terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts with label buah-buahan. Show all posts
Showing posts with label buah-buahan. Show all posts

06 November, 2018

967. RENDANG REMPAH 7 RASA NANGKA CEMPEDAK MADU







Waaalllaaaweiii RENDANG!!! nangka cempedak ilahjy.. sedap weii gabungan 5,6 jenis rempahannnn.. sila tutup mata... setelah hati sedikit meruap dgn sikap seseorg... makan ni kasi angin kluar...

Rendang Rempah 7rasa JY

1 biji nangka cempedak muda dlm 2kg berat spt dlm gmbr yg cute tuu saiz nya
 Potong nipis2 dan Celur nangka dlm 10mt je. Toskan

Bahan dimesin sehingga halus mulus

4 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar
5  ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas muda
1 inci kunyit hidup
4 batang serai
1/2 cawan 

Rempah 7 rasa
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah sup
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah daging beriani
4 sudu besar kerisik

1 kotak santan
Garam
Daun limau purut diracik halus

Panaskan 1 cawan minyak, tumiskan bahan mesin sehingga wanggi
Masukan sedikit air dan kesemua rempah2 diatas. 
Masak sehingga pecah minyak. Masukan nangka, kerisik, garam, daun limau purut dam santan.
Masak sehingga mendidih dan kepekatan kuahnya ikut selera masing2.

02 October, 2014

678. JENTIK-JENTIK DAN KERKUP YANG PUPUS

Semasa balik ke kedah dan perlis sebulan selepas raya puasa.

JENTIK-JENTIK

KERKUP


20 July, 2014

661. TIMUN BETIK BERKULIT PUTIH

Satu lagi timun betik. Tapi yang ni kulitnya putih. Tidak berjalur macam N3 Lepas.
Rasa kedua2nya sama. Cuma jenis putih ni isinya agak kental. Yang berbelang tu pula isinya agak gebu. Mudah relai jika masak sangat. Yang ini tahan sikit isinya tak mudah hancur.
Dua2 pun sedap. Dari tak de baik ada.

Atas kulit putih isi keras sikit: biji tengahnya kasar


Bawah kulit belang2 isinya mulus:biji tengahnya halus





02 August, 2013

538. TIMUN SUSU-IFTAR 24

Setelah berbelas tahun tak jumpa buah nie akhirnya pagi tadi  misi mencari durian belanda gagal di pasar chow kit ALLAH taala gantikan dgn TIMUN SUSU berkulit putih. Selalu makan kulit hijau berbelang mcm tembikai biasa.
Saiz buah ini sebesar labu air. Dlm 2,3 jengkal panjang. 
Timun ni sejuk. Orang yg ada sakit urat tak molek memakannya. Ilahjy juga tak boleh. Tapi membolehkan juga utk makan walaupun sepotong dua utk hilangkan kempunan belas tahun ni...



Caranya:

Pati santan yang diperah guna air panas
Gula secukupnya
Garam secukup rasa

28 July, 2012

429. IFTAR KE 7. ROTI SARDIN, KERAPU 3 RASA, FRUIT COCKTAIL

juadah berbuka untuk keluarga tercinta untuk hari ke 7 serba ringkas yang boleh.
hari ini ilahjy mencuba non stick pan VANTAGE buat kali ke 2 dengan membua t roti sardin telur..berperisa rempah.. memang senang membuatnya kerana tak perlu guna minyak..cepat masak dan cantik masak nya.. en hb asyik memuji bini nya rajin masak..walaupun pan yg dibeli ni tanpa kebenaran dari dia.. bila dah guna dan masak dia pasti akan memuji...hehehe pada hal dia tak tahu bini dia beli sampai dua set hahahaaaa.. kalau dia tahu...kena tadah telinga lah...



Jimat masa 2 keping sekali harung boleh dibakar...
RESEPI ROTI SARDIN TELUR BEREMPAH(selera ilahjy)

bahan:
1 tin sardin saiz kecil
2 biji telur
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah sup
1 sudu besar serbuk jintan manis
bawang besar dimayang
garam

caranya:

campurkan kesemua bahan dan pukul dengan garfu tekan isi2 ikan sehingga hancur.
sedia utk digunakan. 


FRUIT COCKTAIL PERMINTAAN ANAK BONGSU NUR LIYANA
RESEPI FRUIT COCKTAIL

bahan:

1/2 tin susu cair
1/2 tin air
2 sudu besar tepung beras
6 sudu besar gula

caranya:

campurkan kesemuanya dan masak sehingga mendidh. sedia untuk digunakan.



SOTONG GORENG BERTEPUNG BERSIRAM TELUR RAMPAI

RESEPI SOTONG BERTEUNG

bahan:

3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
serbuk kunyit
1 sudu besar rempah sup
garam
air secukupnya

caranya:

campur kesemuanya dan sedia untuk digunakan.


TELUR RAMPAI...ahaks mcm bunga rampai lak hehee saja ubah nama.

bahan:

2 butir merah telur
1 biji putih telur

kacau dengan garfu sekata.

2 senduk minyak masak
1 senduk marjerin

caranya:

panaskan ke dua2 minyak sehingga betul2 panas, kemudian perlahan kan api,
tuangkan telur tinggi tinggi biar jatuh bertali halus sambil di kacau dgn senduk sehingga garing/ kekuningan. toskan dalam tapis yg jarang supaya minyak turun habis.
tutup api semasa kekuningan sebab masa dalam tapis nanti telur akan berubah perang..
sebenarnya ini adalah kali ke 2 ilahjy membuat nya. selepas membaca dari semua pengalaman kawan2 dari fb mahupun di blog dan hasil tonton dari u tube akhirnya menjadi juga...


IKAN KERAPU 3 RASA
RESEPI KERAPU 3 RASA CARA JY

bahan:

3 ekor kerapu dIgoreng (perap ikan dgn garam kunyit, taburkan tepung beras supaya bersalut dgn ikan.)

halia dimayang
bawang besar dimayang
bawang putih dimayang

nenas dipotong baji
sos cili
sos tomato
sos tiram
cili merah potong serong

CARANYA:

masak seperti biasa....

01 June, 2010

202. paceri mangga kuss

masak awal subuh 1 jun 2010.

semasa cuti wesak jumaat lepas aku hubby jiha dan juga ana balik ke melaka utk melihat lot tanah kg tersusun kami di Jasin.. yg baru sahaja dibersihkan pokok2 yg ada diatas tanah tu.
kerja pembersihan dibuat pada hari rabu..

bila dah balik kg mesti la ada buah tangan yg kami bawa balik.
di atas permintaan master taici di tmn tasik keramat.. maka aku seawal pagi tadi 1 jun bangun masakan paceri nie dan aku telah agihkan kepada semua kwn2 kuss di tasik, sorg sikit utk merasanya.. sedangkan aku belom sempat pun makan sampai saat aku mengetuk lap top ni...

pernah kah kalian makan paceri mangga? kalau kat melaka masa kenduri kawen mesti ada... kalu musim buah mangga lah. jom Layanzzz....

19 January, 2010

BUAH MENTEGA JOM KENALINYA....seralat org kedah kata...

terimakasih pengirim email dari SIM...en sirajuddin abbas.. dah lebih 20 thn aku tak makan dan menegok buah ini....
buah ini berbulu halus dipanggil miang buah mcm miang rebung... kena gosok buah tu pada sabut kelapa sehingga bersih.
inilah hasilnya... warna kulit dia kemerahan berbeza dari atas bulunya masih berkilat...buah ini hendaklah dikupas kulitnya macam buah epal. isinya kekuningan dan gebu , rasanya lemak manis ada sedikit kelat melekat pada lelangit bila sudah makan. patut dikomersialkan dan dijaga supaya tidak pupus...aku sendri dah 20++ thn tak merasanya...huhuuu

09 April, 2009

90. JERUK BUAH-BUAHAN

jeruk mangga muda (SEMUA BUAH BOLEH AJERRR)

bahan:

buah mangga muda dibasuh bersih
rendamkan ke dalam air suam 2,3 jam
angkat belah dua buang bijinya
belah lagi ikut saiz yg kita suka
rendamkan ia dalam air kapur dan garam yg secukupnya selama 2,3 jam
toskan dan masukan kedlam bekas yg berisi air gula
biarkan selama 2,3 hari baru dimakan.
selepas itu hendaklah disimpan dlm peti sejuk krn tiada bahan pegawet
ia tidak tahan lama.

air gula:

gula dimasak bersama pewarna kuning sehingga pekat,
sejukan baru dimasukan kedlm buah.

manis nya gula ikut berapa banyak buah yg kita gunakan.
selalu aku buat sebalang kecil buah 2 kilo gula.