Salam sejahtera. selamat bertemu kembali dipagi isnin. setelah 2 hari ilahjy pulang ke MELAKA untuk menguruskan 2 buah kebun yg berlainan kawasan..hari ini terasa juga keletihannya. ALHAMDULILLAH dengan izinNYA. hari sabtu ilahjy bersama en hb selamat sampai di MELAKA jam 4.30 petang sesak hway dek krn kemalangan kecil. setibanya di kampung kerja2 menguruskan iaitu perancangan awal telah berjalan dengan lancar.
pertama semasa singgah minum petang ditepi kampung en hb kami bertemu dengan cina pembekal barangan pagar kebun, cina tu hantar papan ke kedai tu, kebetulan ... terus ilahjy buat rundingan dgn en LUTAI. beres 1 kerja.
terus ke kebun adik ipar PULAI DARAT untuk melihat kerja memagar kebunnya yg hampir siap. kebetulan ilahjy bertemu dengan tukang pagar. maka ilahjy teruskan membuat temujanji untuk kerja2 memagar kebun getah kami pula.di SERKAM DARAT
seterusnya kami pergi bertemu pula dengan sepupu en hb untuk kerja2 meracun kebun seluas 11/4 ekar dengan siap membeli beberapa botol racun serta bayaran upah meracun sekali. sebab projek memagar akan berjalan awal mac nanti..
alhmdulillah kesemua berjalan lancar. tak pernah kami merancang sebegitu rupa.cuma niat sahaja utk terus membangunkan kebun tinggalan orang tua. ALLAH perlancarkannya dengan mudah pada sabtu semalam.23 feb 2013
pun begitu lot rumah kg tersusun ilahjy juga diracuni juga. hati bukan kepalang suka sebab pagar2 keliling tanah lot itu telah siap beberapa hari lepas. teguh berdiri tiang2 besinya .yang dahulunya didirikan dengan batang kayu pokok akasia sahaja, telah mereput setelah 2 tahun didirikan..
syukur kami sekeluarga pada ALLAH S.W.T dengan semua kerja dipermudahkan ini.AMINNN
BERBALIK KEPADA KEK PULA
maaflah ilahjy kongsikan kegembiraan di atas bersama kalian.
kek nenas ini ilah jy reka kerana nak menghabiskan nenas adik ipar yg kami amek dimelaka 2 minggu lepas. maka inilah hasilnya. bercucuk tanam pada tanah.
selepas keluar dari oven terus ilah jy keluarkan dan terus potong memang gebusss sangat lembut dan agak lembab.
keratan rentas kek nenas ilahjy
tak perlu tunggu sejuk ilahjy terus sapukan lebihan nenas tadi ke atas kek
Bahan:
1 cawan marjerin (rupa bentuk asal-tak cair)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan gula merah/brown sugat
1 cawan nenas
1/4 cawan susu cair
6 biji telur gred b
1 sudu besar ovellete
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar tepung kastard
caranya:
1. satukan gula,telur, *marjerin, ovellete putar sehingga gebu dan lembut/mulus
2. masukkan tepung2, baking powder,susu,esen vanilla, putar lagi sehingga gebu. kekalkan kegebuan adunan. (maaf marjerin lupa dimasukkan dlm barisan 1 diatas.)
tak perlu cair kan.
3.lepas tu masukkan nenas putar sebati.
4. bakar dalam oven kepanasan 170 darjah 30 minit atau sehingga cucuk lidi jadi kering.
cara membuat nenas cara ilahjy:
1 biji nenas saiz sedang
1 batang kulit kayu manis
1/2 cawan gula jgn manis sbb kek sudah ada gula
lebihan nenas jadikan sapuan diatas kek
caranya:
bersihkan nenas buang pulur,
mesin bersama 1/4 cawan air sehingga halus
panaskan dalam kuali bersama gula sehingga pekat tapi
tidak kering.
ilahjy perlukan nenas pekat untuk kek ini.
sila perhatikan nenas yg ilahjy sapukan atas kek itulah kepekatannya
tidak kering sedang2 boleh disapu seperti jem.
VERSI KE 2 RESEPI YANG SAMA
selain dari versi pertama diatas ilahjy sediakan kek ini dalam bentuk muffin pelbagai rupa. ikut selera dan kemahuan mereka cipta
ilahjy berikan inti blueberry ditengah2 lapisan kek dan juga hiasan diatasnya
letakan kepingan oreo dan tambahkan adunan sekeliling oreo supaya oreo melekat dan sedikit tenggelam selepas masak.ilahjy guna aising beg.