http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
IKLAN KE3 -ILAHJY
RESEPI SUMBANGAN JY
sahabat yg rajen bicara
AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.
SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.
SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.
ilah1908@gmail.com
jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.
TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***
RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA
KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013
SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
hari ini 7 feb 2017
|
Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts
22 December, 2025
27 September, 2025
11 September, 2025
05 September, 2025
22 October, 2024
04 January, 2024
12 July, 2023
1241. UDANG HARIMAU GORENG KUNYIT
paling simple resepi ni:
Panaskan minyak goreng kentang sampai empuk
Masukan bawang besar dimayang
Cili merah potong nipis
Masukan udang dan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng sehingga masak. Masukan sedikit air biar berkuah sedikit. Dah siap.
30 June, 2023
1238. UDANG HARIMAU MASAK LEMAK DGN NANAS
bahannya dimesin halus:
Cili merah
cili padi
Bawang putih
bawang besar
Halia
Serbuk kunyit
Sedikit serbuk kari ikan
Rebus kesemua bahan mesin sehingga masak.
Masukan nanas rebus lagi sehingga empuk.
Masukan udang dan santan dan garam dan daun limau purut.
17 June, 2023
1236. UDANG HARIMAU BUTTER PRAWN
Bahannya:
Udang harimau di celup tepung dan digoreng
Cara buat telur:
Sebiji Telur di pukul
Tuangkan tinggi2 kedalam minyak panas
Pusingkan senduk sehingga telur hampir garing
Masukan buttercup, bawang putih mayang, Bawang besar mayang, daun ketumbar, cili padi potong dadu, daun kari goreng sehingga semua garing baru masukan udang.
08 April, 2022
27 November, 2020
1124. UDANG GORENG OAT N HOON
Bahan:
Tepung goreng ayam
Meehoon dipotong pendek
Daun kari
Oat
Bancuh tepung goreng ayam gaul udang
Angkat celup pada meehoon dan celup pd tepung jagung
Goreng.
24 February, 2020
01 February, 2020
1058. SAMBAL UDANG KECIL
Sambal dan lain lain masakan tak perlukan sebarang msg utk sedapkannya.
Cuma ikhlas dlm mnyediakan bahan. Dan oerbanyakan kegunaan bawang.
Maka manislah sedap lah ia. Tapi jika cili jenis pedas terpaksa lah guna,sedikit gula
Dan asam jawa bagi seimbangkan rasa.
Yang penting cili mesti dimasak dgn.minyak yg mncukupi. Jika minyak terbentuk dlm pinggan selepas masak ceduk buangkan ia.
Jika tidak mncukupi minyak.sambal cepat basi.
02 August, 2019
1029. SAMBAL UDANG BELIMBING BULOH
Yaaa sebut belimbing buloh semua boleh dimasak mengikut citarasa kita.
Disebabkan ia masam penggunaan asam lain dalam masakan kita tak perlu lagi digunakan. Cuma kita tambah je belimbing buloh dalam sebarang jenis masakan kita. Seimbangkan rasa masam manis dan masin juga pedas. Maka sedap lah masakan itu.
26 July, 2019
02 April, 2018
932. UDANG TEMPOYAK BEBUAS
Pernah makan daun bebuas? Ilahjy buat masak lemak udNg tempoyak dgn bebuas.. fuhhh mmg sedap bertambah nasi...
Utk mkn sorg ye. Simple jee resepinya.
6 ekor udang besar.
1 helai daun limau purut
Santan pekat dlm 1 cawan
1 sudu besar tempoyak baru
20 tangkai pucuk bebuas.
Bahan mesin:
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
Sedikit halia
Sedikit kunyit hidup
2 cawan air
Panaskan kuali. Masukan bahan mesin. Masak sehingga mendidih dlm 10 mt.
Masukan udang sekejap kacau sehingga mendidih. Masukan pucuk daun bebuas. Tambah santan pekat dan garam. Kacau sehingga mendidih dlm 5 mt . Padam api.
18 June, 2017
906. UDANG LIPAN MASAK LEMAK DENGAN REBUNG
23 January, 2017
879. UDANG PENGANTIN KESANG JOHOR
udang gedabak ni ilahjy beli di kesang laut johor
sempadan melaka. 30mt dari kediaman kami.
walaupun udang ni sumber besar penyumbang kolestrol, tapi rakyat malaysia tetap sanggup membelinya biarpon mahal macam emas 916. hahaaa ye la tuuu 916.
apapun terpulang kpd selera dan duit masing2.
kerja bagai nak rak nak makan pon berkira memang tak merasa lah sampai bila bila pun,
banyak ni je ilahjy beli 2 orang je makan. ini pon dah berbelas2 rm.
17 October, 2015
775. GULAI LEMAK UDANG GALAH
gulai lemak bukan masak lemak
resepi arwah nenek ilahjy adaptasikan kpd resepi udang
mengikut selera sendiri.
rempah kari ikan direbus bersama santan cair sehingga mendidih.
santan cair tadi diblend bersama bawang besar dan bawang putih.
setelah mendidih masukan udang dan santan pekat dan garam.
masak sampai nendidih sentiasa dikacau. masukan cili2 potong.
08 April, 2015
729. SUP SPECIAL UDANG LIPAN
Dah lama teringin nak makan udang lipan. Jumpa di giant setiawangsa terus beli.
murah juga udang ni mungkin tak ramai berminat nak beli.
Tapi isinya amatlah sedikit bila dah masak. Tak puas makan. Mungkin 10 ekor sorg baru boleh memuaskan hati bila memakannya.
Bahan2nya
Beberapa ekor udang lipan dibuang ekor dan kepala dibasuh dengan air limau
2 biji kentang di bajikan
1 ulas bawang besar mayang
3 ulas bawang putih mayang
1 inci halia mayang
Sedikit jintan manis
Sedikit kayu manis
Sedikit bunga lawang
Sedikit lada hitam
1 sudu besar serbuk sup
2 batang serai diketuk
Daun sup dan daun bawang
Caranya:
Panaskan minyak tumis semua bahan sehingga wangi.
masukkan air dan garam juga kentang. Masak sehingga empuk kentang.
Setelah itu masukkan udang lipan. Setelah mendidih terus Tabur daun2 sup dan bawang. Padam api.
Subscribe to:
Posts (Atom)





























