http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
IKLAN KE3 -ILAHJY
RESEPI SUMBANGAN JY
sahabat yg rajen bicara
AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.
SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.
SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.
ilah1908@gmail.com
jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.
TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***
RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA
KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013
SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
hari ini 7 feb 2017
|
Showing posts with label agar-agar. Show all posts
Showing posts with label agar-agar. Show all posts
06 May, 2025
13 September, 2018
23 April, 2013
498. AGAR-AGAR KEMENYAN
Alkisah hari Ahad. Hajat nak Makan Cendol tak tercapai. Ilahjy Ke Giant Setiawangsa Utk Membeli Barangan Dapur. Bila Terpandang cendol terus amek Pernh Sekali Beli Ok Jer. Nak Jadi Habuan Nasib Tak Baik. Dapat Cendol Berbau Hangit Dan Rasanya Macam Makan Arang Dan Ada Pula Serbuk Hitam Didalam Tepung Cendul Tu. Selepas Ditos Baru Nampak Keburukannyaa. Apa Nak Buat Tak De rezeki. Selalu Beli Buah2an Pun Sama. Asyik Terkena Yg Buruk Saja Wpun Dah Pilih.maklum Lah buah didalam Mana Nak Nmpk Buruknya...
Ilahjy Cuba Call IKS DI JOHOR pembuat Cendol Tu.. Tapi Yg Jawaab Seorsng Perempuan Cina Yg Tinggal Di BUKIT JALIL... apa Nak buat tak Boleh Lah Nak Buat Aduan..baiki Kualiti produk Mereka.lain Kali jgn Beli Lagi buatlah sendiri Bukan susah Sgt Pun... Disebabkan Air Gula Dan Santan Dah Disediakan Seawalnya. Sebelum Ditoskan Cendol, Maka Ilahjy Teruskan Projek Mekemenyankan Agar2 Ni. Ramai Rakan2 Blogger Telah Pun Membuat Agar2 Ni.. Mungkin Nama Yg Berbeza.. Mari Kita Lihat resepi ilahjy sediakan dibawah. Maaf Update Guna Galaxy Tab Samsung Lagi....tak Berapa Mahir Lagi Huruf2 Pun Membesar Sendiri Jnuh Nak Delete. Tak Larat Biarkn Ajeee..nanti Kena Cari Mana Nak Statikkn Keybod Ni..hehehe
Setelah Dibedah Siasat
Bahan-bahan:
10 Gm Agar2 Serbuk Plain
3 ketul Gula Melaka saiz Kecil
6 Sudu Besar Gula Pasir Tambah Jika Kurang Manis
2 Biji Telur ( kalau suka Nipis 1biji telur)
1 Kotak Santan
1 Liter Air
2 Cawan Air Untuk Memasak Air Gula
Daun Pandan
Perisa Vanilla
Sedikit Pewarna Coklat
Sedikit Garam
Caranya:
1. Panaskan 2 Cawan Air bersama gula2 dan daun pandan sehingga Cair dan Tapiskan
2. Masukan Telur Dan Dikacau Sehingga Telur Sebati.
3. Masukkan Santan Kacau Sebati
4. 1 Liter Air Dimasak Bersama Agar2 Sehingga Cair
5. Masukkan Campuran di Atas tadi Bersama Esen Vanilla Dan Pewarna Coklat. Masak Sehingga mendidih Dan Sentiasa Dikacau Supaya Tidak Melimpah. Setelah Timbul Butir2 Telur Padamkan Api.
6. Ambil 2 Sudu besar agar2 itu letak dalam bekas kecil utk Diuji Kekerasan @ kelembutannya. letak Dlm Peti Sejuk. Jika suka Lembut Perlu Tambah Air panas. Tak Perlu Panaskan lagi. Keras Atau Lembut bergantung pada Selera Masing2.
7. Sedia Untuk Dimasukkan Ke Dalam Acuan Kecil2 Atau Besar.
Selamat Mencuba.
13 November, 2012
461. AGAR-AGAR COKLAT
MINUM PETANG 13 NOV 2012
lama betul tak buat agar2 coklat kegemaran anak2 . dek ann anak ke 3 sejak balik dari bercuti selalu minta mama buatkan. dah beberapa minggu, petang ni baru teringat. terus buat kejap lagi lepas asar nak bawa ke hostelnya kat UIA.. sebenarnya ada 2 acuan ilahjy buat. nanti selepas betul2 beku baru ilahjy tayangkan di sini. sementara ni acuan kecil2 ni jer cepat beku.
nak siram dengan susu cair rupanya dah habis rupanya hentam susu pekat manis jer laa..sedap juga..
resepi yang biasa2 jer
agar2, serbuk koko,susu pekat, telur, tepung kastard dan gula
acuan yg baru beli hari ni..selasa...terus guna..tak berapa berkenan dgn bentuk ni tak lawa..huhu
12 August, 2012
436. IFTAR 22 AGAR2 KOKTAIL
bahan:
agar2 tali, coffemate,susu tepung everday, susu cair dan buah2an koktail...

pemanis mulut untuk dibawa ke masjid mindef petang semalam...iftar ke 22..

pemanis mulut untuk dibawa ke masjid mindef petang semalam...iftar ke 22..
sebab tu buat dua bekas... seronok berbuka di masjid dapat berjumpa dengan orang2 yang singgah lalu disini.. (musafir lah agaknya hehe)... waktu sahur pun ramai juga yg hadir... bermula jam 4 pagi sudah berada didalam masjid.. seronok betul tahun ini meriah sangat ramadan kali ini..berbeza dengan tahun sebelumnya...maaf bukan tujuan nak menunjuk2 kat dapo maya ni..tapi itulah hakikatnya...
22 July, 2012
424. IFTAR 2 2012. AGAR2, IKAN TONGKOL ASAM PEDAS KARI TERUNG
agar2 biskut harimau bergula melaka sebagai pembuka puasa hari ini
lauk pauk hari ini yg serba ringkas,ikan tongkol asam pedas kari, lala besar rebus dan sayur mayonis serbuk kari...




AGAR-AGAR GULA MELAKA PERASA BISKUT
bahan:
10 g agar-agar serbuk
1 cawan susu cair
1 cawan air
2 biji telur
2 ketul kecil gula melaka
2 cawan air
1/4 cawan gula pasir
sedikit garam
4 keping biskut coklat tiger
1 sudu besar serbuk koko.
caranya:
1. masak gula melaka dan gula pasir dengan 2 cawan air sehingga hancur tapiskan.
2. satukan agar2, susu cair, telur dan garam kacau sehingga sebati.
3. masukkan ke dalam air gula tadi. masak sehingga mendidih dengan api perlahan.
4. kisar biskut dan serbuk koko dan ayak.
5. masukan ke dalam agar2 tadi kacau sebati dan boleh diangkat. tak perlu mendidih lagi.
6. tuangkan ke dalam bekas yg digemari.

semua sayur dipotong dan direbus bersama air mengandungi garam dan sedikit minyak
toskan. campurkan mayonis dan serbuk kari gaul rata. campur sayur tadi.

lala besar masak rebus dgn serai

IKAN TONGKOL ASAM PEDAS KARI TERUNG
bahan:
1 ekor ikan tongkol hitam saiz sedang dipotong direbus dgn asam keping dan garam
7 sudu besar cili mesin
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih
1 sudu besaar halba
bawang besar
bawang putih
1 sudu besar belacan
1 sudu besar kerisik
caranya:
mesin kesemua bahan sehingga halus, tumis dengan minyak yg mencukupi sehingga garing
masukkan air rebusan ikan dan asam keping tadi masukkan terung dipotong bulat. rebus sehingga terung separuh empuk, kemudian masukkan ikan. rasa garamnya. masak sampai mendidih .sedia untuk dihidangkan.
15 October, 2009
148. AGAR-AGAR KERING bkt keteri
hari isnin 12 okto 09 ptg bertolak balik ke perlis jam 1.30pm sampai umah nenek saudara di bukit keteri jam 10mlm. (lewat sampai sbb singggah anak bukit taman aman a.s kedah beraya dgn pak njang kusss...)
bangun pagi selasa aku ternampak atas mejanya agar2 kering ni.. utk hantaran perkahwinan cucunya pada raya haji ke3 nanti . jam 1.30 ptg selasa kami bertolak balik KL semula..waduhh penatnyee.. sampai KL 7.30mlm...apa nak kata teman kan hubby kuss meeting kat sana.. kenderaan tak de driver jauh sekali...maka aku la jadi driver dia..skru driver dan segalanyee sejak tmpat baru ni...
aku pun segera amek pic dan resepi ni secara lisan jer.. tanpa salin resepi..
bahan:
1 paket agar-agar rm2
1 kilo gula pasir
2 paket kecil gula batu( harga 50sen sepeket)
air aku tak pasti berapa banyak.. lupa nak tanya huhuuhuuuu
caranya:
rebus kesemuanya bersama air sehingga likat dan tuangkan dlm bekas-bekas dan masukan pewarna..
setelah beku potong dan jemur bawah matahari sehingga naik bunga gula seperti digambar..
Subscribe to:
Posts (Atom)











