terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








26 May, 2012

402. NASI LEMAK RESEPI NENEK KUSSS...

jangan tertipussss ya bukan burger ya.. tapi nasi lemak ni ilah jy bungkus utk gotong royong blok kami kat bawah nun.... tak larat nak masak byk..sbb tiriod ni dah bersarang membuatkan akusss sakit kaki tuk berdiri lelama... takat yg mampu masak jer... darurat..guna pembalut burger yg dah lama ada.. hehehe...
dalam nasi lemak pagi tadi ilahjy tambah sebiji perahan buah oren utk menderaikan nasi dan mewangikan lagi...

sila klik di atas utk N3 tahun 2008... resepinya disana ya...


25 May, 2012

lagi lagi puri..resepi lain sikit....dari semalam


bahan2 yg ditambah: susu pekat, garam, marjerin dan telur... hari ni separuh kembung..separuh lagi slim melim ..tapi resepi smlam semua kembung2.. bancuhan semalam agak keras.. hari ni bancuhan lembut sikit.... kalu gelek molek tebal sikit supaya terasa dimakan/kenyang. kalu gelek adunan nipis sangat, masa sejuk mcm kayu hehehe...

UPDATE 28 JUN 2012

baru update 28 jun 2012 sumber terkini cara buat puri...t.kasih nieza dari blog nieza kak ilah terjumpa resepi mamak haji ni pasal puri
TERIMA KASIH MAMAK HAJI SAYA KONGSI KAN DISINI RESEPI TUAN...

TIP-TIP UNTUK MENYEDIAKAN PURI YANG TERBAIK:

PURI YANG SEDIA UNTUK GORENG.

Sebelum anda mula membuat puri, sila baca tip-tip mamak haji:

  1. Doh tepung puri yang telah diuli perlu diperam selama 20 minit disalut dengan kain lembab sebelum dikepingkan.
  2. Bila membuat kepingan puri jangan ditindeh satu sama lain. Gorengan puri perlu lakukan satu persatu. Meleperkan puri, gunakan sedikit minyak di atas permukaan papan peleper dari menggunakan tepung untuk mengelakan melekit dipemukaannya.
  3. Ini rahsia membuat puri yang lembut dan mengekalkan gelembung dalam keadaan panas dan sejuk. Semasa mengadunkan tepung gandum tambahkan 1 sudu besar tepung suji bersama dengan tepung gandum. Tepung suji kemampunan mengekalkan gelembung puri .
  4. Minyak gorengan puri perlu panas yang cukupsemasa gorengan. Minyak yang kurang panas akan menyerapkan minyak berlebihan dalam puri. Biasanya minyak panas perlu berada 375 F – 400F. Paras minyak dalam kuali perlu berada 3 inci untuk puri mudah terapong.
  5. Selepas masukkan puri yang perlu digoreng, beri sedikit tekanan dengan sudip ke atas gelembung pertama yang dihasilkan, supaya gelumbung keseluruhan di perolehi dengan baik. Puri yang baik adalah lembut, begelumbung sempurna dan ringan.

RESEPI ALU GOBI: PENCICAH PURI

Bahan-Bahan:

  • Rebus 5-7 biji ubi kentang sederhana besar, rebus sehingga empuk. Buang air rebusan dan kopek kulit kentang. Potong dadu. Asingkan.
  • 1 biji bawang besar dihiris halus.
  • 2 biji cili hijau dihiris.
  • 2 biji tomato dipotong dadu.
  • 1 sudu kecil (tsp) biji jintan putih.
  • 2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
  • 1 sudu besar (tbsp) serbuk cili.
  • 2 sudu kecil (tsp) serbuk garam masala.
  • 1 sudu kecil (tsp) garam.
  • 3 sudu besar minyak masak.
  • 1 pokok ketumbar. Asingkan batang dan daun. Batang dan daun dihiris halus.
  • 1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
  • 1 cawan kacang campur (frozen) sejuk beku. Direndam dalam air. Ditoskan.
CARA MASAK:
1. Panaskan kuali dan masukan minyak. Bila minyak panas masukan biji jintan putih dan bawang hiris. Bila warna bawang mula bertukar wanrna keperangan, masukkan batang ketumbar. Sekiranya anda tidak menyukai bau ketumbar boleh gunakan batang dan daun pokok daun sup.
2. Masukkan segera serbuk kunyit, serbuk cili dan garam.
3. Masukkan pes halia bawang putih, dan sebatikan semua rempah menjadikan pes.
4. Masukkan kacang campur dan gaul rata. Bila bau harummula dikeluarkan masukkan ubi kentang rebus dan sebatikan dengan perencah. Masukkan cili hijau an garam masala. Masukkan tomato dan gaul rata. Masak dalam 2-3 minit saja. Aloo Gobi anda sudah siap.
5. Tutup api dapur dan hidangkan dengan taburkan daun ketumbar yang telah sediakan. Jamulah dengan puri bersama dengan aloo gobi anda. Sekiranya anda tidak menyukai hidangan asli ini anda boleh juga jamu puri anda dengan sambal tumis ikan bils atau pun daging cincang. Bagi mamak haji ia lebih lazat dari menu vegetarian. Selamat mencuba. Seperti biasa kalau ingin penjelasan lanjut mengenai resepi ini bolehlah e-mail mamak haji : mohd.roslan99@gmail.com. Wassalam.

RESEPI MASAKAN INDIA: PURI

Resepi ini paling ringkas dan menggunakan bahan masakan yang kosnya paling minima. Untuk peniaga ia memberi keuntungan yang tinggi. Sesiapa yang berminat meniaga di Bazar Ramdhan nanti boleh tambahkan sebagai menu tambahan atau sampingan dalam perniagaan Bazar ramdhan. Jangan lupa cuba dari sekarang mendapatkan resepi yang tepat untuk perniagaan.

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan (cup) tepung gandum.
  • 2 sudu besar (tbsp) minyak masak.
  • 1/4 sudu kecil (tsp) garam.
  • 1 sudu kecil susu tepung (sekiranya anda ingin puri lembut dan berlemak).
  • 1/2 sudu kecil (tsp) gula.
  • Air suam Masukkan secukup untuk membuat doh.

CARA-CARA MEMBUAT DOH:

1. Masukkan tepung gandum, tepung susu, garam dan gula dalam sebuah bekas. Adunkan semua bahan-bahan ini supaya rata.

2. Masukan sedikit demi sedikit air suam dan uli tepung. Uli tepung sehingga anda mendapat doh seperti doh capati.

3. Biarkan keseluruhan doh tersebut di selimuti kain yang lembab selama 20 minit.

4. Bahagi-bahagikan doh itu beberapa bentuk bebola sama saiz yang berukuran sebiji buah lemon. (saiznya separuh dari saiz bebola roti canai atau capati. Titiskan beberapa titis minyak masak atas papan peleper (supaya tidak melekat) dan leperkan bentuk bulat bulat yang tebalnya sama ketebalan roti capati. Sekiranya anda tidak mempunyai papan dan kayu peleper (roller), anda boleh uli di atas keratas plastik dengan menggunakan botol bulat yang berbalut dengan plastik. Kalau mampu, dapatkan sebuah set peleper doh tepung yang sangat berguna di dapur anda.

5. Panaskan minyak dalam kuali dan mula goreng puri.Untuk gorengan yang terbaik sila baca tip-tip yang mamak haji berikan.


24 May, 2012

401. PURI GANDUM



sarapan kami sekeluarga pagi tadi adalah puri gandum...makan pula dgn sambal ikan bilis memang sedap ...


kali ke 2 mencuba tanpa guna resepi..terus menjadi.. kali pertama dulu guna resepi dari intenet....keras kelentung... dah nama pun tak pandai kan kan kan... orang lain buat lembut jer..tapi ilahjy buat anak2 tak jamah..

syukur hari ni tanpa guna resepi..sukatan pula main agak2 jer menjadi kesemua naik kembungggg macam pipi ilahjy hahahahahaaaa....

resepi balik nanti ya.. nak ke bank muamalat utk masuk duit ANAK ke 3 NAK MASUK UIA.....layannnzzzz dulu gambr2nya ya ...jumpa lagi petang nanti....

update jam 2.30 pm

bahan2 nya: maaf tiada sukatan angaran jer nie...

tepung gandum secukup utk ahli keluarga
air panas terus dari cerek.../termos... secukupnya

caranya:

ayak tepung gandum dalam bekas
masukkan air panas secukupnya sukatannya sama macam nak buat kulit karipap.

kacau dengan senduk kayu sampai rata. kemudian uli sehingga sebati (panas juga lah tangan)
bulat2kan kecil2 mcm kulit karipap.

gelek membulat dengan kayu. tabur tepung supaya tak melekat. setelah habis gelek baru di goreng dalam minyak yang panas..sampai kembung ... terbalikkan sehingga kekuningan...


sorang jiran ilahjy guna tepung attar..pun sedap juga.. lagi lembut dari puri gandum nie...

05 May, 2012

400. KUIH BAKAR LABU


apa khabar kalian semua yang sudi berkunjungan ke sini...

ilahjy macam biasa... on off jer sihat nie...semoga semuanya berakhir.... dengan baik.... minggu depan penuh debaran kerana akan ke pakar sugery....

tinggalkan bab itu semua manusia ada masalah tersendiri... walaupun begitu ilahjy sempat juga melayani citarasa ini.. nak makan kuih2 yang menjadi kegemaran selama ini. kuih2 bingka...
disebabkan cik labu masih ada lebihan buat talam beberapa hari lepas... maka petang semalam ilahjy merajinkan diri membuat pengat labu khas untuk en hb yang tak suka bingka2... kuih2 lembut... dan bingka labu untuk diri sendiri.. lepas masak makan panas mmg sedap.. lepas tu tinggalkan 1 acuan untuk sarapan pagi..eeemmm senang nak potong.. lembut gitusss... cuma kerak dia agak tebal... agak itammm cikit... dalam gambar menyerlah pula warna nya... hehehe...

macam biasa resepi2 cam gini pasti lah ilahjy amek dari dapo dek yatie sinar kehidupanku... yang pakar dalam kuih2 talam dan bingka... pada hal dah lama dah resepi ni disimpan dah lebih setahun rasanya.. baru nak mencuba.. cuma ubah bahan utamanya sahaja.. dari keledek tukar dengan labu... terima kasih yatie kak ilah kongsikan disini resepi untuk anak cucu kak ilah rujuk di masa akan datang..

mari kita lihat resepi yang dibuat separuh jer adunannya... nak buat semua takut tak habis... depa semua tak suka..adoiii aiiii anak2...

bahan:

1 cawan labu yang telah di rebus dan dilecek halus
2 biji telur
1 1/2 cawan santan
1/2 cawan gula
secubit garam
1 sudu besar marjerin
1 cawan tepung gandum

caranya:

campur kesemua bahan kecuali labu, kacau sebati dan tapis.
kemudian masukkan labu dan kacau seabti.
panaskan oven 190 darjah
sapu acaun dengan marjerin dan masukkan adunan
bakar selama 3o minit atau sehingga kekuningan atasnya.