ambil sesenduk tuangkan ke atas air gula tadi.

C: bahan kepala putih:

3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
3 cawan santan peakt (kalau pekat sangat tambah air)
garam

caranya:

campur kesemua bahan dan masak atas api sehingga berkilat
tuangkan sesenduk ke atas adunan hijau tadi. sejukan. makan panas2 lagi sedap.
begitulah kejadiannnya.

tidak sama dgn cara kwn2 yg lain buat jongkong yg terkenal seminggu ini ..
semasa kita mengacau adunan tadi kita akan dapat merasakan ia cair atau pekat maka di situ kita akan tambah air/santan . ikut selera masing2 samada nak keras atau lembut.