rassam salah satu makanan kegemaran ilahjy. Emak ilahjy yang perkenalkan kpd ilah masa umur ilahjy 15 tahun. Disebabkan kawan2 emak ramai orang india banyak juga maskan india yang dibelajarnya.
Tetapi sejak berkawan dengan geng masakan di fb dan blog rassam telur telan diperkenalkan oleh ZZ ZALIEDA ZALIEDANA DARI PINANG. Ini makanan kegemaran zz dan suaminya.. emak ilahjy buat rassam kosong sahaja. Wah bila dicubai memang sedap... anak2 pun suka. Tetapi ilahjy buat agak pekat sedikit. Resepi ini pun ilah jy main hentam jee ingat2 lupa emak ajar.
Bahan2nya:
2 sudu besar rempah rassam.
Bawang kecik
Bawang putih
Halia
jintan manis
Biji sawi
Cili kering di gunting serong
daun kari
Asam jawa
2 biji telur
1 biji tomato
Caranya:
Tumiskan kesemua bahan sehingga wangi
Masukan sedikit air dan rempah rassam
Setelah wangi masukan air asam jawa secukup masam Dan garam dan sedikit gula.
Setelah mendidih, masukan telur dan tomato bajikan.
Setelah telur masak padam api. Rasa semua supaya seimbang.
1 comment:
tak peenah mkn lah kkak... rempah rassam tu camne yek? teringat lak cara selalu bt sambal telur hancur
Post a Comment