http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
IKLAN KE3 -ILAHJY
RESEPI SUMBANGAN JY
sahabat yg rajen bicara
AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.
SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.
SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.
ilah1908@gmail.com
jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.
TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***
RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA
KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013
SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
hari ini 7 feb 2017
|
Showing posts with label TEPUNG BUNGKUS. Show all posts
Showing posts with label TEPUNG BUNGKUS. Show all posts
19 September, 2024
23 September, 2018
958. TEPUNG BUNGKUIH
Lapisan putih
1@1/2 cawan tepung beras
2 cawan santan
Sedikit garam
Satukan bahan masak atas api sehingga pekat likat
Buat inti kelapa. Bulatkan Gaul dgn tepung supaya senang nak cantum dgn adunan putih.
Sudukan adunan atas daun pisang
Letak 2 biji inti kiri kanan. Balut. Kukus 20mt.
04 July, 2012
412. KUIH NAGASARI AKA TEPUNG BUNGKUS


Selamat petang. hari yang amat mengecewakan ilahjy....
sudah 3 hari akaun nuffnang tidak dapat dibuka.
tengahari tadi ialahjy telah 4,5 kali menghubungi pejabat nuffnang..
en DARREN telah cuba selesaikan masalah... tapi tidak juga jumpa jalan nya.
macam2 telah dicubai... mungkin esok ilahjy akan cuba sekali lagi hubungi pihak nuffnang.
kalau lah tidak dpt juga dibuka.. mungkin sudah ada dot dot dot huhuu... duit memang tidak banyak tapi itulah titik peluh selepas kali pertama ilahjy dapat rezeki dan pergi bercuti tahun lepas..mungkin kali ini tidak ada rezeki agaknya..
apapun ilahjy bersyukur dengan rezeki kuih ini... betulkah nama di atas tuuuu???
memulanya ilahjy nak buat tepung bungkus, tapi kelapa tak de utk dibuat inti. pisang yg dibeli masih ada maka ilahjy balutkan dgn adunan tepung dan daun pisang tu pula pemberian BFF ilahjy semasa pergi pasar tani di PULAPOL minggu lepas.. tak sempat buat kuih...dah nak masuk hari khamis esoknya ..aaiiii nampak sangat lah malasnya aku niee hehe..
resepi sama dengan adunan tepung bungkus di N3 yg telah lepas...
apapun ilahjy dng rajinnya nak masukkan sekali lagi hehehe nak ubati hati yg lara niii
demo pertama tanpa resepi:
resepi tepung bungkus:
langkah membuat tepung bungkus:
bahan:
1 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
sedikit garam
pisang masak ranum dibelah dua
daun pisang dibasuh bersih
caranya:
campurkan kesemua bahan kacau sehingga seabati.
kacau di dalam periuk di atas api yg sederhana, kacau sehingga kental/berketul2
masukkan ke atas daun pisang dan masukkan pisang, tutup dan balut seperti lepat pisang
kukus dengan api yang paling perlahan/kecil selama30 minit
jangan guna api kuat nanti bungkusan akan terbuka..
berpandukan pada pengalaman yang lepas api kuat habis terbuka semua bungkusan..
alhamdulillah kali ni memang cantik masaknya..
11 August, 2011
348. TEPUNG BUNGKUS BERBUKA KE 11 dan kimchi
JUADAH BERBUKA HARI INI KE 11 2011
Dibuat jam 1 petang 2.30 ptg dah siap ..wahhh nak tunggu jam berbuka 7.30 lama lagi tu... sabaqqqq....
alhamdulillah resepi ini juga menjadi selain resepi yg ilah jy reka cipta dahulunya sila klik siniutk resepi dulu.cuma berbeza kuantiti air sahaja. bahan nya sama. rasanya resepi tiada kat situ..cuma gmbr sahaja. mungkin terlupa kot...
JUADAH BERBUKA HARI INI KE 11 2011
meh sini ilahjy nak cerita sebelum masak2 utk berbuka.
salah satu kuih tradisional kedah yg paling ilah jy suka adalah tepung bungkus. kuih ini sering dibuat oleh nenek munah yg membela ilahjy. tapi sayang ilahjy tak pernah salin resepi. cuma ingat2 lupa bahan2nya. selepas ketiadaan nenek ilahjy cuba mereka sendiri resepi dan digunapakai sehingga hari ini. dah ada dlm N3 lama. cuma bancuhan nya agak lembut sikit dari resepi di atas. bahan2nya kebetulan sama sahaja.
semalam ilahjy lihat di dapo mas dunia ku ada buat kuih kegemaran kusss ini maka ilahjy cuba pula mengunakan sukatan dari dapo mas yg mas amek dari majalah saji. wahhh!! boleh tahan juga hasilnya... tapi tak dpt rasa lagi ni sebab masih belum berbuka posa lagi hehe kena tungguu laaa sabaqqqq je la mas oiiii...
mas, kak ilah cuba masukan inti nya menggunakan tepung pulut seperti nenek ajar. kak ilah tambah warna hijau supaya nampak meriah sikit..meh kita kongsi resepi yg ilahjy dah ubah suai sikit.. hasil cantuman resepi nenek dan mas duniaku..terpulang nak kongsi resepi mas ker atau yg ini..apapun sila ke dapo mas juga ya...layanzzzz....best kongsi resepi menambah elokan lagi hasil kuih kita..t.kasih mas...muahhh
1.bahan tepung:
1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan pekat resepi ilahjy /2 cawan resepi mas duniaku
secubit garam
caranya:
*ilahjy hari ini guna resepi mas(2 cawan santan)*
campurkan kesemua bahan kacau atas api sehingga pekat. ia berketul2 jgn risau masa kita kukus nanti ketulan akan hilang.
2.bahan inti kelapa:cara ilahjy
masak air gula merah sehingga mendidih masuk kelapa parut putih. dan bancuhan tepung beras utk memekatkan inti dan sedikit gula pasir. setelah kering bulatkan dan masukan ke dalam balutan tepung pulut seperti buat buah melaka.
3.bahan tepung pulut:cara ilahjy
sedikit tepung pulut dibancuh dgn air warna hijau. buat seperti buah melaka.
4.cara cantumkan kedlm daun pisang:
amek 1 sudu besar adunan tepung dan ratakan atas daun pisang letakan inti di hujung nya kiri dan kanan. tutupi dgn sedikit lagi adunan jika kurang. dan balut . kukus selama 20 minit.
TAMBAHAN JUADAH IFTAR KE 11 2011
tadaaaaa lagi tambahan juadah berbuka hari ini...baru masuk jam 6 ptg...
kimchi yg diperap beberapa hari lepas anak2 dok minta nak makan. wpun belum cukup hari perapan.. tapi wanginya sayur sudah cukup enak... kejaplagi tauuu laaa apa rasanya..
resepi kimchi ilahjy:
bahan:
beberapa helai daun kucai dipotong pendek
sayur kubis panjang basuh bersih
sapukan dgn garam disetiap helaian nya.
sila perap semalaman di suhu luar (bukan luar rumah tau..)
esoknya perah air garam guna sarung tangan.
sapukan cili disetiap helaian menggunakan sudu.
jaga kebersihan ya puan2 sebab sayur ini tak dimasak.
setelah itu perap kan ia ke dalam peti sejuk selama 3 hari ke atas.
keluarkan dan potong lah pendek2. sedia utk dimakan.
cili cara ilahjy:
2 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar ikan bilis
bawang besar
sedikit halia
caranya:
mesin kesemua bahan2 dan tumis sehingga masak. dan pekat. sedia utk digunakan. tak perlu garam sebab sayur dah masin.

dan satu lagi ikan pari kegemaran sisulung jihah dan abahnya, mama masak tumis asam ala
kari. resepi dah ada dlm N3 lepas klik kat ikan...t.kasih...
selamat menjamu mata emmm...
03 June, 2010
203. TEPUNG BUNGKUIH
salam sejahtera
maaf siaran terlewat dek kerana terluperrr hehe..
kuih ini makanan orang tua belah utara terutama negeri kelahiran kusss..
semasa aku masih sekolah nenenda kesayangan kusss sering membuatnya.. tapi aku tak pernah amek resepi... maka dgn akibat itulah kuih yg aku cuba buat nie tak menjadi... pernah 11 tahun
dulu aku dah mencuba mencipta resepi ni.. dgn sukatan yg agak ok la.. tapi hari nie..opppsss ptg semalam aku telah menambah jumlah santan maka terlembik lah sikit... dan intinya aku memang tak pandai membuatnya.. mungkin kena ubah dilain masa..balutinya dgn tepung pulut mcm buat buah melaka baru intinya tak berteraburrr...
kelapa nie aku amek dari kampung tentulah kelapa muda dan enak sekali, daun pisang nie pula dari mak cik sama2 taici di tasik keramat.. kami serang umah dia ramai2 g amek daun pisang.. aku siap kemaskan kebun mak cik F ni.. best... dapat bermesra dgn kebunan...
Subscribe to:
Posts (Atom)





