terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

11 April, 2016

808. PUDING SAGU BERLAPIS








Rendam sagu sehingga kembang
Didihkan air masukan sagu tadi
Rebus sehingga kembang dan jernih
Toskan dan  warnakan mengikut kegemaran sendiri
Masak agar seperti biasa campuran susu cair , gula, vanilla
Bahagikan agar2 tadi mengikut bilangan warna 
Tuangkan sagu kedalam agar2 kacau sebati.
Tuangkan lapisan pertama bekukan sederhana lembut cakar dengan garfu
Kemudian tuangkan lapisan seterusnya, buat sehingga habis.
Sejukan dalam peti sejuk
Setiap lapisan ilahjy sejukan dlm besen air Seperti dalam gambar.






26 January, 2015

703. PISANG TERAPUNG

Kesinambungan daripada manggo floating.
Ermm boleh tahan sedapnya.
Sila rujuk cara membuatnya di n3 manggo floating ilahjy.




21 January, 2015

702. PUDING KOKTAIL

Senang jee masak agar2 mcm biasa. Masukan susu, tepung kastard dll. Masukan dalam gekas dan taburkan buah2 dlm tin.




12 January, 2015

697. PUDING ROTI SOS OREN








1/4 ketul Cream cheese, 4 biji telur, 1 cawan whipping cream, 1/4 cawan susu pekat, 1 sudu besar tepung kastard, putar sehingga sebati.





16 August, 2014

668. PUDING ROTI BERKEJU

Macamana nak membuat puding roti ni yee.
Roti direndam dengan bahan2 seperti susu cair ,air ,telur gula, sedikit tepung kastard, esen vanlla, garam. Rendam sehingga kembang padatkan dalam loyang yang telah disapu marjerin. Bakar dgn suhu 180 darjah sehingga 1 jam atau sehingga adunan dicucuk sedikit kering.
Guan bancuhan putaran  cheese,susu,telur sapu ata kemudian bakar lagi sekali sehingga kering. Sedia untuk dimakan. Potong semasa suam2...




25 May, 2014

641. MANGGO CASABLANCA KE2

Kali ke2 dgn idea yg terpenjuru....t.kasih...


Bahannya:

1 buku cheese tatura 250 gm
1 kotak whipping cream 200 ml
300 ml susu pekat
27 kpg biskut 4 segi
Buah mangga secukupnya

Caranya:

Putar cheese sehingga jembang , masukan susu prkat dah0n whipping cream
Putar lagi sehingga sebati.
Guna loyang 4 segi.
Tuang 3 senduk besar ke dasar loyang ratakan
Susun 9 kpg biskut.. ulang 3x , akhir sekali tuangkan dadukan mangga. Bekukan 4,5 jam dalam peti sejuk..


02 August, 2013

537. PUDING BUIH MAJIDEE-IFTAR 23

Sengaja ilahjy beri nama puding buih majidee, sempena tempat ilahjy belajar buat  puding buih ini. Selama 10bulan kami tinggal di kem majidee pd thn 2003. Sesingkat itu juga kami tinggal di kangar perlis juga selama 10 bulan pd tahun 1998 dan juga 10 bulan juga berada dibentong pahang 1999... aduuuiii bygkan betapa penat pindah randah sebanyak 18 kali 18 rumah sehingga la ke kl ni tmpt terakhir kami. Sudah hampir 7 tahun di mindef ni... lega rasanya tak pindah2 lagi sehingga pencen 2014 nnti... aminnn
Jom kita lihat resepi olahan ilahjy 


Bahan puding:resepi olahan ilahjy.

1 1/2 cawan tepung jagung
4 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
 1 sudu teh esen vanilla
3 biji  putih telur- pukul sehingga kembang

Caranya:

Campurkan kesemua bahan kecuali telur.
Dengan api yang sederhana panaskan sehingga berkilat
Padamkan api, masukkan putih telur terus dikacau sehingga sebati dengan senduk kayu. Basahkan acuan tuangkan adunan dan ratakan
Sejukkan baru dipotong.
Boleh juga diwarnakan dan diletak dalam acuan kecil2.
Pernah ilahjy buat tahun lepas.


Bahan kuahnya:

3 biji  merah telur dipukul seketika
2 sudu besar tepung kastard

1 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air
1 sudu teh esen vanilla

1 tin buah2an campuran ambil airnya juga

Caranya:

Campurkan kesemua bahan kecuali telur Kacau sebati, panaskan sehingga mendidih
Masukkan telur kacau sebati padam api.
Kemudian masukkan buah2an bersama airnya sekali.

Semasa makan hidangkan bersama puding buihnya sekali
Boleh dicampur ketulan ais.

28 July, 2013

532. AGAR2 MILO COKLAT BAR OREO-iftar 18

N3 semalam terlupa nak post... tersimpan di draf..


Bahan resepi mengikut citarasa ilahjy sendiri, adaptasi dari idea kawan2  yg telah beramai2 membuatnya..

Resepi ini khas utk ku simpan dimasa akan datang

Agar2 tali direndam dan rebus sehingga hancur
Tambah gula masak sehingga gula hancur
Masukkan susu cair setelah mendidih bahagi 3

1 bahagian biar kosong patah2kan oreo biskut masukkan ke dalamnya kacau rata

2 lagi bahagian masak semula campurkan milo, coklat bar dan susu pekat
Masak sehingga mendidih. Bahagia semula kepada 2.

Tuangkan  ke dalam acuan, adunan milo pertama, bekukan
Setelah beku cakar dgn garfu tuangkan adunan oreo tadi.
Setelah beku cakarkan lapisan oreo dan tuang pula baki milo tadi
 Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia utk dihidangkan.

22 January, 2013

470. PUDING ROTI SOS BUTTERSCOTCH

 MENU  UNTUK  BERBUKA  PETANG  SEMALAM
kali  ni  ilahjy  tak  guna  resepi main  campak2  jer  kata  org  bahan2  nya  
cuma  sos butterscoth  jer  ilahjy  guna  resepi dari  blog  kawan2.
satu  jer  nak  kenal  pasti
KENAPA  SOS  TU  MEMBEKU  BAHAGIAN ATASNYA APABILA  IA  SEJUK..?? ADA  SILAP  TANG  MANA  KA?   NANTI  ILAHJY  CUBA  MASUKKAN  RESEPINYA.. 
Nak  p  amek  anak  sekolah  kejap  yer...  
taburan  buah2an  campuran  dan  buah  prune
 kalau tak  suka  tak  perlu  ditambah

RESEPI  SOS  BUTTERSCOTH

1/2 cawan gula  perang
1/2  cawan gula  pasir
1/2  cawan  air
1/2  cawan  butter
1/4  cawan tepung(tak  pasti  tepung  apa  dah  rujuk  dah  resepi  asalnya) mungkin  tepung  gandum  terbaik agaknya..
1  sudu  teh esen vanilla
secubit  garam

caranya:


Satukan gula perang, gula pasir, tepung dan air ke dalam periuk kecil. Gaul hingga sebati. Masak atas api yang kecil hingga gula hancur. Tambahkan vanilla dan butter. Masak dan kacau sehingga butter cair dan sedikit pekat. Sejukkan dan tuang ke atas roti kosong.

jom  rujuk  ke  blog  kawan2  ku  yg  telah  lama  mencubanya..  ilahjy   baru  nak  merasa...ahaksss

satu  lagi  sos yg  ilahjy  rasa mudah  utk  dicuba utk  dimakan  dgn  puding  ini,...

 sos  cadangan  ke  dua:

RESIPI SOS KARAMEL 

bahannya:

1 cawan gula
6 sudu makan butter
1/2 cawan whipped cream
2 sudu  makan air                     
                                           
caranya:
masak gula dgn api sederhana, sampai warna coklat2 cam wat karamel biasa
bila  mendidih, masukkan butter.
selepas butter tadi sudah sebati dgn gula..alihkan dr api sebentar 
masukkan whipped cream td, kacau2 hingga sebati lps tu masak dgn api kecil sekejap.
masukkan dalam bekas bertutup. biarkan sejuk sebelum simpan dalam peti ais.

 terima  kasih  kepada  3   orang  sahabat ilahjy..  resepi  ini  hasil  dari  sekodeng  didapo  maya kalian...  dan sos karamel   belum  dicuba  lagi..cuma minta  izin  nak  simpan disini  sabagai  rujukan nanti..

RESEPI  PUDING  ROTI RESEPI  ILAHJY

bahannya:

6  keping  roti  gardenia
1/2  tin  susu  cair
1/2  kotak  santan  kotak
1/2  cawan  air
2  biji  telur
8  sudu besar  gula
 1/2  sudu  teh  garam

buah2an  CAMPURAN dan  buah  prune

caranya:

campurkan  kesemua  bahan  pukul  sebati
koyak kan  3  keping  roti dan  susun ke  dasar bekas kaca(loyang)
tuangkan  bancuhan  tadi.
koyakkan  lagi  sekali  3  keping  roti dan  tambah  atas  lapisan  pertama  tadi
tuangkan  bancuhan tadi sehingga  habis. 
taburkan buah2an  campuran  serata atas  adunan roti.
tekan kan  dengan  sudu  supaya  bancuhan  tadi  serap  ke  dalam  roti.
biarkan  sebentar.  sementara  itu  sediakan  kukusan. bila  mendidih  masukkan  roti  tadi  kukus  selama  1/2  jam. atau  sehingga  roti  naik  gelembung. sejukkan  baru  dipotong makan  dgn  sebarang  sos pilihan  anda.

16 July, 2012

420. PUDING ROTI kuusss



salam pagi isinin dan melakukan ibadah sunat puasa syaaban minggu yg terakhir...

hari ini anak ke 2 kusss shafiqah telah memasuki tempat kerja barunya, selepas habis tempoh mengajar sementara di sek rend st john 2 KL..selama 2 bulan.

awal2 pagi tadi ilahjy telah menghantar piqa ke jalan gombak..awal betul sampai..7,45 sedangkan office bukam 9.30.. kesian menunggu diluar.. tk pe piqa esok mama anta lewat sikit jalan pun tak jem lah sangat...

apapun yg penting dapat gelajaran CIK GU.. mewarisi mama... yg tidak pernah bertauliah dipanggil cik gu juga hehe... byk juga kenangan piqa mengajar di sek rendah budak2 lelaki semuanya.. mmg mencabar...ada yang berkelahi berebut alatan belajar, bawa mainan ke sekolah kena rampas, yg berak tak mengaku, dan yg bestnya piqa menjadi kesayangan pada sorg pelajar cina..yg tidak berminat belajar dah menjadi pelajar cergas kini...

semoga piqa senang bekerja ditempat baru,

jom layan dulu puding roti ini yg senang dan mudah...

bahan

14 keping roti atau secukupnya
1 tin susu cair
1 cawan air
2 biji telur
4 sudu besar gula pasir
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar marjerin
sedikit garam

caranya:

susun roti seperti galam gambar di atas memenuhi bekas untuk dibakar .
campur kan kesemua bahan diatas dan pukul sebati. jika bahan cecair tak cukup boleh ditambah susu cair.
tuangkamn kedalam bekas tadi. tekan sedikit supaya bahan2 serap ke dalam roti
tuangkan baki ke atas roti merata kawasan permukaannya.
bakar 180 selama 1 jam atau kekuningan.
sejukkan baru dipotong dan dimakan bersama soso koko atau kastard.

03 July, 2012

411. KASTARD JAGUNG

dimasak untuk minum petang 2 jun 2012

Bahan:

1 cawan tepung kastard
1 cawan santan kotak ilahjy guna kara
2 1/2 cawan air
1 cawan krim jagung dalam tin
sedikit garam
1 sudu besar mentega

caranya:

campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.
panaskan dalam periuk dengan menggunakan senduk kayu
kacau sehingga pekat dan berkilat guna api yg sederhana.
tuangkan ke dalam acuan yg digemari. sapu acuan dgn marjerin
setelah sejuk keluarkan.

14 April, 2012

394. AGAR KOKO BERPERISA PEACH

ada juga lelubang yg tak mampat ketika hentakkan dibuat. krn lapisan kuning sudah mula membeku
bila diterbalik begini rupanya ya..lelubang tadi..tapi ta berapa kemas huhuhu
lapisan kuning tak cukup tebal..ilahjy blend sebahagian agar2 bersama buah peach dan juga sedikit tepung kastard
lapisan koko ilahjy campur perisa buah mandrin dari jenama sunkist..

sudah lama nak mencuba kekeretipan ini...
dah lama dah tengok kat dapo adinda kusss di masam manis...
resepinya pun dah terlupa apa nama...
ilahjy cuba buat berdasarkan resepi sendiri...
citarasa anak2..iaitu agar2 koko...
sementara buah peach masih ada berbaki terus digunakan utk bahagian kuning.

P.s
hari ni 16 april baru cari kat dapo dek ita masam manis punya lah lama meyecroll.. baru dapat link nie...dek ita lawa dgn izin mu kak letak sini ya buat rujukkan kawan2 dan kak ilah sendiri...tajuk kuih tak de ..tajuk APA LA PULAK NIE...
RUPANYA sama lah pula gabungan warna agar2 kita ya dek ita... resepi jer masing2.

24 October, 2011

364. PUDING ROTI BERSUJI?

dikukus pada 24 oktober 2011 utk sarapan party tupperware
nampak tak gulungan roti tuuu... makan panas pun sedap... kalu ada sos coklat lagi power ...

bahan: sumber derhaka ilahjy .. adaptasi dari dapo kawan2...

9 keping roti gardenia (ikut muat bekas kita)
gelek nipis dan gulung celup dlm bancuhan susun dlm bekas utk kukusan ilahjy guna pinggan pyrex

1 tin susu cair
1/2 tin air
1/2 kotak santan kara
2 biji telur
4 sudu besar marjerin cair
8 sudu besar gula
3 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar tepung suji

buah2an dlm tin utk hiasan

caranya:

1. masukkan susu cair, air, gula,santan,telur,tepung kastard dan tepung suji dalam bekas.
2. pukul manja2 dgn pemutar telur sampai sebati,
3. sapukan acuan dengan marjerin. celupkan gulungan roti ke dalam bancuhan tadi sebentar saja agak2 tenggelam terus angkat dan susun dlm pinggan atau loyang. susun semuat bekas
4. cairkan marjerin atas api yg kecil jgn smpai terlalu panas. nanti marjerin tak cantik.. masukkan marjerin tadi dalam lebihan adunan tadi kacau sebati.
5.tuangkan adunan tadi ke atas roti yg telah disusun cantik2 tadi..
6.taburkan buah2an serata permukaan dgn menekan sedikit menggunakan sudu.
7.panaskan kukusan kemudian kukus selama 1/2 jam.

sejukan bawah kipas angin utk cepat makan mcm ilahjy buat tadi.. hehehe..
direka pagi tadi juga adaptasi dari melihat  dan rumah ita...sila ke dapo mereka jika mahu resepi mereka yg lebih cantik dan sedap..nyum2....
oleh kerana nak cepat masak sebab dah suntuk masa tadi...ilahjy main campak2 semua bahan2 secara rawak..tanpa melihat resepi... kawan2 nak dtg buat party tpware...masak jam 9 jam 9.30 dah siap potong jam 10... tidak mengecewakan.. kawan2 kata sedap.. atau nak sedapkan hati tuan rumah tak tahu laaa.. mak aiii berdentum pulak pintu nieee terkejutzzzz akusss.... habis ideaaaaa huhhuuu..

24 August, 2011

355. KASIDAH DAN VANTAGE BARU SAMPAI

JUADAH BERBUKA KE 23 23 OGOS 2011

SALAM SEMUA para sahabata kusss sekian.
setelah berdiam diri tak buat N3 masakan bukan bererti dapo tak berasap..ada...cuma ada M nak buat posting ke sini..
petang semalam ilahjy kena buat kuih utk di hantar ke surau sempena penutup tadarus oleh YB dato zulhasnan ahli parlimen titiwangsa kalu tak silap laaaa,, aku pelupaa...
sebelum buat apam salju yg senang tuu ilahjy buat kasidah ini utk kami berbuka dirumah. cuma en hb jer yg hadir ke surau..
resepi sila ke sini
http://ilahmasakanku.blogspot.com/2009/01/kasidah-mak-saudaraku.html

ahli baru utk raya walaupun tahun lepas dah beli SAGO vantage kristal tuuu cuma ada 4 biji jer.mana cukup kan... petang semalam oder yg dibuat sebelum posa dah tiba.. terus ilahjy amek dan bayar kat PERNAMA bawah tu jer... yang akusss nak gelak tungging ni ialah...bekas kuih punya la byk kat umah ni sedangkan SEKUTTTTT harammmm 1 biji belum wujudddd huhuuu tunggu lepas balik dari raya nanti kami anak beranak gadap oven ya kawan2.... tungguuuu....jeeee...

ada sapa2 berminat nak beli boleh ilahjy uruskan... cash n carry yaaa.. no utang2 yaaa.... sbb kita hanya boleh membeli 5 set paling sikit kalu 1 set kim salammmm PERNAMA TAK LAYAN.. huhuuu sistem kutu yg gatal2 tuuu ahakssss... saja ilahjy nk buat kepohhhh..hehehe
harga kat PERNAMA MURAH JER..kalu luar berapa yer??? ce cite ce cite..
rm199 PERNAMA

18 August, 2011

353. PUDING ROTI & NASI OREN KISMIS JAGUNG

JUADAH BERBUKA KE 18 18 OGOS 2011

puding roti main campak2 tanpa sukatan tetap jadi tapi sos terlampau pekat hentam sajalah dara2 kussss
nasi oren dan sarap2nya... jagung dan kismis... lawan dgn kurma ayam.. abaikan kekuningan daun sup...huhuuu



352. AGAR-AGAR SOYA

JUADAH BERBUKA KE 17 17 OGOS 2011
ADA KISAH DISEBALIK TAKBIR INI..ahakssss apa cerita..ce cita ce cita.....

alkisah semalam, ilahjy buat xperimen aka uji kaji atas kacang soya. konon2 nak buat tahu fah tanpa menggunakan ubat membekunya siako. hanya menggunakan tepung jagung saja. maka setelah 1/2 jam tahu fah masih tak membeku. apa lagi dek kerana sayangkan air soya tu. terus jam 6.30 ptg smlm juga dah dekat berbuka ilahjy masak agar2 dan dicampurkan air soya ini. bila azan agar2 ini belum membeku sepenuhnya. balik tarawih perut dah kenyang. tapi sempat lah merasa sepotong. maka tersimpanlah agar2 ini. hari ini akan ilahjy ooootttteeee mungkin nak buah kuah laici berkastard kasi meriah sikit....

esok 19 ogos BIRTHDAY ILaHJY cuba kasi idea nak masak apa.... nak buat kek ker? lama betul tak buat kek.. anak2 ajak berbuka diluar...emmmmm..dimana yaaaaa....