pernah tak makan serunding/rendang cendawan? tahun lepas pernah sorang kenalan dari kedah pengusaha cendawan tiram bgtau ilahjy. jika cendawan tak laku dijual, mereka kaan proses cendawan tiram menjadi serunding. kalu dah serunding tu maknanya kering lah..
tapi hari ni ilahjy reka cipta resepi ni berdasar selera sendiri.. tapi tak sempat nak tunggu kering lambat sgt..en hubby nak balik makan tghari.. selepas dirasa wah boleh tahan sedap juga .. ini lebihan cendawan semalam buat goreng kunyit tu.. maka dapat pun ciput jer laa....
ada sapa2 yg nak resepi ciptaan ilahjy ni...? meh kita lihat... kalu kena selera kalian buatlah kalu tak, buat tak tau jer laa yer..hehehe..

bahan:
50 keping cendawan tiram basuh bersih dan perah airnya dan siatkan/carik2 halus2 ya puan.
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar saiz kecil
3 biji bawang putih
1 sudu besar rempah jintan putih/manis serbuk ilahjy suka jintan putih bau wangi..
1 batang serai
1 potong nipis halia(jgn byk bukan daging atau ayam)
1 potong nipis kunyit
3 sudu besar pati santan.
kesemua bahan ini dimesin halus dan tumis dgn minyak yg secukupnya sehingga pecah minyak
setelah itu masukkan cendawan dan pati santan. masak sehingga kering macam serunding ayam/daging. tapi ilah jy buat setakat basah2 sebab nak makan cepat.. okiesss selamat mencuba...