terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








30 July, 2010

233. pulut dakap/peluk/romantika hehe


masak ptg 29 julai 2010 untuk sarapan pagi 30 julai
hari penghulu segala hari datang silih berganti, begitu juga masakan...
suatu masa dulu ketika dijagai nenek di kedah. ilah jy sering makan makanan kesukaan nenek/tok munah kesayangan kusss... salah satu kesukaan tok ialah pulut dakap ni...
lebih 15 thn jg ilah tak merasa pulut ni..tah laaa nak kata tak pandai buat ..mmg laaa... walaupun senang... senang kerr??? semalam ilah jy buat dalam 6 pasang pulut ni makan masa 1 jam juga laa..sebab tangan tak berpa mahir membungkus.. dah tuuu pulut tu tebal sangat...besaq gedabak cekkkk oiii.... dalam pulut ni tak masuk gula..harapkan kemanisan pisang tu jaaa... semasa makan tergenang air mata kuss teringatkan arwah tokkk...kalau dia masih ada tentu dia bangga dgn pulut ni..lembuttt sungguh...walaupun masa masak memula tuuu ada mentah2 sikit...

wokeyyy jgn dilayan keterharuan ilah jy tuu jom tengok resepi yg ilah jy hentammm ikut kata hati masa masak..tak dak rujukkan..sampaikan nak bungkus ni pun ilah jy tak tahuuu huhuuu ingat nak tepon mak saudara dikedah ..tapi line dia bz..last2 inilah hasilnya... lagi sekali jom gelakkannn akusssss heheh hahaa....

bahan:

pulut secukupnya direndam 1 jam
ilah jy guna santan kotak kelapa ada tapi malas nak mesin hehe
sedikit garam

masak macam masak nasi la weyyy memula nak kukus tapi malas.
santan tu melepasi pulut dalam 2 ruas jari kita. setelah api dapo naik(( rice cooker)) kacau rata dan tekan sekali lagi supaya masak. tapi jelantah juga tak tau kenapa..
teruskan membungkus. kerana semasa kukus nanti dlm 1/2 jam pulut ini akan terus masak dan cantik lembut...

maaf cara membungkus tak sempat ilah jy amek gambar kerana shafiqah bawa camera ke kuliah semalam...

cara membungkus:
amek daun pisang secukup besar, letak kan pulut guna sudu masa masih panas2.
pisang dibelah dua kalau gedabak mcm akuss punya kalu kecik tak yah laa belah.
baluti pisang sebaik mungkin kemudian ikat kan mcm hantu bungkuihhh kuikuikui.. seperti di dlm gambar. kemudian kukus 1/2jam .... selamat mencuba yaa...

cadangan ilah ilah:

buatkan kuah dari santan yg bercampur gula dan sedikit tepung beras ...muuuahhh sedap dimakan...ilah tak dan buat...malasss...sebab mana ada org mkn mcm tuuu tapi ini hanyalah citarasakussss sahaja....layanzzzz...

29 July, 2010

232. kek lapis aprikot jy

bahagian atas dihiasi potongan buah aprikot
sementara yg ni ilah jy susunkan 3 keping kek yg telah dipotong
yg ni lapisan bawah kek setelah disejukkan. sowee laa ilah jy guna aluminium foil jer.. malas nak pk byk2..hentam jer..senang lekang tauuuu...dari guna kertas, hahaha..tengokk nipis betol kek ni kalau guna acuan kecik mungkin tebal kek tu..
yg ni jaluran yg tersangat cantik ilah jy buat..hahahaha gelakkan akuuuussss cepat!!! pestime buat.. aku rasa elok kalian buat macama ni sehingga habis baru dibakar dari dibakar berlapis2 sbb setiap lapisan tak sama tebal. lagipun aku bukan pakar maaaa...lain la toooookkkkeee kek lapis sarawak tuuuu huhuuhuuuuaaaaa... saja nak mentry jer niee lain kali aku akan mahirkan tangan ni..layanzzzzz....

**************
salam sejahtera sahabat kuss sekelian

petang semalam 29 julai 2010 sempat ilah jy buatkan anak2 kek lapis ni. sambil piqa sidara ke2 memasak nasi lauk pauk utk mkn mlm. mama melapis kek ni. tapi buat 1/2 adunan sbb tak mau buang byk masa. kalu kalian nak buat kena guna acuan kecik sikit la. ilah jy try buat acuan besar 10x10 kot. mana nak tauuu sebab pestime buat lapis ni.. selepas membelek dlm resepi koleksi..
ilah masukkan nama aprikot krn dibahgian atasnya diletakan buan ni utk hiasan je.
curi sikit stok aprikot mr hubby utk berbuka hahahahaaa....

ilah jy nak g jogingg duluuuu resepi tengahari nanti yer... jom joggingggg kawan2!!!!

27 July, 2010

231. hidangan berbuka posa nisfu syaaban

steak ala jy siap ptg 27 julai 2010

1. daging panggang >piqa
2. brown sos >piqa
3. kentang putar >mama
4. kacang panggang segera

siaran ulangan brown sos dan kentang putar sudah ada di N3 lama

petua utk daging selembut piqa bakar hari ni.. potong daging melintang uratnya. ketuk dgn anak batu serata kepingan daging berulang kali. baru diperap bahan2 perapana piqa perap dari jam 11 pagi sampai 4 petang. so daging tu lembut dan mudah dikunyah... tahniah piqa anak ke 2kuus

26 July, 2010

230. talam suji a.s..

sahur n sarapan 26 julai 2010

salam nisfu syaaban 14..
hari ni ahli keluarga kuss melaksanakan sunat ini. melainkan diri sendiri krn keshiatan kurang mengizinkan..
lewat petang semalam ilah jy nak habiskan stok tepung suji ni yg hampir tamat riwayatnya.
maka timbul ilham nak buat talam suji ni..asasnya resepi talam suji dari N3 lepas.. cuma ilah jy guna lapisan bawah saja dan terus melapis sehingga habis.. ilah jy guna nama talam suji a.s krn warna hijau kuning ni warna kedah.. a.s tu aloq staq..hehe jgn maree..sbb nak membezakan talam suji yg ada kepala tuuu...

resepinya seperti dibawah:

3 cawan tepung suji
8 cawan santan
2 cawan gula pasir/kurang manis ni..
sedikit garam
pewarna hijau n kuning

kacau sebati kesemua bahan dan masak atas api sehingga pekat.
mulakan melapis warna hijau kukus sehingga adunan kering dn teruskan lapisan ke2 kuning.
ulangi sehingga habis dan lebihkan sikit warna penutup dari asal.. kukus 30 minit supaya talam betul2 masak. sejuk kan semlman baru dipotong.

selamat mencuba yer...

25 July, 2010

229. apom lenggang

sarapan pagi 25 julai 2010 adunan yg telah naik di sisi apom..

salam hari minggu semoga kalian penuhi cuti ini bersama keluarga dgn aktivt yg berfaedah.
dah lama ilah jy print resepi dari dapo mamadarwish@hana jepun. hari ni baru berpeluang melenggang kangkung..hehe hari minggu tak byk kerja mau tak lenggang kangkung...
semasa ilahjy dikedah semasa dok dgn tok selalu tok buat apom lenggang ni sedap..tapi tak pernah belajar buat dgn tok... tak kesudah nampak dlm dapo kwn2 ramai yg dah buat lenggang2 ni..hari ni nampaknya merasa lah juga keluarga kusss akan apom yg suka berlenggang ni..mama darwish minta ijjjiiinn tau mamatok masukkan resepi dlm dapo mamatok utk anak cucu rujuk dimasa depan.. kakak2 semua suka apom ni..dah tuuu sampai berebut dgn abahtok ..mamatok malas nak berdiri nak buat lenggang ni..buat takat mampu jer..boleh sambung2 kerja hehehe...

jom pakat mai tengok apa bahan depa dok guna

bahan:

300 g tepung beras
270 ml santan ilahjy tambah sikit air dlm lebih kurang 100ml kerana adunan pekat
1 sudu kecil yis kering
60 g gula
1/2 cawan nasi
secubit garam

kisar kesemua bahan sehingga sebati, mamadarwish pesan kalu pekat tambahn air..sebab tu mamatok tambah tadi..
peram 1 jam biar naik buih dan kembang ..guna bekas besar sikit nanti melimpah lak...
masukkan garam dan kacau sebati baru di bakar guna non stick kuali. tutup dgn penutup supaya ia cepat masak.

adakala depa makan dgn kuah kari atau kuah durian dsbgnya.. kami makan gitu jer pong sodappp maceh hanakusss cyg... layanzzzz...


rakan blogger yg dah cuba:;;
http://elizasfamily.blogspot.com/2010/07/apam-lenggang.html#comment-form

22 July, 2010

228. ising keras...

semalam ising steam hari ni ilah jy cuba masukkan ising yg keras setelah dideco beberapa minit diatas kek. sesuai utk semua jenis bunga..janji masa kita sentuh ising dia tak terpalit dijari masih cooooolllll berdiri...steady..walaupun apa terjadi hahaha..yeeeekeee ilah jy??
kalu bawa utk pengantin perjalanan nan jauh sesuai la kot.. sekadar kongsi pengalaman jer
ada sapa2 yg lebih pandai buat ising yg tidak terpalit dijari bila disentuh? maaf ilah jy hanya buat tetiba jer ising tu kerassss maka ilah jy teruskan dgn resepi ini.. jommm kita kongsi bersama..
senang dan ringkas jer...

bahan:

2 cawan gula ising
1/4 cawan shortening
susu cair

putar gula ising dgn shortening sehingga bersatu, masukkan 2 sudu besar susu cair teruskan memutar sehingga gebu. kalu masih keras tambah sikit2 susu sampai bahan ini bersatu dan diputar sehingga gebu... harap kalian faham.

dah boleh digunakan. setelah dideco tunggu lah beberapa minit.(( ilah jy tak ingat )) ia kan mengeras tapi kalu masukkan dlm tupperware ising ini akan kembali normal... kalu tak silap...lahhh..
maklumlah kita bukan pakar cuma berdasarkan pengalaman saja..
selamat mencuba kalau tak jadi jgn mareee...huhuuuu

21 July, 2010

227. steam butter cream..atas permintaan ayu sngpore

putih dan hijau = steamed butter cream..
bunga ros = aicing keras..

sebelum ilah jy memulakan N3 utk resepi tajuk di atas itu.. mohon maaf kepada kalian yg sememangnya pakar dlm pembuatan kek dn ising..

sejak azali lagi ilah jy tak pernah hadir ke kelas utk belajar membuat/deco kek. hanya sekadar mentelaah dari buku mahupun laman web shja.. sekadar lepas buat utk anak2 makan...
sbb itulah tak pernah ilah jy masukkan resepi ising dlm setiap N3 kek ilah jy.
rasa malu dan segan takut tak kena dgn undang2 pembuatan kek dan ising..kang kena maree sapa nak tolong hehehhe..

tapi tak pa kali ni ilah jy snggup kena tegur/marah demi adik manis si ayu di singgapore negara jiran tetanggakuusss jua jiran dalam kerjaya hubby masing2...seangkatannnn!! tabik tuannn hikhikkk puannnn... jommm layanzzz resepi ni ayu...

bahan:

200 gm marjerin/butter... ilah jy guna marjerin planta jer sbb tak de stok butter
160 gm gula ising
1 sudu teh esen keladi atau lain2 yg seangkatan dgnnya

putar kesemua bahan itu sehingga gebu dan ringgan.

panaskan air dlm kuali sehingga mendidih.
masukkan butter cream tadi dalam sebuah periuk tahan panas, letakan ke atas air yg mendidih tadi sambil di kacau sehingga cair..bukan jadi airrr hehee..
angkat dan kacau rata, terus tuang ke atas kek. mesti lapik redai supaya ising tadi jatuh kebawah dan boleh dikitar semula ising tadi..tak membazir.cuba buka laman web mesti ada cara membuatnyee..

sebenarnya ilah jy tak tunggu cream tu cair sgt2..sekadar 1/4cair dari cream asal..terus gaul sebati... susah juga nak terangkan mcmana ...maaf yer...
ilah jy terus guna pisau utk sapuan seterusnya..memang senang betol cream ni membentuk apa yg kita hajati.. cepat dan pantas gebu dan licin.. sengaja ilah jy lekuk2kan keliling dan atas nya
ini pestime ilah jy try buat..mungkin next time nak cairkan seperti resepi asal...

resepi bunga ising atas kek span keladi tu nak tak???? ia keras selepas di bentukkk .. kalu guna ising butter cream ia lembek dan tercalit dijari kalu tersentuh.. tapi bunga yg ilah jy buat tu mengeras setelah beberap minit.. kalau ada yg berminat bgtahu yer... kalu tak..nanti buang dakwat jer nak taipan...heheheeee...layanzzz...
klik di atas utk resepi ising keras..

20 July, 2010

226. kek span keladi..happy birthday raihan/dek ann ke 16


HAPPY BIRTHDAY RAIHAN 20 JULAI 1994-2010
siap deco pada jam 4.30 ptg 20 julai 2010...

resepi asal ilah jy amek dari adik manis kita yatie US.. kek asal adalah chiffon oren.. lagi sekali maaf yer adik kuss akak mu dah ubah perisa keladi..sebab stok oren tak ade.. yg ada hanya jus keladi... tah apa rasa.. setakat akak buat N3 ni belum potong lagi kek tu..sbb anak2 dan abg baru balik rumah..ni jam 6.45 masing2 menunggu berkumpul utk tiup lilin...
dah nama chiffon maka berlubang lah iiaa... hehe..kena cover dgn rose keladi tuuu laa..

ilah jy buat steam butter cream pestime buat bestttt senang nak sapu sgt lembut dan licin... resepi hentam saja laaa dan layanzzzz sapa2 nak, nanti lepas potong kek ilah jy masukkan resepi..

meh tiup lilin dan makan kek...

dek ann dapat hadiah besarrrrrr punyeee hehee mama yg terrrlebih sukee
hari nie juga dekk ann dapat lagi duit ANUGERAH CEMERLANG PMR yg ke 5 bagi tahun nie rm600 terima kasih LEMBAGA TABUNG ATM... dan tahun depan juga..bukan riak tapi tumpang gembira dgn anak sendiri..sapa nak rasa jadilah anak askar mcm2 keistimewaan ada tapi kena minta laa bukan jatuh keriba gitu ajerr..hikhikk
************************************
hehe dah potong dah 7.15pm terus update...fulamak lembut dan gebusss..

bahan A:

1 3/4 cawan tpg berserbuk penaik
1/8 sudu teh garam halus ayak dgn tpg
6 kuning telur
1/2 cawan gula halus
1 biji oren dipatrut kulitnya/ilah jy guna jus keladi
3/4 cawan jus oren/ilah jy guna jus keladi
1/4 cawan minyak jagung

bahan B:

6 putih telur
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tatar

caranya:

putar putih telur sehingga berbuih masukkan sikit2 gula halus dan terus putar dan masukkan cream of tatar..teruskan putar kelajuan tinggi sehingga putih telur jadi kental.

dalam bekas lain campurkan merah telur dan gula halus putar sebati, masukkan kesemua bahan lain kacau sebati

masukkan putih telur separuh kedalam adunan diatas, kacau sebati dan masukkan lagi sehigga habis kacau sebati dan bakar 175 drjah c selama 1 jam...

angkat dan telangkupkan kek sehingga sejuk baru keluarkan dari acuan..

225. apam pancake ...apa ke mendee nie...hehe layanzzz

happy birthday raihan/dek ann yg ke 16 anak ke 3 kusss 20 julai 2010

hari ni birthday dek ann mama doakan dek ann pjg umur sihat dan maju jaya dlm hidup terus menjadi anak solehah dan rajin mengaji mcm selalu...

ptg ni mama buat kek utk dek ann tungguuu....sekarang baru jam 7 pg...nak g joging dulu...

ilah jy buat pancake keramat resepi asal dr yatie us.. tapi dek kerana malas nak bakau guna pan.. terus masuk dlm cup cake yg come niii tapi ilah jy tambahlah sedikit bahan perasa dalamnya... sapa berminat nak buat meh tengok resepinya...

bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda
6 sudu besar gula pasir halus
6 sudu besar susu pekat manis/ikut manis yg anda suka
6 sudu besar susu cair
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh perasa moka
5 sudu besar minyak jagung

campur kesemua bahan ini kacau sebati dan perap 20 minit dan bakar guna c.c. yg kita suka..ilah jy guna yg paling kecikkk utk apam come dot dot tuuuu... sekali ngap jer hilang....hehehe
180 darjah c selama 20 minit ikut oven masing2.

19 July, 2010

224. jus mangga gajah kg pulai

jus mangga gajahhhh hehehehe jgn hantu/ilmu gajah dah laa! entah apa nama mangga ni yg sebenauuu nyee..

salam sejahtera buat kaum muslimin/muslimat kuss sekelian

hari ini pertama kali ilah jy buat N3 air/jus...setelah 2thn berkeudara hehe...
semasa balik melaka isnin lepas 12 july .. ada rezeki 8 biji buah mangga gajah ni kami bawa balik..semalam baru buah mangga gajah ni masak. buah mangga ini bersaiz paling besar dr mangga lain... adik hubby kusss tanam depan rumahnya taman IKS di kg pulai melaka... sebiji buah ni cecah hampir 1/2 kilo... pernah ku jumpa... sekeluarga leh makan sekali hadap... dah jemu makan begitu saja...sesekali ubah selera boleh juga dimakan bersama pulut lemak dan gula pasir... tapi kesihatan tak mengizinkan makan pulut...

caranya:

ilah jy blend sebiji mangga ini bersama
1/2tin susu cair dan
beberapa sudu besar gula bersama
ketulan ais sehingga halus.


muahhhh sedap dan enak sekali..tak perlu bahan perasa lain biar oriii yeee...

17 July, 2010

223. mentarang.. mari mari...

cerita misteri kuss telah disambung dibawah N3 ini jom bac kalu berminat...
sebelum direbus.. kena cuci pasir2 di dalam isinya dgn cara membuka sedikit kulitnya..
selepas direbus

alhamdulillah syukur ku kehadrat Ilahi kerana setelah 12 thn mengidam nak makan mentarang ni akhirnya hari ini dapat juga ku menjamahnya.
jam 9.30 pagi tadi aku dan hubby tiba di pasar tani melawati setelah 2 bulan lebih aku tak jejak kaki ke sana. kerana ada kursus di masjid setiawangsa.
sampai je di situ aku terus meluru ke lot menjual siput2 wah bukan kepalang terkejut aku MENTARANG Ada hari ni..terus dgn senyuman selebarnya aku mencapai bakul dan masukan mentarang dlm 2 kilo aku tibaiii..hehe sekilo cuma rm8 saja.

sampai di rumah terus aku cuci sebersihnya dan direbus dgn ketukan serai dan sedikit air tanpa garam. kami makan gitu saja..sebab nak nikmati kemanisan dan keenakkannya.. wahhhh memang manisss.. lain kali kalu ada rezeki aku akan masak mentarang ini utk dimakan dgn nasi.

ada sapa2 yg tak kenal mentarang ini??????

ia boleh didapati di kuala selangor dan di perlis. ia sejenis siput dan kerangan. kulitnya yg nipis dan bila dimasak rasa agak kenyal. rasanya manis berbeza dari kerangan lain.

semasa ilah jy mengandungkan si bongsu 12 thn lepas((1998))) makanan yg paling ilah jy idamkan ilah mentarang ..kebetulan masa tu mmg kami sekeluarga tinggal di kangar selepas pulang dari sarawak. masa tu pula musim mentarang hampir 4 kilo ilah jy melahappp hahaha...
nak tahu tak apa jadi selepas ilah jy melahirkan si bongsu???? rupanya ada pantang larang org gandung dgn mentarang ini....hehehe maka terjadilah kejadian aneh ini...TUNGGUUUU... ada sesapa nak tahu kisah itu??? nanti ilah jy cerita setelah dpt respon ... kalu tidak malas la nak cerita.... kihklihkihhh...
****************************
18 july jam11malam ku sambung cerita ini selepas selesai tugas hari ni hari minggu yg cukup padat sekali. 1 . ajar biras ku JJ buat blog 2. sambutan birthday anak ke3 kuss dan anak JJ 3. hantar jihah ke station bus pekeliling 4. terus ke kelang hospital melawat pak cik hubby dlm icu..

kesudahan cerita dari peristiwa itusss!! jom baca kalau berminat dan jgn percaya kalu tak nak..sekadar mengisi masa dan pengalaman kusss...
jeng jenggg;;;;;; selepas bersalin anak bongsu kuss dihospital kangar jam 12.30 thari.. ketika kami dipindahkan ke ward sibongsu kuss yg comel itu menagisss nak susu..aku cuba susukan buat pertama kali..tetiba sicomel ku menagis dgn lidahnya terjelir agak panjang tidak seperti akak2nya yg 3 org tuuu..
selepas itu aku dilawati oleh 3 org askar wanita..mereka melihat dan bertanya ada tak aku mengidam mentarang dan memakannya ketika gandung???? apa lagi aku terkejut laa sbb itulah yg paling diidamkan.. itulah namanya terkenan kata mereka..sbb sifat mentarang ini menjulurkan ..... hehehe...boleh caya ker?? tapi dalm 2bulan baru baby ku tidak lagi menjulurkan lidah ketika nagisss ..ia hilang tetiba sajer... pelikkk tak..
1 lagi ketika gandung sibongsu ketika awal gandung kami masih di sri aman srwak..aku sgt suka akan seekor kucing yg gebusss dn comel... bila lahir si bongsu dia mempunyai bulu di badan paling lebat..dan cantikkkk(((tidak la buruk))) setengah baby mcm bulu dot dot dot ....

itulah cerita nyeeee harap sahabat tidak merasa bosan dan rasa apa2 dr cerita ini.. pengalaman yg kebetulan agaknyaa...maaf jika tidak menyenangkan hati kalian...tiada niat lain cuma bercerita ...sekian..

222. pancake keramat..hehe maaf dah tukar nama

pancake dihiasi hirisan pisang 40hari bersama susu cair berdulche de leche muuuahhh
lihatla perbandingan yatie us punye pancake dgn ilah jy huhuu...kekemasan pembuatan ini bergantung kat air tangan seseorg..mcm masakan ibu kita..betoiii tak para sahabat kuss sekelian.
maafkan akak sekali lagi yatie amek gmbr buat perbandingan.. akak bangga dgn kesemua kerja tgn yatie selama ini inilah tanda akak menghargainya dgn memaparkan gmbr dr koleksi yatie utk perbandingan..supaya senang dibuat rujukan bersama..muuuahhhh yatie us ...tahniahhh!!


salam hari sabtu buat semua sabahat alam maya kusss sekelian.
maaf kpd adik yatie yg manis akak dah tukauuu nama pancake ni sbb akak dok keramat soo akak boh lah nama ni..hehe jgn mare nanti cepat hilang manis..tapi resepi ni sgt bagus..utk kesihatan. tidak manis seperti yg pernah ilah jy pernah buat sblm ni. ilah jy tambah hirisan pisang 40hari bersama dulce de leche yg masih ada.. mmg sedapppp... pan cake ini juga ringan dan gebussss...ala ala mcm kat mc d

tapi maaf ilah jy masih tidak dpt membuat bentuk pancake ini sebaik yatie US.. huhu akak nak naik belon g jumpa yatie nak belajar buat pancake yg teramat kemas itu.. atau akak tunnggu yatie balik malaysia lah akak beerrguru dgn yatie..boleh ker???
padahal akak dah beli pan yg paling comel 12cm saiznya baru2 ni... cuba lihat saiznye piring cawan kopi jadi ukuran...

akak minta izin simpan resepi itu disini supaya senang anak2 akak buat rujukan 1 masa nanti..jadi pesaka..hihiii...

bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama
1 sudu teh baking powder dan
1 sudu teh soda baikabonat
1 cawan susu cair ideal+1 sudu besar jus limau nipis((akak dah ubah bahan asal sbb tak de stok)) yatie guna susu segar+lemon jus
5 sudu besar minyak jagung
5 sudu besar gula halus
1 biji telur

campur kesemua bahan ini dan di kacau sebati biarkan 20minit supaya ia berkembang..
teruskan bakar seperti biasa. guna nonstick pan kecik 12 cm ..comelll.. tanpa minyak..

14 July, 2010

221. dulche de leche balls

hehe idak la manis mcm guna susu pekat ... sampai terpaksa cicah lagi si dulche ni kat piring berasingan ahaksss mau terkena cing manis nanti huhuhuu..
bayangkan betapa comelllllnye dieee ilah jy guna piring cawan jer... utk letak si dulche balls ni
leche ni ilah jy guna krimer..masak 4 jam biar sejuk 3 jam baru buka
masak utk minum petang 14 july 2010
sempena perasmian mould baru ni ilah jy meredah jua dgn resepi ini, walaupun ini rumah tokoyaki ..ilah amek resepi dari dapo home kreation..dah lama dah amek tapi baru hari ni buat perasmian hehe.. sbb org baru ni jauh sgt ia datang dari BAH DULU BARU HUJAN...BAHRAIN... jasa maz akak kenangi..cantik betoiii acuan ni ..maksud akak mudah lekang dan tersangat comel lak tu... nanti bila bahan2 utk buat tokoyaki dah ada akak akan cuba masak guna acuan ni yer... tungguuuu...

sapa nak resepi dulche balls ni meh ilah jy kopi dr H. K...layanzzzzz... resepi asal kaya balls

bahan:

250 gm tepung gandum diayak bersama
1 sudu teh baking powder dan
secubit garam

putar sehingga kembang
125 g marjerin dgn
75 g gula halus

masukkan 4 biji telur putar sebati masukkan tepung tadi berselang seli dgn
200ml susu segar/ilah jy guna 3 sudu besar susu tepung campur air jadikan 200ml
masukkan sedikit esen vanilla dan sedikit pewarna kuning

dan teruskan membakar dlm oven. masukan separuh adunan dan msukkan dulche dan tutupi dgn adunan dan bakar sehingga masak.

220. sambal terung pipit ikan bilis

"chef" shafiqah masak lunch 14 july 2010

salam sejahtera buat sahabat kuss sekelian.
semoga diri kalian bahagia dan sihat disamping keluarga mahupun jiran tetangga.
maaf agak lama tak buat n3 bukan tak masak tapi tak ada yg sesuai nak dimasukkan dlm blog kesayangankusss ini. petang semalam anak buah dtg dari penang 3 org aku masakan laksa sarawak dan puding buah2an... kesemua dah ada dalam N3 lama. tak yah laa ulang tayang.

hari ini hubby kuss masih bercuti dan hari terakhir..kami p ke giant setiawangsa dan terjumpa laa si pipit ni atau nenek kusss panggil terung belanda... hubby kuss minta masakan sambal .
maka ini lah hasilnya...
sambal ini dimasak oleh anakanda ku shafiqah.. ku ajarkan dia cara memasak si pipit ini..kerna kami jarang beli.. supaya piqa tahu cara memasaknya.. hasilnya memang sedap walaupun usia baru 19 thn.. masa aku 19 thn dulu tak ler pandai memasak..takat lepas tolong2 nenek jer..
mr abah siap bagi markah penuh kat piqa..katanya sedap... mama pula tambah nasi 3 kali hahaha...pula tu ada ikan kering dari melaka macam kopok jer.. isninkemarinkami berdua balik melaka ada urusan tanah lot tuuu..sepanjang jalan dijasin tu ada jual ikan masin ... kiriman dari BAHRAIN terimakasih MAZ ILHAM DAPUR.. atas jasa baik mu kan ku kenang sampai bila2..hanya ALLAH swt sahaja yg dpt membalas jasa baik mu dekkk....
sampai tghari 14 july 2010 lepas ni leh la buat TOKOYAKI/APAM KAYA hehehe

09 July, 2010

219. kek batik marie kukus versi jy

kukus petang 9 julai 2010 jam 4 pm siap 6.30 pm



lapisan pertama dikukus sehingga masak

angkat dan sapukan lapisan kedua rata2

lapisan akhir hiasalah ikut selera kita

gula hitam/browning sugar sarawak

kek ini seakan kek biskut marie yg semua kawan2 buat beberapa hari yg lalu.. yg dibekukan dlm peti sejuk. tapi yg ini ilah jy cuba pamerkan cara kukus. ilah jy dapatkan resepi ini kira2 16 tahun lepas semasa ilah jy berada 3 tahun di KEM PAKIT SRI AMAN SARAWAK. jiran ilah jy org sibu dia yg berikan resepi ini.. mari sama2 kita nikmati kelazatan kek ini versi ilah jy.. sbb ada beberapa bahan telah ilah jy ubah dan tambah...mengikut selera ilah jy...

dah lama ilah jy tak kukus rasa2 dah 2 tahun sebab tu tak ade N3 pasal kek ini. sebelum ni rajin buat sebab stok gula hitam tu byk.. hubby g sarawak dan dia belikan.. baru2 ini ada sahabat dari sibu hadiahkan sooo hari ini baru teringat mencri resepi dlm simpanan...nasib baik ada lagi..hehee kalu tak tentu melepas anak2 nak makan...depa sukaaaa..kek ni lembut tak melekit ditangan...

bahan:

6 biji telur
225 gm gula halus
200 gm mentega
200 kaya
150 gm tepung gandum
5 sudu besar susu manis
1 sudu teh vanilla
2 sudu besar browning sugar/gula hitam sarawak

caranya:

putar mentega dan gula sehingga kembang, masukkan telur 1/1 putar sebati.
masukkan kesemua bahan sambil diputar dgn kelajuan sederhana sehingga sebati.
kemudian baru dimasukkan tepung dan putar sehingga sebati.
ilah jy bahagiakan 4 mangkuk biar sekata setiap lapisan.(((4 lapisan lah)))

jommm kita mulakan mengukus... berhati2 dijalanan..hehe..tolong ingat setiap lapisan mestiiii masak baru dilapiskan yg seterusnya...kasi tekan sikit supaya rata dan cantik.

panaskan kukusan. sapukan acuan dgn marjerin dan tabur tepung. masukkan adunan tepung merata bahagian bawah dan terus aturkan biskut marie sepenuhnya. kukus selama 15 minit dan sehingga masak.

angkat dari periuk dan ratakan lapisan seterusya seperti tadi sehingga habis. akhir sekali tak perlu letak biskut seperti ilah jy buat. teruskan kukus sehingga 20 minit/masak. cucuk dgn garfu tiada lembapan. sejukan baru potong..

selamat mencuba ya kalu tak menjadi bgtahu ilah kalu jadi bgtahu kawan2 yee pakat try buat test tengok hehehe.. sebenarnya ilah ada simpan lebih 36 jenis kek sarawak tapi tulisan dah hampir kabur.16 tahun weyyyy. satu masa ilah jy akan cuba pamerkan..kalu rajin..

ps...
*** 16 NOV 2011***penghargaan kepada madihah aka ratna kerana telah mencuba pada hari ni 16 nov 2011 ilahjy update kan hari ni.. meh ke dapo ratna aka madihah lihat hasil menggunakan biskut 4 segi..cream crackers.. tetap menawan tauuu.. DENGAN IZIN ratna kak ilah masukkan sekali gmbr ya..muahhh!!!

roti lagiii

kelakau tol laaa bentuk2 yg ilah jy cuba buat..berpandukan blog2 dr kawan2.. hehe janji leh makan

salam jumaat buat semua..

huhuu esok pagi nak ke gambang hantau sulung ke UMP masuk tahun akhir ...
sekejap je 2 bulan berlalu jihah bercuti kat umah mengambil alih tugas rasmi mama.. pas ni kena bersilat la semula mama.. apapun mama ucapkan terimakasih pada jihah krn merigan kan beban kerja 2 bulan ni.. huhuuu
setiap hari sejak jihah bercuti ada jer resepi yg mama/jihah buat. yg tak jadi tu sah2 mama tak N3.. malam tadi meroti lagi..dah cari tepung roti tapi tak de kat c4 tuu maka guna la lagi tepung gandum cara ilah jy la.. memang tak serupa kwn2 yg dah pakar meroti laa..tapi boleh laa nak cicah ayeqqq kopi..
jom esok kita ramai2 g gambang..kami nak singgah kat GAMBANG WATER PARK DULU baru ke UMP..last cuti bersama kak long.. lepas ni kak long nak perah otak ...semoga berjaya..

05 July, 2010

218.kuih lapis pisang

jgn nak curi2 amek gambr pastu masuk majalah noohhh kalu mau minta ijin dan bayar laaa sikit pun jadilah ..sama2 dapat habuan hehehee... rasa gmbr niii paling terang menerang nak kata cantik tu edak lee -merah sgt la mak longggg..hhaahaha..
kukus ptg 5 julai 2010

utk menu berbuka posa ptg ni khas utk 2 org anak n mr abah mama buatkan lapis pisang berangan.
resepi amek dari dapo yatie us yg dah pakar dalam melapis ni... tabik spring dan lulus cop persatuan blog memasak utkmu yatie...akak amek resepi dah lama sejak atie buat N3.. maklumlah akak kan suka bertandang kat dapo org yg baru jer lepas masak..hehe buat kemudian janji print dulu takut melepas N3 tertinggal 1 pun akak akan ras teramat rugi..

senang sungguh lapis pisang ni...sejuk jer dah boleh potong.. tak manyak ragam...kalau iiitutt resepi ni tak penuh loyang 10 inci tuu..kena buat 2 kali ganda.. amboiii tamak tolll akak kau ni yatie.. yg ptg pestime try dah jadikkk muuuuahhh luv u yatie...resepi ni...tak sia2...

ok akak minta ijjjiiinn salin resepi kot2 ada yg terbekenan...

bahan A:

2 cawan santan
1 cawan tpg gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh garam

mesin kesemua bahan ni dan bahagi dua bekas. A(1) dan A(2)

bahan B:

1 cawan pisang berangan lecek
1/4 cawan air
sedikit pewarna kuning

akak mesin kesemua bahan ni terus masukkan dlm bahan A (1) kacau sebati.

pastu bahagi lagi sekali 2 cawan ... utk melapis guna la cawan yg sama supaya lapisan nya sama.

bahan C:

1/4 cawan air
sedikit warna merah

campur terus ke bahagian A (2) kacau sebati

pastu bahagi lagi sekali 3 cawan yg sama supaya lapisan akan sama tebal.

kukus bahagianC selama 10 mt/ masak. kemudian bahagianB berselang seli sehingga habis.
3 merah 2 kuning. lapisan akhir kukus selama 20 minit supaya masak betul2 dan tak basi disimpan lama(3hari luar peti sejuk)

217. shell sandwich.. nama baru jy beri

yg atas dah siap utk dimakan yg bawah ni baru lepas keluar dr oven. sengaja ilah jy letakkan lebihan roti menutupi inti sardin supaya tak membazir roti tuu
sarapan "12 tghari" 5 july 2010
assalammualaikum semua

pakabauuuu? waras? pahabaq?sihat ka?
mana satu ayat terpulang kat kita .. tak kira daerah mana mai.. pilih mana 1 mau nak tanya..hehe..
pagi tadi ilah jy p sekolah anak tgkatan 4 amek repotkad..ada 1 matapelajaran yg teruk sgt..dek an dah mengadu tak nak hadir sekolah masa ujian addmat tuu, tapi mama paksa p juga jwb la apa yg patut jgn dpt 0 dah ler..tup2 dpt 24 jer huuuuuuhuuuuuaaaaaaa......sian dek an...tapi cik gu tak mareee lak tuuu.... biasa ajer muka cik gu dek ann..mama nasihatkan dek ann berbaik dgn kwn yg paling tinggi markahnye...minta pandangan dan ilmu dr kwn tuu yg dpt 74 tuu.. wlpun dek ann dah p 2yen apa nak buat tu jer yg dpt...

selepas balik dr sekolah peroitt dah berbunyi singgah beli ikan sardin dan roti nak buat sarapan shell sandwich spt SUZI RESEPI DAN CERITA DIPERANTAUAN buat...pagi tadi seblum p sekolah ilah jy sempat buka blog dan bertandang ke dapo suzi di tronoh tuuu dulu beliau di jepunggg.. p/s (((maaff..akak terluper suzi..baru balik dari adelaide ...))) dah balik malaysia dia jarang keudara..sesekali keudara apa lagi akak ciplak la resepi mu wahai adinda suzi cyg... terima kasih... jom layannnn resepi yg biasa kita buat ni..cuma guna acuan tart jer buat sarang roti tuuu..
tapi sedap laa sebb rangguppppp berderappp rappp..bukan raps..hehe kalau sandwich biasa tu lembut sgt.. kalu mkn 2 kpg dah mual..tapi yg ni akak makan 3 keping masih sedap...dan tak mual...

resepi inti sardin macam selalu kita buat..
ilah jy tak masak sebab nanti nak dibakar bersama roti..

amek roti sekeping digelek nipis dan terap/masukan dlm acuan tart. tekankan supaya melekat dan potong lebihannya separas acuan tart. bakar 180 drj selama 10 mt atau sampai sedikit perang. keluarkan dari oven, masukkan inti suku dr acuan. tutupi dgn lebihan roti tadi yg kita potong memanjang. bakar selama 10 mt angkat dan hiaslah...ilah jy picitkan sos salad dan sos buah2an..yg ada hujung2 jer tu..hihiii

tak sempat nak hias cantik2 tadi peroit dah bertempikkkk lapauuu.. terus ngapppp jam tu juga berderap2.. sian sulung kusss puasa sunattt hari ni.. mama tak dpt join..huhuuu..

01 July, 2010

216. kek lapis marie- tuk 2 thn usia blog kuss/berbuka..

resepi ada ku lampirkan pagi 2 july 2010... smlm tak sempat t.k CMG...
sedihnya..kek tercomot pernah aku buat huukkhuukk

dah la masa melapis tak menjadikk....lapisan dah la tebal, pula tuu ijaooo tu bercampur oren sbb belom betol2 masak dah lapiskan yg ke3.. ni pula masa mendeko comotnye.. kang ada org ajak aku g kelas.. ahakkksss.. mmg tak pernah belajauuu ...

kalau ikutkan tajuk buku tu selamat berbuka..dah malam baru teringat, patutnya tulis ulang thn "resepi sumbangan jy" ke2!! baby lagi...baru dpt kaki...hehe sbb tu comot tuu hehehe..

malunye nak buat N3 nie..resepi nye ilah jy amek dr CMG..wlaupun comot rupe tapi rasee mmg sedap.. buat separuh adunan jer nie. sebab tu kecik jer kek ni guna loyang segi 4 tepat ... maka jadi buku laaa.. buku yg tak berapa nampak buku... mungkin kerana badan dan kepala kuss yg tak berapa sihat sejak 3 minggu nie..

P.s 2 july 11.00am,,,,baru balik dari apmnt dgn doktor HKL... kadar tiriod masih ditahap tinggi gaban patut la badan tak berapa sihat..

aku cuba taipan resepi kek ni dari CMG..sebab rasa yg sedap.. yg ilah buat comot jgn itut..hihi..

bahan: separuh adunan yer

25o gm marjerin
5 biji telur ayam
75 gm gula halus/kastor
50 gm biskut meria dimesin halus
25 serbuk santan..ilah jy guna serbuk susu
50 gm susu pekat manis
90 gm tpg gandum

caranya:

1.putar gula dan marjerin hingga kembang, masukkan telur 1 per 1, putar hingga gebu
2.masukkan tpg gandum dan kesemua bahan yg ada kacau kelajuan sederhana.
3.bahagi a 2 warna..ilah jy itutt CMG punya kala..hijaooo dan orenn kebtulan ada ising berbaki warna yg sama..beresss kerja menjadi..((((tapi comot))))
4. sudukan sehingga rata pada dasar tin bakar 180 darjah selama 5 mt. lapisan ke dua baru letak biskut merie..((cmg guna oreoo)) akak tak dak stok hehe marie ada laa...baki buat kek batik 3 hari lepas..
buat sehingga habis.

kalau guna acuan besar lapisan biskut akan kelihatan bila kita potong, tapi ilah jy guna separuh adunan dan acuan cinonet maka bila kita belah kek lapisan biskut tak kelihatan sgt.. satu masa kena try lagi sekali..biar menjadikkk lapisan tu... rasa kek dah cukup sedap..

teringin nak buat kek batik jawa guna biskut meri juga..tapi stail kukus guna gula hitam sarawak..nanti kalu rajin ilah jy nak buat..ahaksss...

apa mood anda hari niee../ulang tahun ke 2 ilah jy memblog 29 jun

mana satu pilihan kalian


salam hari khamis ada yg mengerjakan sunat rejab/khamis..? syukran krn melaksanakan ibadah yg semulianya ini..disamping menampung kekurangan diri...

meh sesekali kita berbual pasal mood selain masak memasak.. hari ni ilah jy buka blog peribadi "KEBAHAGIAN KAMI" terpandang wajah cucu saudara hubby kuss ini. maka terilhamlah N3 ini.. ptg nanti baru memulakan menu..sbb hari ini kami sekeluarga melaksanakan sunat rejab.

adakah kalian akan bersedih atau menjerit menghadapi masalah hari ini???

adakah kalian akan tenang setenang air di perigi yg tiada pernah berombak seperti lautan yg terbentang luas.. namun si perigi jua akan memamah mangsa jika si mangsa lalai.

apa yg tersirat disebalik tersurat ini? sesuatu pekara yg kita tak jangka akan melanda diri kita sudah tentu kita tak akan tahu hari ini. oleh itu ilah jy berpesan2 pada diri sendiri dan kalian jua, berhati2 lah dlm menjalani hidup hari ini..

kadang2 sahabat boleh menjadi musuh dibelakang kita dan kadang2 musuh boleh mendampingi kita sebagai sahabat. yg terbaik adalah kita menjadi diri sendiri jgn jadi seperti lalang mudah ditiup ke sana sini. berpendirian pada yg ada dlm jiwa kita semoga kita selamat menjalani harian ini dgn mood yg amat baik sekali.. tak kiralah apakah pilihan antara yg ilah jy persoalkan..

ahaaakkssss layanzzzzzzzzzzzzz...hehehehe... senangnyee dlm hati pagi dan lunch tak payah masak..leh la ilah jy menjahittt..baju rayaaaa maaaa.... jumpa lagi kalau ada masakan yg enak yee..

p.s pd 29 jun genap 2 tahun ilah jy memblog rupenye hampir terluperr... smoga bertambah ilmu yg sama2 kita manfaatkan bersama...amin
oppppsss maaf silap 2 thn maaaa..silap kira jari hahahahaaaa