terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts with label bingka. Show all posts
Showing posts with label bingka. Show all posts

18 March, 2019

996. CARA BERLAUK IKAN SARDIN JY











Resepi istimewa dari ilahjy...
Bingka berempah berlauk sardin

Adunan tepung sama mcm buat dadar atau cara..
Tengok gmbr kepekatan adunan.
Selalu ilahjy buat guna bekas blender cili utk sukatan.
Letak telur sebijik dlm bekas blender
Masukan air separuh bekas, tepung gandum tuangkan atas air menutupi 3/4 bekas blender tuu. Jika pekat atau cair tambah lah kmdian.
Letak garam, pewarna kuning, santan pekat 5,6 sudu, rempah beriani1sudu besar, rempah soto 1sudu besar.
Blend sampai  halus.
Tengok kepekatan yg sesuai. Adjust...

Dlm inti sardin masukan rempah kari ayam satu sudu besar, daun bawang, daun sup, garam, air asam limau.
Gaul sebati. Tak perlu masak. 
  
Panaskan acuan atas dapur gas. Tuang adunan 3/4 acuan. Masukan inti.
Bakar dlm oven suhu 170 selama 20mt.

19 February, 2018

922. BINGKA LABU




Bahannya:

400gm labu dikukus dan dilenyek halus
Bijan utk hiasan

A
2 biji telur
230 ml santan pekat
200 ml air
160 gm susu pekat
100 ml susu cair
120 gm gula pasir
300 gm tepung gandum
2 sudu besar minyak
1/2 sudu teh garam

Campur semua bahan tapiskan. 

Campurkan bahan A dengan labu.
Curahkan ke dalam loyang yg telah disapu minyak yg telah dipanaskan terlebih dahulu dlm masa 10 minit dlm oven bersuhu 160 darjah.  Bakar sampai 1 jam ikut  oven masing2.
15minit pembakaran keluarkan tabur bijan. Teruskan sehingga masak. Tambah sedikit masa api atas utk berkerak.






31 May, 2016

823. BINGKA JAGUNG

mohon izin kak sapinah ahmad ilahjy masukan copy resepi disini, moga mak cik manggis nyeeee blig diberkati.




ganti jus jagung campur air jadikan sukatan air pandan




02 December, 2013

550. BINGKA LABU DARA SUNTI

SALAM SEJAHTERA SEMUA PENGUNJUNG2 RSJY

ahad semalam balik ke melaka untuk kerja2 pembersihan ladang di serkam dan kebun semujok jasin. Teruk juga balik sekali sekala semak jangan cerita. Disamping tanam pokok2 buahan yg ilahjy semai sendiri.
Bila pokok labu ni kena baham mata mesin rumput maka kena bawa balik lah utk jadi habuan.. hasil tuaian pertama yang masih dara sunti lagi... hikhik..
Sebab tu tajuk bingka macam tu rupa.. apapun ilahjy nak ucap terima kasih pada yatie memories atas sumbagan resepi bingka labu ini. Amat cantik kejadiannya..
Tak sia2 ilahjy beri gelajaran padanya RATU TALAM... sampai dapat iktiraf semaya.. 



Alkisah pokok2 labu ini kena mesin rumput pada ahad semalam 1 dis 2013. Maka terpaksa bawa balik ke KL dari LADANG SERKAM. Berbaloi juga laa tanam bulan mei lepas. Tak sempat tua dah kena tebasss... kerja2 pembersihan ladang...

Sebenarnya labu yg masih muda dara sunti ni amat lah manis dan wangi rupanya dari labu yg biasa kita beli dikedai pasar dsbnya..
Tak caya mai rasa ..hikhik
Durian belanda yang comel tu dari kebun semujok,  bukan dari ladang serkam...

Bancuhan ditapis kemudian baru dicampur dgn labu lenyek


 RESEPI SUMBANGAN DARI YATIE SINAR KEHIDUPAN KU 

bahan:

2 cawan labu direbus dan ditos airnya dan dilenyek halus

2 cawan tepung gandum
3 biji telur
3 cawan santan sederhana pekat (ilahjy guna 1 kotak santan)
1 cawan gula
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
1/2  sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning
Sedikit bijan untuk taburan

Caranya:

Campur kesemua bahan kacau sebati dan tapis.
Kemudian masukan labu dan kacau sebati
Panaskan oven bersama loyang yg telah disapu marjerin
Setelah loyang panas Tuangkan adunan
Bakar selama 1 jam sehingga masak suhu 200 darjah
Jika suka kerak tebal bakar bahagian atas sahaja
Ilahjy tetap guna suhu yg sama cuma tambah masa sikit lagi
Jenama oven ELBA  amat baik hasil bakarannya.


04 July, 2013

515. BINGKA KACANG MERAH

 apakhabar  semua?  semoga sihat  ya.
ilahjy kolestrol   sudah  jejak paras  low jadi  tak  takut lah  nak  makan  kuih  bersantan  ni..  taram  je  laaa  sementara  low  kalu  dah  jadi high  langsung  tak berani tapi  tak  takut  hahahaa nak  jamah  kuih2  talam /bingka  berbagai2  ni.
hasil  simpanan  buku  resepi  dari  dapo  YATIE  MEMORIES  SINAR  KEHIDUPANKU
Ilahjy  telah  mencuba  bingka  ini.  terima kasih  kpd  yatie krn  bakat  yatie  dlm  kuih  talam2  ni  dpt  juga  kak ilah  merasainya..aminnn semoga  berkat  resepi  ini  dikongsi  bersama
maaf  ya  ilahjy  guna  loyang  paling  besar  maka  adunan kuih  jadi  nipis. sila  guna  loyang  yg  sesuai  ya  
 bahan:

1 cawan  gula
2 cawan  tepung  gandum
1 cawan  santan  pekat
2  cawan  air
(ilahjy  guna  separuh  kelapa perah  dgn  3  cawan   air)
2  sudu  besar  mentega
1/2  sudu  teh  garam
 1  tin  kacang  merah toskan  airnya dan  cuci  bersih

caranya:

satukan  kesemua  bahan  kecuali  kacang. kisar  sehingga  halus
masukkan  ke  dalam  periku  dengan  api  sederhana  panaskan  sehingga  naik  wap masukkan  kacang  dan  kacau sebati.
sapu  loyang  dengna  mentega panaskan  sebentar  dalam  oven
keluarkan  tuankan  adunan  tadi  
bakar  180  darjah  selama  1  jam  15  minit atau  sehingga  masak
akhir  sekali  dgn  api  atas  sahaja  bakar  selamat  10  mt  utk  keraknya    

18 June, 2013

512. BINGKA BISKUT 4 SEGI

HARGAILAH KESIHATAN SEMENTARA KITA SIHAT.

Beberapa Hari Malah Minggu Ini, Cuaca Di Kuala Lumpur Amatlh Panas Sekali.
Minum Air Kosong Dgn Byk Memang Tak Pernah Dilupakan.
Sejak Pulang Ke Kampung Di Alor Star Ilah Jy Diserang Membuang Air Kecil Yg Amat Kerap Sekali. Lebih 10 Kali Sehari. Setelah Pulang  KL. Seminggu Lps Tu Masih Juga Tak Berhenti, hari jumaat Lepas Anak Ke 2 Ku Pun Diserang Penyakit Yg Sama.
Terus Dihantar Ke Pakar Mizan... Mama Tak Pergi,  Anak Ilahjy disahkan Ada Jangkitan.. Selepas Itu Pada Hari  Ahad Mama Pula Makin Teruk..15 Kali Sehari.. Dah Tak Tahan, Malam Tu Ilahjy Diserang Kepala Pusing, macam Kipas Angin No 5 Berputar. Habis Keluar Apa Yg Dimakan. 4 Jam Teruk Ilahjy Diserang Pusing... Mungkin Cuaca Yg Panas Agaknya... Dan Mungkin Sebab Lupa Makan Tghari Ahad. Semasa  Anta Anak No 3 balik Ke Uia.
Jadi Hari Isnin semalam, Terus Ke Klinik kem Buat Ujian Urine
Sahhhhh!!!  Ilahjy Pun Sama Terkena Jangkitan Kuman Dan Ada Darah Dlm Urine.
Hari Ini Selasa Dah 2, Hari Makan Ubat Belum Pulih Sepenuhnya, Apapun Ilahjy Berdoa Semoga Kan Pulih Selepas Ni...

Tghari Tadi Tengok Kat Fb MARSHITAH Dek Mas Tayang Bingka Ni. Resepi Ni Juga Telah Dibuat Oleh Yatie Memories. Bila Tengok Resepi Ni Senang Terus Petang Tadi Ilahjy Blend Dan Bakar. Jom Lihat Resepi Mudah Ini. Terima Kasih Pada Dua insan Tadi. Atas Resepi Mudah Ini.mari Lupakan Seketika Kesakitan Ini. Semoga Akan Ringan Segala Dosa2 Ku..aminnn




Bahannya:

140 Gm Biskut 4 Segi 
85 Gm Tepung Gandum
3 Biji Telur
210 Gm Gula
710 Ml Santan @ Susu Cair  Ilahjy Guna Dua2 Sekali
1 Sudu Teh Garam
Pewarna Kuning
1 Sudu Besar Butter
Sedikit Bijan utk ditabur

Caranya:

Masukkan Kesemua Bahan Ke Dalam Pengisar
Kisar Sehingga Halus
Sapu Marjerin dalam Loyang
Masukkan Kesemua  Adunan 
Bakar 180 Darjah Selama 1 Jam Guna Api Atas Dan Bawah
Selepas Masak Padam Api Bawah 
Dengan Api Atas Teruskan Bakar Selama 10 Minit Utk Keraknya





05 May, 2012

400. KUIH BAKAR LABU


apa khabar kalian semua yang sudi berkunjungan ke sini...

ilahjy macam biasa... on off jer sihat nie...semoga semuanya berakhir.... dengan baik.... minggu depan penuh debaran kerana akan ke pakar sugery....

tinggalkan bab itu semua manusia ada masalah tersendiri... walaupun begitu ilahjy sempat juga melayani citarasa ini.. nak makan kuih2 yang menjadi kegemaran selama ini. kuih2 bingka...
disebabkan cik labu masih ada lebihan buat talam beberapa hari lepas... maka petang semalam ilahjy merajinkan diri membuat pengat labu khas untuk en hb yang tak suka bingka2... kuih2 lembut... dan bingka labu untuk diri sendiri.. lepas masak makan panas mmg sedap.. lepas tu tinggalkan 1 acuan untuk sarapan pagi..eeemmm senang nak potong.. lembut gitusss... cuma kerak dia agak tebal... agak itammm cikit... dalam gambar menyerlah pula warna nya... hehehe...

macam biasa resepi2 cam gini pasti lah ilahjy amek dari dapo dek yatie sinar kehidupanku... yang pakar dalam kuih2 talam dan bingka... pada hal dah lama dah resepi ni disimpan dah lebih setahun rasanya.. baru nak mencuba.. cuma ubah bahan utamanya sahaja.. dari keledek tukar dengan labu... terima kasih yatie kak ilah kongsikan disini resepi untuk anak cucu kak ilah rujuk di masa akan datang..

mari kita lihat resepi yang dibuat separuh jer adunannya... nak buat semua takut tak habis... depa semua tak suka..adoiii aiiii anak2...

bahan:

1 cawan labu yang telah di rebus dan dilecek halus
2 biji telur
1 1/2 cawan santan
1/2 cawan gula
secubit garam
1 sudu besar marjerin
1 cawan tepung gandum

caranya:

campur kesemua bahan kecuali labu, kacau sebati dan tapis.
kemudian masukkan labu dan kacau seabti.
panaskan oven 190 darjah
sapu acaun dengan marjerin dan masukkan adunan
bakar selama 3o minit atau sehingga kekuningan atasnya.


18 November, 2010

menu aidil adha

kuih bakar pandan jagung dan lemang kukus ilah jy
resepi ni ilah jy amek dari dapo mokwok
lemang kukus yang ni pula resepi ciptaan sendiri.. dan serunding daging dari kelantan

salam sejahtera semua
semoga sihat jgn ada yg pening2 lalat pula dek krn makan daging korban terlalu byk.. ilahjy mmg alah daging dah sekarang ni..sejak 2 bulan ni .. kalu makan walaupun sikit pasti kepala akan pusing 360* sooo lebih baik dijauhi sebelum keadaan lebih teruk..
hari ni ilah jy nak kongsi sikit menu dari sebahagiannya yg sempat dimuatkan.. disini..

seperti biasa mesti masak ketupat nasi/nasi empit dgn rendang ayam, tapi sayang ilah jy terluper nak amek gambarnya...

resepi lemang kukus:

dek kerana tak de daun pisang ilah jy kukus pulut lemak dalam plastik. kalu ada daun pisang bolehlah dibakar sebentar dlm oven barulah wangi ... pulut tu hendaklah dikukus dgn santan sehingga masak. kemudian dibalut dlm plastik dan dikukus selama 15 minit supaya ia padat. tu jer caranya...

kuih bakar pandan jagung tu ilah amek dari resepi mok wo.. ramai yg telah buat kuih ni.. pestime ilah jy try...mmg sedap dan enak.. yg pelik tu ilah jy taruh nama pandan jagung.. guna kala hijaooo tapi taruk jagung tin sebagai perasa.. muahhhhh sedapppp....lemak berkrimmm..nanti ilah jy minta izin mokwo nak cnp resepinya...

resepi kuih bakar pandan jagung ilah jy dah derhakakan resepi ini: maaf ya mok wo jom klik sin i utk resepi asal

KUIH BAKAR PANDAN JAGUNG

bahan:
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
3 biji telur ayam
1 cawan santan kara(1/2 kotak je) campur air supaya jadi 1 cwn
1/2 cawan jagung dlm tin
1/2 cawan air
pewarna hijau/kuning
sedikit garam

campurkan kesemua bahan dlm blender kisar sehingga halus. bakar dlm oven 180 selama 50 minit

16 January, 2009

55. BINGKA TEPUNG GANDUM..sumbangan jiranku di gerik

contoh jer ni....nanti ku masak..aku masukkan laa BINGKA TEPUNG GANDUM

Bahan:

4 cawan tepung gandum
2 cawan gula
6 cawan santan campur air daun padan dan garam

Caranya:

Blend sampai hancur dan tapis, kemudian bakar.