terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








24 August, 2012

439. KENTANG ALA PIE BERINTI AYAM JY



HASILNYA SETELAH DISEJUKKAN

petang semalam raya ke 5 ilahjy masak utk berbuka... sedikit special utk en hb kusss dan anak2 berbuka... dulu pernah buat juga tapi cara yg berbeza guna bekas besar dan susah nak dipotong.. dan resepi kali ni ilahjy buat ikut rasa selera sendiri...
amat mengalakkan mendapat sambutan daripada anak2.... depa makan macam tu jer siap cicah sos.... mama masak ukt dimakan dgn nasi...tapi tak payah!...habis macam tu jer...macam makan pie la pula.. cuma kentang tu lembut dan mulus di makan.

BAHAN BAWAH KENTANG (dapat 12 biji)

Bahan:

4 biji kentang dibelah 4 rebus sampai empuk bersama sedikit garam
3 sudu besar butter cream
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar tepung rose

caranya:

toskan kentang. lenyekkan kentang sehingga halus, semasa masih panas2 lagi.
masukkan butter cream gaul sampai butter cair.
kemudian masukkan susu cair gaul sehingga sebati
masukkan tepung dan gaul sehingga boleh dibentuk. tambah tepung jika masih lembek. tapi jgn terlalu keras. ilahjy buat kentang tu agak melekit sikit dijari.
masa masukkan dalam bekas2 di atas ilahjy basahkan
jari utk elak melekat.

ambil seketul kecil tekan kan kedalam cup cake seperti di atas. bentukkan lubang di tengahnya. seperti membuat cis tat... adunan kentang hendak diisi separuh bekas. biarkan sebentar.

kentang diisi separuh dan lubangkan,isi inti ayam

INTI AYAM TENGAH


bahan:

1/2 cawan ayam segar dicincang halus
1 sudu besar rempah soto mak siti
bawang besar mayang

bawang putih mayang
2 sudu besar karot dadu kecil2
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato

caranya:

tumiskan bawang sehingga wangi, masukkan rempah soto dan karot dadu bersama sedikit air.
setelah pecah minyak masukkan ayam.
kacau sampai masak, baru dimasukkan sos-sos bersama sedikit garam.
setelah sedikit kering padam api.
masukkan inti ayam ke dalam lubang2 kentang tadi.
ketepikan sebentar.

penuhkan adunan telur


BAHAGIAN ATAS PENUTUP

bahan:

3 biji telur A
2 sudu besar tepung kastard
5 sudu besar air

caranya:

campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.
tuangkan adunan telur keatas inti ayam tadi.
bakar dalam suhu 180 darjah sehingga adunan telur itu membeku.
sejukkan sebelum dibuang cup cake itu. sedia utk dimakan
bersama sos yg disukai.

dah siap dibakar

438. AYAM PRUNE JY


ayam prune ini dimasak pada hari rabu raya ke 4. untuk dimakan bersama nasi berbuka puasa sunat.... kebetulan 2 hari sebelum raya pada hari jumaat lepas ilahjy turun ke cow kit ke kedai BAKE WITH YEN sebelah balai polis tuuu..ilah terus beli buah prune bukan dijerukan bukan dimaniskan... hajat dihati nak buat kuih muih tapi mood belum mai lagi... lagipun byk dah sekut2 dibeli 10 jenis kesemuanya.. buat apa nak buat lagi..maka idea utk masak ayam ni pun mai... terus godek lah resepi yg amat mudah ni.... resepi biasa cuma tambahkan buah prune je..tekak belum pernah merasa... tapi sekali makan ok juga laaaa.... anak2 pun suka...

AYAM PRUNE JY

bahan:

separuh ayam dipotong kecil (goreng matikan airnya dlm 15 minit)
bawang besar
bawang putih
halia
10 biji buah prune (beli kat kedai brgan kuih)
cili mesin ikut pedas


caranya:

mesin kesemua bahan separuh hacur..jgn terllau halus jgn terlalu kasar.
tumiskan bahan-bahan sehingga pecah minyak
masukkan ayam separuh masak tadi masukkan sedikit air untuk mengempukkan ayam
perasakan garam. masak sehingga kuah pekat.
rasa masakan ini masam manis ....

16 August, 2012

437. IFTAR 26 KUIH KERIA LEMAK MANIS

GABUNGAN 2 WAJAH YANG MENAWAN HATI..
minta jauh penyakit kencing manis dah la hehehe
hasilan dari saduran gula melaka....

wahhhh kali nie menjadi pula gula2 permata itussss...bangga nyaaa..

Salam sejahtera... hari ni dah pun masuk hari ke 27 kita berpuasa.. tik tok tik tok dah sampai ke kemuncaknya... menu utk berbuka petang semalam a.k.a untuk dibawa ke surau kat bawah tuuu sempena majlis khatam quran ialah kuih keria lemak manis...hasil olahan ilahjy, kerana ilah jy tak berapa suka makan kuih keria sebenarnya.. hehehee

bila dah ditambah pati santan wahhh sedap ooooo en hb boleh habiskan 5 ketul tauuu.. tambah2 pula yg disira gula melaka tuuu ... keluarga en hb memang suka buat sira gula merah atau gula melaka dari gula putih... tapi hari nie menjadi2 pula ilahjy buat..selalu tu kalu buat siraan itu pasti kerassss atau lembek tak keras langsung...

resepi nie ilahjy buat main agak2 juga... nak masukkkan disini sebagai rujukan sendiri sahaja... kalu kalian buat tak menjadi jgn marah yaaa..

bahan:

ubi keledek kuning direbus dan lenyekkan
tepung gandum dicampur sehingga boleh dibentukan.
pati santan kara
sedikit garam

dalam bekas keledek, campurkan santan , garam gaul sehingga sebati.
ayak tepung dan terus masukk ke dalam keledek dan uli sampai terbentuk ketulan yg lembut. bulatkan dan lubangkan seperti donat.
goreng dalam minyak yang tenggelam sehingga kekuningan. toskan.

anggaran sukatan: bergantung pada kesukaan masing2 nak lebih rasa keledek atau tepung.
4 cawan keledek lenyek
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan pati santan kara


bahan gula

2 cawan gula pasir
1/4 cawan air

basahkan keliling kuali dengan minyak, supaya kuih tak melekat ketika siraan dibuat.
dalam kuali tadi, buangkan minyak sehingga tinggal 3 sudu besar sahaja.
masukkan gula pasir dan air, masak sehingga mendidih dan pekat seakan2 hampir berketul semula..
padamkan api masukan keria goreng tadi, gaul sehingga gula tadi kering dan melekat di keria...

kalau nak buat gula melaka pula cuma tambahkan gula melaka 1 ketul ke dalam adunan gula tadi... gula melaka bukan manis sangat....


12 August, 2012

436. IFTAR 22 AGAR2 KOKTAIL

bahan:
agar2 tali, coffemate,susu tepung everday, susu cair dan buah2an koktail...

pemanis mulut untuk dibawa ke masjid mindef petang semalam...iftar ke 22..
sebab tu buat dua bekas... seronok berbuka di masjid dapat berjumpa dengan orang2 yang singgah lalu disini.. (musafir lah agaknya hehe)... waktu sahur pun ramai juga yg hadir... bermula jam 4 pagi sudah berada didalam masjid.. seronok betul tahun ini meriah sangat ramadan kali ini..berbeza dengan tahun sebelumnya...maaf bukan tujuan nak menunjuk2 kat dapo maya ni..tapi itulah hakikatnya...

10 August, 2012

435. PULUT MANGGA BERSANTAN

Sedia untuk dimakan begitu ajer...

Syukur pada ALLAH SWT... dah masuk pun hari 10 terakhir ramadan tahun ini...
semoga diberikan kita kesihatan yang amat baik sehingga dapat kita melaksanakan ibadah ini dengan sebaik mungkin. ilahjy cuma ada angin gastrik yg sentiasa menganggu kepala ini..sehinggakan ilahjy diserang rasa nak pitam ketika lama berdiri...semoga segalanya diterimaNya. sedikit demi sedikit yg hinggap dalam diri ini pergi ..datang nya macam kilat pergi macam semut.... begitulah lumrahnya kehidupan ini...

pemanis mulut berbuka semalam ialah pulut dengan mangga (mangga gajah dari melaka, pokok adik en hb kusss) dimakan bersama kuah santan dan gula melaka amat enak sekali.. teringat masa duduk dengan arwah tok dan wan di kedah. pulut lemak ini akan kami makan bersama samaada mangga, durian atau cempedak.. muuuuaaahhhh memang mabelessss...sedap...

senang jer nak sediakan makanan ni..

1.PULUT DIKUKUS DENGAN SANTAN CAIR SEHINGGA MASAK.
2.SANTAN PEKAT DIMASAK BERSAMA SEDIKIT TEPUNG JAGUNG DAN GARAM SEHINGGA PEKAT.
3.GULA PASIR ATAU AIR GULA MELAKA.

CARA MAKAN :

CAMPURKAN KESEMUA BAHAN SEPERTI GAMBAR DI ATAS.

09 August, 2012

434. KUIH CARA MANIS


salam ramadan ke 20 hari ini. bersamaan dengan 9 ogos...

sudah beberapa hari ilahjy tidak mengupdate dapo maya ini. bukan tak masak ya kawan2 tapi mood tak berapa baik untuk ambil gambar.. berbagai masakan dimasak untuk keluarga berbuka dan bersahur..

dalam beberapa hari dibulan ramadan ini ilahjy tidak berapa sihat.. pergi berjumpa doktor... agak menyedihkan keputusan scan amat mendukacitakan...tapi ilahjy terima berita itu dengan hati yg tabah.. masuk ini adalah 3 penyakit ilah jy hadapi setakat ini..semua dlm kategori yg serius..tapi masih diperingkat awal lagi... alhmdllah... semoga ALLAH merestui aku utk berubat..di peringkat awal ini... doa dari kalian semua ilahjy pohoni... berbagai2 dugaan telah ilahjy hadapi sejak 24 thn lepas... kali ini agak besar ujianNya.. ku terima dengan redha.. semoga akan ringan bebanan ini...

apapun ilahjy ingin juga kongsi resepi yg paling mudah dan senang dibuat dikala kebuntuan idea nak masak kuih utk berbuka... KUIH CARA MANIS...
INTInya ilahjy masukkan gula dan kismis hitam saiz besar gedabak.. huhuu..

sila guna resepi roti jala utk buat kuih cara ini...klik sini ya

03 August, 2012

433. IFTAR 14, 3 OGOS KOLEH KACANG IDAMAN HATI KUSSS


sebenarnya kalau kita goreng kacang dan mesin kemudian ayak lagi terasa kacangnya.. campurkan sikit kacang yg tak berapa halus tuuu lagi best ketika kita kunyah terasa kacangnya..itu yg diajar oleh org kelantan jiran ilahjy 8 tahun lepas..tapi malas lah nak goreng2.. senang guna tepung mcm di atas tuuu.. hehe
senang untuk dipotong dan molek sangat kejadiannya.. suam2 senang dipotong
tuangkan tahi minyak bersama minyak sekali dan tekan2 kan sikit

tahi minyak dari santan kotak dah kering baru dimasukkan minyak masak

kacau adunan sampai hilang ketulannya dan berkilat..

sebelum puasa lagi tekak ni terasa nak makan koleh kacang.. masa gotong royong kat bawah blok ni ada lah hamba ALLAH bawa utk jamuan.. dpt lah makan tapi takat amek 2 keping jer..maluuuu... pastu ilahjy pergi beli sebungkus tepung kacang hijau... sampai hari ni baru terlaksana hasrat hati.. salah satu makanan manis2 kesukaan hati ku... boleh habis 1/2 loyang sorang hahaha...

kebetulan tadi ilahjy terpandang kat dapo ijah diTHAILAND tu... terus ilahjy print resepi dan terus buat koleh ni... sebelum ni ilahjy pernah belajar dengan 2 orang jiran cafa membuat koleh ini.. rasanya resepi ijah sedap dan molek2 jer senang dipotong.. tak payah tambah2 lagi santannya.. syukur dan terima kasih pada ijah di SIAM sana... terima kasih, kak ilah kongsikan resepi di sini ya....



bahan:

1 cawan tepung kacang hijau
2 cawan santan (ilahjy guna santan KARA 1 santan + 1 cawan air )
secubit garam

campurkan kesemua bahan kacau sehingga rata.

bahan air gula:

1 cawan gula merah
1 cawan air
2 sudu besar gula pasir

masak kesemua bahan dan tapis.

masukkan air gula yg sedang panas tu ke dalam bancuhan tepung di atas.
panaskan dengan api sederhana kacau sehingga berkilat.
tuangkan ke dalam loyang terus taburkan tahi minyak.

bahan tahi minyak: CARA ILAHJY

1 cawan santan (ilahjy guna KARA..ilahjy campurkan 1/2 cawan air)

panaskan atas api sehingga kering dan tambah 3 sudu besar minyak masak. sebab santan kotak berbeza dgn santan kelapa tahi minyak tidak berapa nak jadi kalau minyak masak tidak ditambah... kacau sehingga kekuningan dan tabur atas koleh bersama sama minyak sekali.

02 August, 2012

432. JERUK BUAH KEMANG/BINJAI

JERUK BUAH KEMANG/BINJAI

KESINAMBUNGAN....BUAH KEMANG /BINJAI

selain daripada dijadikan sambal belacan buah kemang atau binjai ini juga dijadikan jeruk. yang boleh disimpan selama berbulan- bulan. disebabkan buah ini bermusim maka jika dibuat jeruk, bolehlah kita memakannya diluar musim. bila jeruk telah menjadi, kita hanya membasuh lebihan air garam dan dimasukkan terus ke dalam masakan kita. contoh masak lemak cili padi apa2 jenis ikan, ayam dsnya... kita juga boleh menyediakan sambal belacan menggunakan jeruk tersebut. SEMASA MEMASAK KUAH MASAKAN KITA ITU AKAN MENGELUARKAN AROMA YG AMAT ENAK SEKALI HASIL DARI BUAH KEMANG TERSEBUT... mungkin ada yang tak berminat.. terpulang masing2 punya selera.

cara membuat jeruk kemang/binjai

buah kemang dipotong nipis sehingga mencecah bijinya. tanpa membuang kulitnya.
garam hendaklah dilumur pada setiap kepingan buah itu. dan masukkan ke dalam bekas kaca atau plastik. simpan diluar peti sejuk sehingga keluar air buahnya. lebih kurang 3 hari. kemudian simpan di dalAm petisejuk.

MARI KITA SHARE MAKLUMAT DARI WIKIPEDIA

Pemerian botanis


Buah kemang dan bijinya
Pohon dan buah kemang pada dasarnya memiliki ciri-ciri serupa dengan binjai, dengan beberapa perbedaan.
Perbedaan-perbedaan itu di antaranya, helaian daun kemang hampir duduk (tanpa atau bertangkai amat pendek), tepi daun di pangkal menyempit dan melanjut. Malai bunga kemang lebih panjang(hingga sekitar 75 cm), lebih renggang, dan berisi lebih sedikit kuntum bunga. Buah kemang yang masak coklat agak hijau kusam, berbincul di pangkalnya. Tak seperti binjai, buah kemang yang muda dapat dimakan, meski amat masam rasanya. [1]

[sunting]Kegunaan dan penyebaran


Daun dan pucuk kemang
Sebagaimana binjai, kemang terutama ditanam untuk buahnya, yang biasa dimakan segar setelah buah itu masak atau dijadikan campuran es. Buah kemang juga biasa dijadikan sari buah. Buah kemang yang muda disukai untuk bahan rujak. Demikian pula bijinya, yang dalam keadaan segar diiris-iris dan dimakan setelah dibumbui serta ditambah kecap. Daun kemang yang masih muda (kuncup) digunakan untuk lalap dan kerap dihidangkan di rumah-makan Sunda. [1]
Kemang menyebar secara alami di Sumatra, Kalimantan dan Semenanjung Malaya; dan banyak dibudidayakan di Jawa bagian barat, terutama dekat Bogor. Tumbuhan ini terutama menyebar di dataran rendah di bawah 400 m, jarang hingga 800 m dpl. Jenis ini tahan terhadap penggenangan, dan seringkali didapati tumbuh dekat tepi sungai.

[sunting]Rujukan

01 August, 2012

431. IFTAR 10, 30 JULAI SAMBAL KEMANG/BINJAI DAN TEPUNG PELITA/JONGKONG

sudah 3 hari line tenet MAXIS Ni macam kura2 berlumba dgn arnab..kisah zaman dulu2... zaman ni dah maju dah... tapi perkhidmatan masih tahap zaman tak de tenet.. berbagai kerja TERGENDALA... ini pun makan masa berjam2... sambil buat kerja pun gmbr masih tak dpt load lagi.. hari ni mcm nak p cari lagi satu... CELCOM. celcom yg lagi satu masih tak boleh digunakan... dah hantar kedai tapi masih sakit lagi huhuu.. sabau jer laaa..
apa pun jom layan menu berbuka ke 10, 30 julai.. masih lagi dalam suasana KEMANG. Maka kali ni ilahjy buat sambal belacan kemang. agak masam sikit kena tambah lebih sikit gula... baru seimbang rasanya...


sementara tu pemanis mulut pula tepung pelita...dah seminggu nak makan, hari ni baru terlaksana impian... daun pisang tak de dalam mangkuk pun jadilah.. janji ada daun pandan yg enak dan harum rasanya.. ilah jy gantikan gula merah. kuih ni ilah jy selalu makan di KANTIN PERPUSTAKAAN NEGARA KUALA LUMPUR ketika pulang dari jogging di tasik titiwangsa pasti kami singgah sarapan di situ. bila dah guna air gula, tak perlu lagi masuk gula pasir dlm adunan tuu. dah jadi macam lompat tikam ... dan baru2 ni ramai kawan2 KITA GMM buat macam ni... tapi dlm versi yang berbagai2... resepi ni ilahjy main curah2 jer kalu pekat tambah santan/air...senang sangat nak sediakannya..
kuih ini ada dua warna satu hijau tanpa santan tak kelihatan dan yg putih itu ilahjy campurkan santan pekat bahan2 nya tepung beras dan tepung gandum.. sama atas bawah..
kemang yg panjang tu masam isinya putih. kemang yg pendek tu manis isinya kelabu sikit..
buat sambal belacan macam biasa ya kawan2 cuma lebihkan gula ...seimbangkan masam manis pedas...cili merah, cili padi, belacan garam gula



RESEPI TEPUNG PELITA AKA JONGKONG
ilahjy punya resepi sendiri..sukatan main agak2 jer.. tetap nak masukkan di sini sebagai rujukkan sendiri di masa depan

A: bahan air gula
sediakan 4 mangkuk macam diatas..
masukkan 3 sudu besar air gula melaka pekat di dasar mangkuk.
ikut manis gula masing2.

B:bahan hijau:

3 helai daun pandan dimesin
1 cawan air

3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
2 cawan air ( masukan separuh dulu kalau keras tambah lagi)
sedikit pewarna hijau

caranya:
campurkan kesemua bahan , masak atas api kacau sehingga berkilat.
ambil sesenduk tuangkan ke atas air gula tadi.

C: bahan kepala putih:

3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
3 cawan santan peakt (kalau pekat sangat tambah air)
garam

caranya:

campur kesemua bahan dan masak atas api sehingga berkilat
tuangkan sesenduk ke atas adunan hijau tadi. sejukan. makan panas2 lagi sedap.
begitulah kejadiannnya.

tidak sama dgn cara kwn2 yg lain buat jongkong yg terkenal seminggu ini ..
semasa kita mengacau adunan tadi kita akan dapat merasakan ia cair atau pekat maka di situ kita akan tambah air/santan . ikut selera masing2 samada nak keras atau lembut.