terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








29 October, 2009

154. MASAK LEMAK UDANG DGN PERIA

msk rini semua yg ringkas jer 29 okt 09 nak cepat hubby kuss nak balik lunch dan nak g out stion

bahan:

udang dan peria di potong serong lebar

bahan mesin dgn santan cair
2 biji cili besar
sedikit bawang besar
2 ulas bawang putih

mesin sehingga hancur, panaskan bersama peria dan udang sehingga empuk ..masukan pati santan didihkan sat dah cukup....

153. AYAM MASAK KICAP BERPATI SANTAN

masak hari ni 29 okt 09
bahan:

ayam di goreng macam biasa

3 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

mesin bahan ni sehingga halus, tumiskan seketika, masukan 2sudu besar pati santan, kicap pekat, sos tiram 1 sudu teh je.. sedikit sos cili dan ayam goreng masak sehingga mendidih ... dan tutup api.. sedapppp pestime aku buat hari ni ... mereka2 yg baru dah jemu ayam sambal... yg ni ringkas betol.. tapi enak...

23 October, 2009

152. CENDAWAN GORENG BERKUNYIT

menu tambahan hari ni 23 okt 09
bahan:

2 paket cendawan (siat2kan)
sedikit kunyit serbuk
garam secukup rasa

gaul dan perap sat.

panaskan minyak tumiskan kesemua cendawan sehingga layu dah siap.
rasa cendawan itu tak kan hilang dan enak.

tapi hari ni aku nak tambah sikit kacang buncis dan cili merah dan bawang2 maka rasa cendawan yg ori dah tak deee leee... cuba kau org goreng yg ori tu rasakn perbezaannya... nyummy sedap yg ori tu dari dicampur sayuran lain... x cayee try laaa...

151. KEK COKLAT KUKUS ..Noranas respeks group

BAHAN A :

1 CAWAN GULA
1 CAWAN SERBUK KOKO
1 CAWAN MINYAK MAZOLA
1CAWAN AIR PANAS
1 CAWAN SUSU PEKAT
1/2 CAWAN MILO
1 SUDU KECIL SERBUK NESCAFE
3 BIJI TELOR


BAHAN B :

2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU KECIL SODA BIKARBONAT


CARA2 MEMBUAT NYE:

SATUKAN SEMUA BAHAN A HINGGA SEBATI
KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN B .
KACAU RATA DAN KUKUS SELAMA 1 JAM.

KAT ATAS NIE RESEPI KEK COKLAT YANG SENANG DIBUAT SENDIRI. SELAMAT MENCUBA..... .....
KALAU TAK JADI .... CONFIRM ORG YG BUAT TU TAK MANDI.. HEHEHEHEHEHH


ALAMAK LUPA LAK..,, UNTUK TOPPING

1 CAWAN MILO
1/2 CAWAN KOKO
1/2 CAWAN SUSU PEKAT.
1/4 CAWAN AIR PANAS

KACAU RATA SEMUA BAHAN DI ATAS BARU TUANG KE ATAS KE TADI...... TABURKAN COKLAT URAI ,.,,, PAS TU MASUK DALAM PETI AIS.

P/S : SEBELUM TUANG TOPPING MAKE SURE KEK DAH SEJUK SIKIT BARU KELUARKAN DARI ACUAN .. JANGAN PANAS2 LAK KANG BEDERAI LAK KEK TU ..
SAPA JADI WAT KEK NIE G TAU EKKK... INGAT SAYA EKKK.. .. INSYAALLAH CONFIRM JADINYERRRRRRRR. ......... ......... .....
kire senang nak masak kalau dlm keadaan terdesak ada org nak datang rumah.
cuba jgn tak cuber.


satu lagi resepi dr ahli respeks ahaksss, maceh azlina::

Kalau resepi saya.
Bahan A
secawan coklat/koko
satu suku cawan tepung gandum
satu sudu soda bicarbonat
satu sudu baking powder.
- di ayak semua di atas.

Bahan B

secawan minyak masak
secawan susu cair
setengah cawan susu pekat manis
secawan gula
- dipanaskan untuk mencairkan gula
3bj telur di pukul sedikit (macam nak buat telur goreng tu....)

caranya...

masukkan telur dalam bahan B, sedikit demi sedikit masukkan bahan A, masuk sikit2 agar tak berketul.
siap boleh taruk dalam loyang.
sedia dikukus, kukus selama 30minit

21 October, 2009

150. LEMPENG LEMAK YG RINGKAS..

aku bakar pagi semalam 20 okt 09 atas permintaan anak ke 3 kusss hari ni masih buat juga krn sedap kata anak bongsukus... smlm makan kosong.. hari ni cecah dgn kuah dagang... muahhh3

bahan:

2 cawan tepung gandum
santan pekat secukupnya
gula pasir secukup manis
garam secukup rasa

cara:

gaulkan kesemua bahan2 ini sebati tanpa berketul2
panaskan kuali leper dan bakar dgn marjerin
boleh dimakan begitu aje atau cicah dgn kuah pedas contoh kari atau asam pedas

20 October, 2009

149.KEK SPAN PANDAN BERPUDING

aku bakar pd 17 okt 09

bahan:

350 g tepung gandum diayak bersama
2sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

240 g gula halus
180 g minyak masak biasa
8 biji kuning telur
180 g jus pandan dr 6 helai daun pandan
1 sudu teh pewarna hijau
1 sudu teh esen vanilla

caranya:

campurkan kesemua bahan bahan ini dan dikacau sebati tanpa berketul2..
masukan adunan putih telur kacau sebati dan bakar 160 darjah c selama1jam

bahan putih telur:

10 biji putih telur di putar bersama
1 sudu teh cream tatar
240 g gula halus

putar kesemuanya sehingga jadi buih yg keras bila diterbalikkan bekas buih itu tak tumpahlahhh weyyy... jaga2 jgn kena air walau setitik.. nanti tak jadikkk

pudingnya pula:

2sudu besar tpg gandum
2sudu besar tepung jagung
8 sudu besar gula
2 cawan susu pekat/santan
2 biji telur merah yg lebih drp putih telur tadi..
2 sudu besar mentega

bancuh kesemua sehingga sebati dan kacau atas api sehingga pekat berkilat dah boleh digunakan.. sekejap jer lapisan ni akan merekah..seleloknya guna sebagai peleket dlm kek.. bahagian atas guna la ising kek... tapi bila guna sapuan puding ni maka terasa la sikit kek ni kelainannya... aku kan suka yg pelik2...hehehe

18 October, 2009

HAPPY BIRTHDAY SAYANG KE 48

happy birthday hubby kuss hari ni 18 otober 09 yg ke 48 semoga panjang umur dan dilimpahi rezeki semoga kebahagiaan ini keakhir hayat kita...

kek ni aku buat pada 17 okt berasaskan kek span pandan berpuding, sowee rumput2 tu dah kehabisan stok sbb tu separuh jalan jer kerja2 menampal keliling kaki kek tuu, malas dah nak buat ising baruuu
puteri sulung yg punya idea bentuk Y ni.. aku tukang potong bentuk dari4 segi jadi Y, sibongsu ANA TUKANG komen kurang nampak bentuk Y ikut cakap ana aku terus memotong lagi smpai menjadi seperti ni..pestime aku buat kerja pemotongan.. sbb tak de acuan laa.. kalu ada acuan senang laa sikit... apa yg penting berkerjasamaaaa hehehe... selebihnya aduan aku buat c.c laa terus aku bawa g bawah..sbb kat blok kami ada jamuan raya 17 okt... sbb tu ising aku kehabisan stokkk.. aku dulukan utk raya punya... thn lepas kat blok sambut raya 18 otober soo kami tiub lilin utk hubby ramai2 kat bwh blok tu..tapi tahun ni depa buat open raya pada 17 okt maka aku hantar jer laaa c.c. ni.. span dia cukup halusssss....

15 October, 2009

148. AGAR-AGAR KERING bkt keteri


gambar pada 13 ot 09

hari isnin 12 okto 09 ptg bertolak balik ke perlis jam 1.30pm sampai umah nenek saudara di bukit keteri jam 10mlm. (lewat sampai sbb singggah anak bukit taman aman a.s kedah beraya dgn pak njang kusss...)
bangun pagi selasa aku ternampak atas mejanya agar2 kering ni.. utk hantaran perkahwinan cucunya pada raya haji ke3 nanti . jam 1.30 ptg selasa kami bertolak balik KL semula..waduhh penatnyee.. sampai KL 7.30mlm...apa nak kata teman kan hubby kuss meeting kat sana.. kenderaan tak de driver jauh sekali...maka aku la jadi driver dia..skru driver dan segalanyee sejak tmpat baru ni...

aku pun segera amek pic dan resepi ni secara lisan jer.. tanpa salin resepi..

bahan:

1 paket agar-agar rm2
1 kilo gula pasir
2 paket kecil gula batu( harga 50sen sepeket)
air aku tak pasti berapa banyak.. lupa nak tanya huhuuhuuuu

caranya:

rebus kesemuanya bersama air sehingga likat dan tuangkan dlm bekas-bekas dan masukan pewarna..
setelah beku potong dan jemur bawah matahari sehingga naik bunga gula seperti digambar..

07 October, 2009

HAPPY BIRTHDAY 2 PIQA PUTERI KE 2 KUSSS 7 OKT 09 KE 18

resepi kek koko ni ada di N3 20 kek koko basah...yg aku masuk pertandingan di perak dulu
piqa minta buat warna merah hati.. tup2 masa nak anyaman kat tepi dia tak berapa jadikkk sooo aku sapu jer.. terus jadi dwi kala ni.. ok juga..maka aku teruskan la dgn deco nii yg ringkas sangat dan cepat siap... piqa sampai jer kat rumah aku terus mulaka deco.. piqa senang dgn warna2 ni... kesemua nozzle ising dah aku try... ok juga laa walaupun beratus rm dah habis beli nozzle hari tuuu.. jimat duit kuss kalu sebijik kek mcm ni mau 50rm... kan kan kan... alah membeli .....


aku deco ptg semalam 16okt 09

piqa sanggup balik umah krn nak sambut birthday dia ke 18.. pagi2 lagi jam 6.30 kami dah potong kek..

lagipun hari ni raihan puteri ke3 ku amek PMR.. semoga dek ann berjaya dpt 8A...

02 October, 2009

wowww tambah lagi koleksi VANTAGE kusss hihikk




bekas kuih ni sampai hari khamis..raya hari ahad. tapi aku malas nak g amek di PERNAMA
sooo baru semalam aku sempat p amek, walaupun pernama kat bawahhh.. sebelah kondo kuuss jerr...
hari ni baru aku buka utk pastikan ada pecah ke idak.. pas ni aku isi la kuih muih yg tinggal ujung2 tuuuu huhuhuuuu... jangan jelessyyyy...
ingat nak amek 2 set.. tapi aku malas laa.. nak tambah.. kalu puluss mcm tahun lepas mau aku tibaiii 2 set...sbb 1 set tu tak de org lagiii....... mari mari sapa nak set ni murah murah ajerr.. +++200rm jer...