terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts with label tauhu. Show all posts
Showing posts with label tauhu. Show all posts

24 February, 2017

885. SAMBAL BELACAN GORENG DENGAN TAUHU GORENG KUNYIT


buat sambal belacan macam biasa
2 keping tauhu digoreng garing berkunyit dan garam,
bawang besar separuh di baji
1 biji tomato juga dibaji.

panaskan minyak  tumiskan bawang dan tomato juga sambal belacan
setelah pecah minyak madukan sedikit air. garam tak perlu sbb sambal dah cukup rasanya. 
potong baji tauhu susun dlm pinggan, tuangkan sambal tadi. ermmm dah siap...



23 April, 2014

618. TAUHU KUKUS GORENG





Bancuhan tepung untuk mengoreng cara jy:

1 biji telur
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit air
Renjisan lada sulah, lada hitam dan cili paprika

Caranya:

Campur kesemua sehingga sebati celupkan tauhu goreng dalam minyak yg panas dan tenggelam.




 

Bahan tauhu kukus cara jy:

2 buku tauhu lembut
1 buku tauhu keras/biasa
3 biji telur
6 ekor saiz besar udang basah dicincang
2 sudu besar Udang kering yang digoreng dan tumbuk kasar
Garam, lada sulah, lada hitam, serbuk cili paprik
Sedikit air untuk kisaran

Caranya: 

Campur kesemya bahan mesin sehingga halus baru dimasukan udang basah dan udang kering. Mesin seketika dan masukan ke dalam bekas, campurkan minyak lebihan udang kering goreng tadi bersama bahan2 hiasan dalaman dibawah.
Gaul sebati, tuangkan je dalam loyang beralas plastik wrap. Kukus selama 20 minit atau sampai adunan terangkat naik dari loyang menandakan ia dah masak.
Sejukkan baru di potong dan di celup dalam tepung dan di goreng sehingga kekuningan, makan dengan sos.

Sesuai utk makan petang atau dengan nasi. Terpulang...


bahan2 hirisan hiasan dalaman:

Daun bawang, daun sup, cili merah dadu, cili hijau dadu, cili padi dadu,


13 August, 2013

540. TAUHU TERATAI LAYU DITASIK MADU

Sedapnyeee ranggup tapi lembut di dalam
Sesuai dengan nama yg ku beri diatas
2 tahun lepas pernah cuba buat, tapi tak jadi sebab tak de resepi cuma berdasarkan 
Tauhu yg diberikan seorang kawan.kekonon nak tiru aksi pandai sendiri laa..
Pula tu guna tauhu 4 segi yg tebal tu. Mana nak jadi. 
Baru2 ni Bila dpt info terus ilahjy mencubanya. Syukur menjadi walaupun tak sekemas yg diharapkan.



23 July, 2013

527. TAUHU SUMBAT -iftar ke 14. senang dan mudah

Tauhu sumbat senang, mudah dan murah dan enak dimakan dengan sos buatan sendiri
Sayur campuran timun, karot dan taugeh ditumis bersama bawang putih ketuk dan sedikit kiub ayam. Goreng setakat mematikan air saja.
Tauhu digoreng dalam minyak yg berisi garam dan serbuk kunyit.


resepi sos cara ilahjy

1 sudu cili mesin dicampur di dalamnya
Bawang besar bawang putih dan sedikit belacan
Kesemua dimesin halus

Panaskan bersama air sehingga mendidih
Masukan 2 sudu besar sos tomato
1 sudu kicap pekat
Garam dan gula

Masak sampai pekat.

14 July, 2012

419. TAUHU POKET dan bebelan kusss

padatkan inti ke dalam poketnya... boleh digoreng atau dikukus ikut selera masing2 ya.
bahan2 inti sedia utk di gaulkan
buatkan lorekkan keliling tauhu dengan pisau tajam seperti gmbr dibawah. selepas itu guna sudu utk keluarkan isi tauhu itu. bersihkan molek2 ya.. tauhu ini amat tebal .senang nak kerjakannya..hehe
selamat pagi sabtu...salam sejahtera assalammualaikum...

yg berbahagia rakan GMM pengunjung2 RSJY. dan seluruh warga blogger yg sudi bertandang ke DAPUR RSJY... sebelum memulakan madah wadah hari ini ingin ilahjy memohon kemaafan dari kalian semua jika sepanjang ilahjy membina blog masakan ini ilahjy telah melukai hati2 kalian tanpa ilahjy sedari.... terutama buat GMM yg sentiasa sudi bertamu dan memberi komen2 walaupun tak ramai seperti yang lain.. wpun cuma sekerat dua yang sudi beri komen ini tak bermakna RSJY tiada pungunjung..sehari mencapai hampir 300 org pengunjung yg tak memberi komen...cuma 4,5 org sahaja yg sudi berceloteh..
kepada yg sudi memberi komen setia sentiasa, ilahjy ucapi dgn terima kasih krn kesudian kalian memberi komen.. dan ada yg sempat ilahjy balas.. buat pengetahuan kalian line tenet agak mandom sikit kebelakangan ini... susah nak lihat gambar2 dari blog kalian nak masuk komen pun susah.. apa pun mohon kemaafan atas sebarang kesalahan...

NI DIA BEBELAN KUSSS JOM BACA KALAU MINAT LAH HEHEHE:
baca dengan nada serius tauuu...

baru2 ini, dalam minggu ini pada 9 julai 2012... ilahjy ada temui dalam FB gambar masakan ilahjy diamek dan dimasukkan dalam FB INDIVIDU BERKENAAN.. dia tidak memberi respon pada ilahjy sepertimana GMM sedia maklum.... hasil kerja tangan yg tak seberapa itu bukan senang nak dihasilkan..jika tiada kudrat dan daya usaha ini..tentu kalian faham... berkaitan resepi tu tak kisah sangat, semua orang rela berkongsi... tapi gambar2 hasil tembakan masakan orang janganlah dibuat harta sendiri utk dipamer dan dishare bersama ratusan rakan tanpa memberi penghargaan pada empunya diri,...sekurang2nya hello ke hai ker salam ker.. bukan dapat duit ringgit pun..tapi sentiasalah menghormati hak orang lain... jangan sampai digelar pencuri..atau penyamun tarbus... buat malu jer kita sebagai org melayu yg tinggi budi bahasa kaya ilmu...

maaf atas bebelan itu tadi sebab bukan seorang sahaja ilahjy terlibat dengan kerja2 dia yg tidak berhemah itu..yg pasti ramai terlibat... kami telah memberi teguran tapi dia telah mendeletekan komen2 kami..dan masih ada lagi gambar kami disana.. semoga dia akan insaf dan tidak mengulangi perbuatan mengakui hak orang lain sebagai hak dia sendiri..
bila rakan2 dia bertanya soalan berkenanaan masakan tersebut dia tidak dapat menjawab. kesian pada yg share yang like dsbnya...tertunggu2 jawaban ..sudah pasti dia tak bolen menjawab sebab bukan dia yg memasak menembak gambar dsbnya... semoga pekara ini tidak akan berulang lagi... kalian sedia maklum ramai diantara kita telah alami masalah macam ni dan sentiasa berulang dan tidak putus2..sebab..MEREKA TIDAK FAHAM ETIKA BERBLOG DALAM GMM.... geng masak masak...

ilahjy hentikan leteran itu disini sini saja.. mari kita layan tauhu poket.... yg senang dibuat dan enak dimakan bersama sos..

bahan:

4 keping tauhu
isi ayam dicincang sedikit saja
1 biji cili merah dipotong dadu
2 biji cili padi dadukan
sedikit sos tiram
daun bawang daun sup dihiris halus
sedikit serbuk soto
garam
serbuk lada sulah

caranya:

gaul kesemua bahan2 diatas dan disumbatkan ke dalam tauhu yang telah dikeluarkan isinya. tauhu yang dikeluarkan boleh dicampur bersama inti diatas. ilahjy rasa lain kali ilahjy tidak akan mencampurkan isi tauhu itu.sebab tidak berapa kena dgn selera ilahjy.
setelah dipadatkan dalam tauhu boleh lah digoreng sehingga garing dengan minyak yang banyak dan panas(api kuat). supaya tenggelam tauhu itu.

atau boleh juga dikukus sehingga masak dan dimakan bersama sos cili

05 July, 2012

413. TAUHU LEMBUT KUKUS kussss

tauhu lembut kukus untuk berbuka 5 julai 2012
udang masak lemas nenas

Salam sejahtera saudara2 kusss yg sedang berpuasa sunat nisfu syaaban...
tahniah buat kalian. sedih kerana ilah jy tak dapat menunaikan ibadah ini.. cuma en hb jer yg berkesempatan..
maka untuk juadah berbuka nanti ilahjy sediakan awal2 kerana pada jam 2 petang ini kena bermain boling bagi pemilihan peringkat BAKAT DARAT.... BALIK nanti belum tentu badan ini akan cergas....

mari kita kongsi bersama resepi tauhu lembut kukus ini...

bahan:

2 keping tauhu lembut

letak dalam pinggan dan kukus sehingga 10 minit.

bahan untuk dimesin:

1/4 cawan udang kering
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil cili mesin
1/2 labu bawang besar


caranya:

mesin kesemua bahan di atas tanpa air.
panaskan minyak secukupnya.\
goreng sehingga wangi kemudian masukkan 1/4 cawan air.
setelah mendidih masukan / tuangkan ke atas tauhu yang sedang dikukus tadi. taburkan bahan2 hiasan. kukus selama 10 minit lagi dan sedia utk dimakan..

bahan untuk hiasan:

parutan lobak merah
daun bawang

selamat mencuba resepi ciptaan ilahjy ini...

21 January, 2011

268. tahu fah lagi..

masak jam 8 malam jam 10 mlm dah boleh makan..21 jan 2011
selamat malammmmmm ada yg dah titooooo...?? selalu waktu cam ni ilahjy dah sampai negeri cina mimpi mcm2 dah.. tapi kerana kacang soya yg direndam jam 10 pagi tadi belom di mesin.. maka kena juga lah teruskan pojek tauhu niii... tepat jam 10pm semua dah siap dah ilahjy terus makan.. sbb tahun ni belum buat lagi tauhu fah ni... makan dgn air gula melaka jer ni.. leh simpan sampai esok lusa tak basi..simpan kat luar jer...
ada sapa2 berminat nak buat ..??? bg yg selalu dok mai dapo ilahjy ni sudah pasti dah tahu mcm mana nak poses tauhu ni kan? semak dlm n3 lepas ya... cari kat label sebelah kanan ye .. esok ilah jy cuba masukkan ni mata dah ngantuk dah niii...ok gudnite..salammmmmm...
http://ilahmasakanku.blogspot.com/search/label/tauhu >>> klik sini ya ada berbagai cara tauhu yg ilah jy dah buat...

di sini juga ilah jy cuba masukkan resepi yg cuba disenangkan dari resepi di N3 lama tuuuu betoi ker ayat2 nii.. sukatan juga kurang.. supaya kalian yg mencuba senang nak buat kalu tak menjadi tak rugiii... tak gituu... sebenarnya kesemua resepi ini telah ilahjy ubahsuaikan dari mula belajar dulu tahun 1993 kalu tak silap .. belajar di persatuan isteri tentera.. sejarah.. 8 kali buat baru jumpa adunan yg serasi dgn ilahjy... itulah hakikat perangai ilahjy akan ubah suai jika resepi tu tak menjadi.. sampai menjadi... org kata lawan cakap cik gu laaa hehehe..

bahan.

1 cawan kacang soya rendam 8 jam

1.mesin dengan air sehingga halus.
2.ditapis menjadi 6 cawan air kacang soya..
3.(hampas kacang tu perlu diulangi sehingga jumlah mencukupi..)
4.masak sehingga mendidih.
5.kemudian terus tuang ke dalam bekas yg tinggi macam jag ilah jy tunjuk tuuu
6.dalam bekas tu masukkan

1/3 sudu teh ubat tauhu..( p beli kat kedai ubat cina)
1/3 cawan air masak/mineral
1/3 cawan tepung jagung

ke tiga2 bahan ni hendaklah di bancuh sebati jgn biar berketul semasa menuang air soya.
nanti tak jadi...tauhu tu...

selepas dituang air soya tersebut hendaklah ditutup segera dgn tuala bersih dan tutup dgn penutup. biarkan beku dlm 15 minit dah boleh makan.. kalu tak beku dlm sejam sah sah lah tauhu kalian tak menjadi.. selamat mencuba kalu tak jadi tanya ilah jy ya....


21 April, 2010

tauhu fa lagi...perisa rose

maaaaafff yaaa dah separuh makan baru teringat nak snappp utk kalian negokkk hihiii bayangkan secawan kacang dapat sejag tahuuu faaa niiiii kayoooo kayoooo kalu niaga...hahaha masak petang 21 april 2010

rancang nak buat air soya jerr.. tup2 dek an minta buat tauhu fa.. terus jer mama buat walaupun kacang hanya ada secawan jer... ngam2 dengan jag air ni yg aku guna juga utk n3 yg lepas... tapi kali ni aku tambah perisa rose... air gulanye kurang itam laaa... baru cantik..
sekarang aku dah tahu.. tauhu fa ni tak yah susah2 nak tuang tinggi2 macamana aku mula belajar di Tapah perak dulu ... tuang main2 jer pun jadi... dulu guna bekas tahan panas contoh termos nasi atau periuk tinggi... la niiii guna jag air ni pun cantik molek dia jadi... satu lagi kacang tu dah direndam bermalam dalam peti sejuk pun tak kisah... jadi juga...
masa memula belajar semua tak kena.. manja sikit tauhu ni... bayangkan sampai 8 kali buat baru lulus...aku kan suka buat ujikaji dimakmal sendiri..hehehe..

29 March, 2010

tauhu fa lagiiii

ni nak tayang pinggan vantage baru beli 3hari lepas. kat pernama. kesemua set dah cukup tapi dsbbkan murah dan yg ni belom ada aku angkut laaa 4 biji jer cukup utk satu hidangan makan. 2 biji utk kuah 2 biji utk sayur n ikan goreng.. NJ jgn jeles maaa.. hehe masak ptg 29 mac 2010

mood R sudah mariii raihan anak ke3 kuss posa nazar 8a.. so aku pun dgn semangat buatkan dek an tauhu fa dan apam balik...
kalu kalian nak resepi tauhu fa ni boleh rujuk di N3 lama kusss 2008.

19 March, 2010

179. tauhu telur

sosnya patut guna udang kering baru sedap mcm kat nasi ayam tu.. tapi stok tak dak aku guna ikan bilis jer laa.. esok ada baki tahu ni aku nak masak sup sayur febrate hubby..alah yg letak tepung jagung kasi kuah dia pekat tu...
ahakss ni bukan kuih maaa ini sejenis sayur maaa..makan dgn nasi.... kalu sekali pandang mcm kuih aku di bawah tuu emas bermadu coklat... tapi ini bukan yaaa masak untuk lunch hari ni 19 mac 2010

dah lama aku mencari resepi ni..
dah 3,4 hari ku mendapatkanya dr umah CM kalau tak silap. t.k tuan umah..
nak beli dari pasaraya takut tak halal. wahh hari ni dpt buat sendri puas raseenyee...
ingat nak kukus dlm loyang kecikk bersegi mcm kat restoran Nasi ayam tapi tak de le pula acuan. kena g beli la nampaknye nanti.. senang nak hidang..dan senang nak potong. yg ni aku guna bekas kaca, senang juga dia lekang tapi tak best la tak kaw.. tak puas hati la ni.... ade je tak kena heheee..

atas permintaan..mungkin tak jumpa umah CM kot... minta izin CM saya c n p yer tapi ringkas jer ni..

500ml air kacang soya
1 sudu besar tepung jagung
5 biji telur

dikacau dan tapis kukus sehingga masak.

25 December, 2008

9. TAHU FAH aku olah sampai 8X baru menjadi resepi ini...belajar buat 1993 di tapah perak bakat 25 melayu


TAHU FAH KU BUAT PADA 25DIS 08

RESEPI TAHU FAH

BAHAN2NYA:

3 CAWAN KACANG SOYA (RENDAM 8JAM)
1 CAWAN TEPUNG JAGUNG
18 CAWAN AIR (GUNA UNTUK MENGISAR KACANG)
1 CAWAN AIR MASAK/MINERAL
1 SUDU TEH UBAT TAHU FAH/SAIKO (KAT KEDAI UBAT CINA ADA)

AIR GULA MERAH SECUKUPNYA UNTUK DIMAKAN BERSAMA TAHU FAH NI...ATAU AIR GULA PUTIH PUN BOLEH IKUT SELERA KITA

CARA MEMBUATNYA:

1. KISAR KACANG SOYA DGN AIR 18 CAWAN TU SAMPAI HANCUR.
2. TAPIS GUNA KAIN PUTIH. JANGAN SAMPAI ADA TERMASUK SISA KACANG DLM AIR TU..NANTI TAK JADI PULA
3. PASTIKAN JUMLAH AIR KACANG SOYA CUKUP 18 CAWAN SETELAH DIMASUKAN KEDALAM PERIUK.
4. DIDIHKAN AIR TERSEBUT.
5.DALAM BEKAS YANG TAHAN PANAS..PERIUK ATAU BEKAS SIMPAN NASI TUU... YG SECUKUP BESAR DGN AIR SOYA. (BEKAS KE DUA LAH NI..)
6. BANCUHKAN 1 CWN AIR DGN 1 SUDU TEH SAIKO TADI SAMPAI SEBATI. MASUKAN KE DLM BEKAS DI ATAS.
7.KEMUDIAN TUANGKAN AIR KACANG SOYA YG MENDIDIH TADI KEDALAM PERIUK BERISI BANCUHAN TUUU.. TUANG TINGGI2 TAU.
8.TUTUP DGN PENUTUP PERIUK BIAR BEKU. 15 MINIT DAH BOLEH MAKAN.! JANGAN DIUSIK2 SELEPAS TUANG KE DLM PERIUK TU NANTI TAK JADI PULA KALAU DAH 1/2 JAM TAK BEKU.. MAKSUDNYA TAK MENJADI LAH.. KENA LAH CUBA LG...
9.KACANG MESTI YG BERKUALITI BARU JADI. KACANG YG ROSAK ATAU DISIMPAN DLM PETI SEJUK TAK AKAN JADI TAHU FA KITA TU

SELAMAT MENCUBA... BANYAK DAH SAYA MENGAJAR DIKELAS SECARA PERCUMA RAMAI KAWAN2 DAH BUAT BISNES SAMBIL2LAN BW PERGI TEMPAT KERJA ....

ADA SESAPA TAK TAHU TAHU FAH NI MCMANA? ALAH KAT PASAR MALAM BYK JUAL...DLM BEKAS PLATIK DICEDUK GUNA SENDUK NIPIS TUUU DIJUAL BERSAMA AIR KACANG SOYA TUUU..
RESEPI NI PAYAH ORANG NAK KASI...(KEDEKUT ILMU).. SO SEMENTARA DAH ADA NI AMEK LAH BUAT KOLEKSI BAGI YG BERMINAT LAH...

TERIMAKASIH. . KALAU TAK MENJADI TAN! YA SAYA SEMULA...

BOLEH DIWARNAKAN SEMASA MENDIDIH TADI...PINK ATAU HIJAU.... TAPI AIR GULA PUTIH AJE LAH..MAKANNYA. .

PETUA DARI SEORANG AHLI RESPEKS

kalu ikut apo yg den belajar dgn adik chef li tu ( pengarang buku jutawan senyap )
sukatan kacang soya tu 1kg nisbah dgn air 10 liter. kacang soya yg bagus dari kanada.
dio tak pahit. yg lain tu ada sikit pahit.
maso nak campurkan air soya tu ngan saiko, kono masukkan saiko dulu dlm bokeh ( yg kato cik jalilah, periuk )
tuangkan laju ( dlm kiraan 10 saat ). sobab, kalu lambat soya tu akan beku. fungsi saiko ialah membekukan
air soya tu. lopeh dah curah abih. pokap atau tutup permukaan ateh soya tu dgn kain ( selalu org guno tuala
good morning ) ini untuk merapatkan molikul2 soya tu. kalu tak dio akan memocah. tak berapo jadi la kiro
permukaan dio tu. laie satu, kalu dah buleh makan, buangkan permukaan ateh dio yg berbuih tu. bukan apa,
ko ado yg goli kang nampak buih2. pas tu maso makan tu kan, campur dgn air soya. lotak lak ais dlm 4~4 kiub,
fuhh amek2 sodap jang.