HARGAILAH KESIHATAN SEMENTARA KITA SIHAT.
Beberapa Hari Malah Minggu Ini, Cuaca Di Kuala Lumpur Amatlh Panas Sekali.
Minum Air Kosong Dgn Byk Memang Tak Pernah Dilupakan.
Sejak Pulang Ke Kampung Di Alor Star Ilah Jy Diserang Membuang Air Kecil Yg Amat Kerap Sekali. Lebih 10 Kali Sehari. Setelah Pulang KL. Seminggu Lps Tu Masih Juga Tak Berhenti, hari jumaat Lepas Anak Ke 2 Ku Pun Diserang Penyakit Yg Sama.
Terus Dihantar Ke Pakar Mizan... Mama Tak Pergi, Anak Ilahjy disahkan Ada Jangkitan.. Selepas Itu Pada Hari Ahad Mama Pula Makin Teruk..15 Kali Sehari.. Dah Tak Tahan, Malam Tu Ilahjy Diserang Kepala Pusing, macam Kipas Angin No 5 Berputar. Habis Keluar Apa Yg Dimakan. 4 Jam Teruk Ilahjy Diserang Pusing... Mungkin Cuaca Yg Panas Agaknya... Dan Mungkin Sebab Lupa Makan Tghari Ahad. Semasa Anta Anak No 3 balik Ke Uia.
Jadi Hari Isnin semalam, Terus Ke Klinik kem Buat Ujian Urine
Sahhhhh!!! Ilahjy Pun Sama Terkena Jangkitan Kuman Dan Ada Darah Dlm Urine.
Hari Ini Selasa Dah 2, Hari Makan Ubat Belum Pulih Sepenuhnya, Apapun Ilahjy Berdoa Semoga Kan Pulih Selepas Ni...
Tghari Tadi Tengok Kat Fb MARSHITAH Dek Mas Tayang Bingka Ni. Resepi Ni Juga Telah Dibuat Oleh Yatie Memories. Bila Tengok Resepi Ni Senang Terus Petang Tadi Ilahjy Blend Dan Bakar. Jom Lihat Resepi Mudah Ini. Terima Kasih Pada Dua insan Tadi. Atas Resepi Mudah Ini.mari Lupakan Seketika Kesakitan Ini. Semoga Akan Ringan Segala Dosa2 Ku..aminnn
Bahannya:
140 Gm Biskut 4 Segi
85 Gm Tepung Gandum
3 Biji Telur
210 Gm Gula
710 Ml Santan @ Susu Cair Ilahjy Guna Dua2 Sekali
1 Sudu Teh Garam
Pewarna Kuning
1 Sudu Besar Butter
Sedikit Bijan utk ditabur
Caranya:
Masukkan Kesemua Bahan Ke Dalam Pengisar
Kisar Sehingga Halus
Sapu Marjerin dalam Loyang
Masukkan Kesemua Adunan
Bakar 180 Darjah Selama 1 Jam Guna Api Atas Dan Bawah
Selepas Masak Padam Api Bawah
Dengan Api Atas Teruskan Bakar Selama 10 Minit Utk Keraknya
3 comments:
Salam Ilah, tak sihat ye? Patut la jarang nmpk kat instagram. Kakpb pun baru lepas demam dan batok. Siap injection lagi kat punggung.
Kakpb nak cuba la resipi biskut tu, tapi takde biskut 4 segi. Tukar biskut boleh kot?
salam kak..
kuih bingka ni memang sedap..selalu buat kuih ni dulu masa tengah rajin..heheh..
Bawa-bawa berehat ye Kak Ilah cayanggg... moga cepat sembuh.
Pernah tengok resepi ni kat dapur Yatie, puas membelek sebab nak buat juga tapi belum terbuat lagi... nampak sedapkan kak.
Post a Comment