terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








07 April, 2012

N3 ke 2 pasal CANON... jgn mareee dah minat..

inilah dia bunga kerak nasi.. penghiasa taman tasik datok keramat... setiap kali berbunga pasti dipetik org..geram juga aku melihat gelagat mereka yg tak berhati perut...wangi nya amat kuat. jika dipetik habis lah ia rosak lah ia..mmg kejam betul..aku sekadar mencium....
bunga jarum kuning ditaman tasik datuk keramt
stok2 dlm rumah yg masih ada..
esok2 ilahjy akan cuba amek gmbr yg bunganya berwarna kuning pula...
pokok bongor...hampir ke pada dot dot.... ilahjy amat terpegun kecantikan bunga ini..sebelah blok kami jer ni..
masjid MINDEF YG terbaru ...
karikatur pokok yg unik
atap yg penuh kesenian..kenalan ilahjy yg empunya citarasa..dia yg membina taman ni...tahniah datuk ...
hari ke 2 ke taman tasik bersama canon...dalam redupan cuaca...semalam 6 april 2012 terang menderang

pemandangan dari kondo kami subuh pagi tadi 7 april 2011 bulan mengambang pak ngah lah yg balikkkk.....

lagi sekali ilahjy buat N3 kali ke 2 utk sibaru canon... nak maherkan diri dgn pelbagai cara.. entah bila nak pandai jika tak belajar dgn guru..tak gitu kawan2? kalu nak belajar kena keluar ongkosnya yg beratus juga..dah bertanya dgn tenaga pengajar.... kena simpan dulu niat tu.. dah habis modal kat sidia nie byk juga... maklumlah org tak bekerja berbelanja bukan bertambah malah akan berkurang...sapa yg nak jawab huhuhu...

06 April, 2012

DSLR CANON TERBARU KUSSS...

inilah dia ahli baru keluarga kami..CANON.. KE2 SELEPAS CANON DC DAH ARWAH..huhuu
nur liyana anak bongsu kusss yg paling mengilerrr nak mende alah nie...dah dpt senyum simpul siput.....
wah mabelesss disebalik sinaran pagi ditasik datok keramat..
pemandangan dari kondo kami dah 6 tahun memandang KLCC tah bila nak pindah dari sinii


jenuh melanggggutttttt nak amek mungeee nieeee atas nun dipagar kem..
fulamakkkkk bestlahhhhhh ada terang ada blurrrr hehehe
mungeee nie dipagar kem sebelah kondo kami
sengaja nak sinaran mentari dicelahan daunan yg dah arwah ni...
ilahjy terpaksa duduk diatas tanah utk amek posisi sipemalu ini ....huhuu
taman tasik datok keramat tempat aku berjogingg setiap masa terluang
pandangan hadapan di terjunan air yg telah lama tak dipasang..rosak ker???

ada kehidupan di sebalik pepohonan yg merimbun


syukur alhamdulillah dengan kehidupan yg ALLAH SWT beri kepada ku selama ini memanjangkan usia ku sehingga merasai kenikmatan hidup ini walaupun sering diuji dengan kesakitan yg bertimpa2 namun aku tetap tabah..
didalam merasai kesakitan dalam diri ini aku jua diberi rezeki berlimpah ruah dan dapat merasai apa yg dihajayati...

terima kasih ALLAH.. kerana memberi peluang aku merasai kemudahan dan peluang ini..dengan wang ringgit sendiri.. dan sudah tertunailah hajat dihati dan anak2... menggunakan dslr ini. walaupun agak ketinggalan dari org lain...

mari kita saksikan pos pertama menggunakan CANON ni yg belajar hanya dari kepandaian sendiri yg sememengnya tak pandai langsung hahahaaaa... nak kena belajar nie.... baru puas hati...
selepas nie ilahjy akan gunakan canon nie utk mengupdate masak seperti biasa yg dah lama tertangguh kerna kemalasan..dan kesakitan ituuuu....huhuu

23 March, 2012

392. KEK STOBERI BERKACANG SUJI..




satu lagi kek terbaru ilahjy...campuran kacang tanah dan tepung suji rasa lemak2 masam...hehehe masam bila terkunyah stoberi lah puan2...lawaklah ilahjy nie...

15 March, 2012

391. MASAK LEMAK NANAS

salam sejahtera kalian semua... ilahjy masak lemak nanas ini khas utk anak ke 3 yg sedang demam..dia tak leh makan pedas2..kegemaran dia adalah paceri nanas.. tapi tak mau la makan rempah2 dimasa demam ni.. setelah di masak dan dimakan mmg sedap juga la walaupun tiada ikan masin.... betul tak dek Ann???
makan malam tadi 14 mac 2012.

walaupun masakan ni senang tapi ilahjy masukkan juga utk tatapan anak2 kusss dimasa akan datang....

bahan:

1/2 biji nanas masak potong nipis
1 sudu kecil jintan manis
2 biji cili padi merah
sepotong nipis kunyit (jangan banyak2 nanti kuning sgt)
1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang serai (serai yg ilahjy kering dulu)
1 cawan santan pekat

caranya:
kisar kesemua bahan dgn air sehingga halus. masukkan dalam kuali bersama nanas masak sehingga bahan betul2 masak. baru dimasukkan pati santan dan garam.

05 March, 2012

390. PIZZA MERIAH GUNA BM

selepas dibakar dan d baru dihiasi dengan mayonis dan sos cili
sebelum di bakar lauk pauknya di lapisi bawahnya dng sos cili dan black paper sos

petang semalam Nur Liyana si bongsu kusss asyik merenggek mcm budak kecil nak makan donat. sampai mama nak tidur rebah badan selepas penat memasak tengahari pun dia tak kasi...mama kata nak mask donat petang sikit lah.. maka lepas solat asar semalam baru mula mengodek kat dapur.

sejak nov tahun lepas 2011 B.M direhatkan kerana Bm meragam tak mau berpusing untuk mengadun tepung. alhamdulillah baru semalam di ON kan BM tu mula bergerak semula.
sambil buat donut tu ilahjy amek sikit adunan utk di buat pizza. sebab stok utk hiasan banyak dlm esbok tu.. donat masak awal sikit dalam jam 6.30. tapi pizza ni siap dlm jam 9.

nampaknya pagi ini 5 mac 2012 pizza ini menjadi sarapan kami sekeluarga.. resepi mcm selalu ilahjy tak de sukatan, main masuk jer bahan2 ke dalam BM. kali ni adunan betul2 lembut sampai nak uli kena sapu tepung baru boleh adunan. maka hasilnya mmglah gebusss...

jom layan mata ....zzzaaaaasssss....

04 March, 2012

389. AYAM GOLEK ILAHJY

INILAH DIA AYAM GOLEK CIPTAAN ILAH JY PADA HARI NI..4 MARCH 2012
ayam yg baru dikeluarkan dari oven masih togel lagi... ada beza rasa antara rempah bersantan dan tidak bersantan kalian pilih mana satu maunya..
bahan perapan yg sudah dimasak bersama santan
ayam diperap bersama bahan2 perapan***ayam comel***

resepi ayam golek ciptaan ilah jy

1 ekor ayam paling kecil dalam 10rm
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula

bahan mesin halus mulus:

3 sudu besar jintan putih/kecil
1 sudu besar jintan manis/besar/kasar
3 biji buah keras /melemakkan
1 sudu besar rempah biji
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
3 batang serai
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih


1/4 cawan santan pekat

caranya:

1. perap bahan2 diatas bersama ayam. gaul rata2 dan masukkan bahan2 itu ke dalam perut ayam yg telah dikosongkan. selama 1/2 jam atau semalaman lagi sedap....
2. keluarkan kesemua bahan2 perapan tadi. masukkan ayam ke dalam loyang. bakar 250 darjah selama 1 1/2 jam. ikut kepanasan oven masing.
3. bahan-bahan perapan tadi hendaklah di tumis dalam minyak panas secukupnya, sehingga pecah minyak.
4. masukkan santan pekat dan sedikit garam, masak sehingga pekat dan masukkan sedikit jus limau. padam api.
5. keluarkan ayam yg telah masak tadi, masukkan ke dalam pinggan dan curahkan kesemua bahan perapan bersantan tadi.
sedia utk dimakan.....

anak2 cakap tadi masa makan: kenapalah mama ni masak sedap sangat..... nah kauuu habis seekor ayam comel tuuuu...hahahha maka perasan lah mamanyaaaa...kembang kempis kena puji...


03 March, 2012

388. LAGI KEK PENAWAR RINDU

mengekek pada petang 2 mac 2012... guna acuan ni utk dpt belangan mcm yat maria buat .. tapi tak secun yat maria buat huhuuuu..
resepi telah digunapakai semasa bersekolah menengah rendah dulu...teringat kat arwah tok munah suka makan kek ni..
http://ilahmasakanku.blogspot.com/2012/02/ilahjy-kembali-kek-penawar-rindu.html

sila ke N3 lepas utk resepi
cuma tambahan dan sedikit olahan seperti berikut ya puan2

telur ilahjy guna 5 biji yg asal 4 biji
gula ilahjy guna 3/4 cawan yg asal 1 cawan... manis nya sgt molek yg terkini..

yg lain semua adalah sama..

satu lagi kepanasan oven 160 darjah selama 40 minit
cucuk lidi uji.... tambah masa jika tak masak..

ilahjy masukkan sekali lagi resepi..supaya senang nak rujuk..dan telah diolah,,,tak pe resepi sendiri tak perlu minta izin hehehee,,,

bahan:

3/4 cawan gula halus
1 cawan marjerin
2 cawan tepung gandum
1 cawan telur/5 biji
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan susu pekat
warna yg digemari

caranya:

putar gula dan marjerin sampai kembang,
masukkan ovellet dan putar sampai gebu.
masukkan kesemua telur dan putar sehingga kembang dan gebu.
ayak tepung dan baking powder terus masukkan kedalam adunan bersama esen vanilla dan susu pekat terus diputar sehingga gebu. berikan warna ikut citarasa masing2.
bakar dalam kepanasan 160 c selama 45 minit.
kek ni mmg gebu dan mudah utk dibuat.

02 March, 2012

387,.. PETUA HILANGKAN LENDIR BENDI CARA ILAHJY

cuba jeling2 dekat2 lendir tiada.. bendi masih dlama kuali ni masih berasap....

kat bawah pula en2 bendi baru lepas ditoskan selepas menggunakan petua baru ilahjy cipta sendiri...
salam jumaat penghulu segala hari buat teman2 kusss sekelian.

hari ini ilahjy ingin kongsi bersama kalian petua baru utk hilangkan lendir bendi.
nak jadi cerita tadi semasa memotong bendi ilahjy macam biasa
mesti cuci bersih dulu**
supaya tak berlendir semasa memasak. terutama ketika mengoreng yg memerlukan sedikit air utk melembutkannya...pasti ilahjy
memasukkan sedikit perahan air asam jawa**
utk mengatasi masalah itu.. tapi yg pasti lendir itu tetap ada walaupun sedikit.. ini membuat kan en hb tak suka..

hari ni dgn kuasaNya ilahjy mendapat ilham baru dan telah mencuba, dan berjaya dengan cemerlang sekali. semasa digoreng dan dimasukkan air kesemua bendi2 tak mengeluarkan lendir sehingga kunyahan2 yg ilah jy lakukan semasa makan amat membanggakan tiada langsung rasa lendir bendi... alhmdulillah...

atau antara kalian ada petua yg nak dikongsi bersama???? jom masukan dlm ruang komen.. nanti ilahjy updatekan disini....
SEBELUM TU ILAHJY NAK RAHSIAKAN DULU APAKAH PETUA YG ILAHJY BARU DAPAT HARI INI...kita tungguuuuu....
kalau petua yg ilahjy buat ni sama dgn kalian tak peee... tak kisah..bukan ada pertandingan nak dipilih kasih heheheheheee...

**sabar menanti yaaaa....

diupdate pada jam3.25 petang...

PETUANYA SEPERTI DI BAWAH YA PUAN2 DAN TUAN2:

1. RENDAMKAN HIRISAN ATAU BENDI KE DALAM AIR YANG DICAMPUR 2 SUDU CUKA MAKAN. SELAMA 5 MINIT. SAMBIL2 SEDIAKAN BAHAN2 UTK MENGORENG.

2. TOSKANA AIRNYA. KEMUDIAN RENDAM KEMBALI DALAM AIR BIASA DAN KOCAK2 AIR ATAU RAMAS2 UTK MEBUANG SISA2 LENDIR.

3. ULANGI SEKALI LAGI UTK MEMASTIKAN LENDIR YG DEGIL ITU TERUS HILANG.

4.TOSKAN SEKALI LAGI DAH BOLEH DIGUNAKAN UTK DIMASAK.


tadaaaaaaaaa.... ada sapa2 yg telah menggunakan petua nie sebelum ilah jy menggunakannya??ilahjy terpikir masa nak dapat idea ni.. ilahjy tak suka masukkan asam jawa lagi dlm gorengan bendi..hilang rasa manis sayur.. kalu ikan ok juga laa.... ilahjy terus dapat idea nak rendam dlm cukaaaaa. itulah alkisahnyaaaaaaaa..terima kasih pada kwn di Fb kerana kongsi petua mereka yg tersendiri ...

selamat mencuba jika tidak berjaya jgn mareeee yaaaa adalah silap tang mana tuuuu hehehehe

26 February, 2012

386. IKAN MAYONG ASAM PEDAS BERAPI


sebelum balik ke MELAKA pada petang jumaat lepas sempat juga ilahjy masak utk ditinggalkan buat en hb dan najihah dan nur liyana yg tak ikut balik.
ikan mayong kecik2 ni dibeli di kedai ikan rakyat kat setiawangsa.. 3 ekor baru 7 rm jer..
sebenarnya en hb amat sibuk diawal tahun ni byk kerja dia kena sudahkan kena pula mengadap panglima bagi kerja2 dimuktamadkan...

jadi bila bapa en hb diusia 87 ni dah semakin uzur dan sentiasa keluar masuk sepital.. maka ilahjy amek kesempatan dgn badan yg sihat ni utk balik ke melaka dgn shafiqah(2) dan raihan (3) sahaja... dlm hujan yg lebat kami ber3 meredah dgn iringan doa en hb dan keluarga di kampung... alhamdullillah jam 4 bertolak sampai kg pulai jam 7.30 malam... siap merempit pula tu ilahjy dlm hujan tuuu... selalu tu ilahjy takut dgn hujan sebab cermin kurang jelas... tapi bila en hb tak de berani la pulaaa hahhaaa... hari sabtu petang setelah kerja2 dikebun selesai ..tanam 2 anak pokok lagi, sementara dah balik... 2 anak pokok buah yg ditanam 3 minggu lepas dah mati iaitu pokok pelam gajah dan nangka madu.. apa nak buat cuma harap hujan yg siram... nasib baik 18 anak pokok buah yg lain hidup...kesemua benih2 ilahjy hidupkan sendiri tanpa beli di pasar.

apapun moh kita tengok resepi asam pedah ikan mayong ni... en hb makan masa lepas pulang solat jumaat..dia kata pedas berapi.. dah lama kami tak makan pedas..kali ni ilahjy terasa nak tambah pedas.. maka itulah hasilnya.. meleleh peluh dibuatnya...

bahan:

1 ekor ikan mayong sederhana besar
5 sudu besar cili mesin
1 sudu besar serbuk kari ikan
6,7 biji cili padi
5,6 biji lada hitam
1/2 sudu teh halba
1 sudu besar jintan manis
1 inci halia
1 inci kunyit
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 kuntum bunga kantan potong tebal
1 sudu besar asam jawa
bendi

caranya:

mesin kesemua bahan sehingga halus.
tumis sehingga pecah minyak.
masukkan air asam jawa secukup masam.garam secukup rasa.
setelah mendidih masukkan ikan dan bunga kantan.
setelah ikan empuk masukkan bendi yg dipotong dua kacau sebentar tutup api .
ketuk serai utk sedapkan lagi kuah..

23 February, 2012

385.AYAM LAPIS KENTANG BAKAR

inilah hasilnya kalau dasarnya tak letak kentang.. hehehe... berair semacam jer ayam tuuu..adoiii aiii... lain kali kena ikut resepi yatie .... baru betoiii.. tapi yg kat bawah ni pun tak cukup.. berebut depa makan ....
bakar dlm kepanasan 200 c selama 1 jam atau sehingga garing/kekuningan atas kentang

sapu rata ke atas ayam sehingga menutupinya dan taburkan sedikit lada sulah

tuangkan kentang tadi ke atas lauknya
kentang rebus ditumbuk semasa masih panas bersama marjerin, sehingga halus baru ditambah susu cair secukupnya

sapukan marjerin pada loyang, masukkan kesemua bahan2 yg dah siap tadi
kacau sehingga rata dan tutup api
masukkan campuran sayuran, timun, tomato, daun2 bawang dan sup, cili merah ke dalam kuali berisi ayam
perapan ayam ditumis sehingga masak, bahan bersama,carot, bawang, serbuk sup dan daun selasih antara campurannya.

pernah 2,3 hari lepas nampak kat dapo kawan2 kita makanan nie. tapi malang tak print resepi... terlepas pandang agaknya.

malam tadi sewaktu masak terpandang kentang dlm petisejuk... dan isi ayam bahagian dada belu terusik... teringat gambar yg ilah jy jumpa tu resepi pula ilah jy hanya teringat secara rawak jer.. maka projek menghentam saja lah labu diteruskan.. maka terhasilah makanan yg tidak mengecewakan..anak2 4 org berebut makan sampai ada yg cakap..utk abah tak yah tinggal..nanti abah makan ikan jer..hehehe..dasyat tuuuuuuu...anak..anak..... akhirnya tinggal lah sikit utk abah jamah dgn nasi....

anak2 minta buat lagi.. apa lagi pagi tadi semasa ke pasar terus ilahjy beli 1 karung kentang. kerana yg ilah jy masak malam tadi tu tak cukup..sbb tu lapisan bawah tak dpt nak isi..sbb tu juga agaknya isi ayam berair.....

walaupun resepi ini atas daya olahan sendiri..anak2 cakap kentang yg dicampur susu tu amat sedap dan enak.. kalu dpt dibakar lagi garing atasnya mungkin lagi sedap... tungguuu ilahjy akan buat lagi sekali dgn SEKARUNG KENTANG yg ada tuuu..hahahaaaa..

selepas makan dan buka dapo maya..tup222 ilahjy terpandang dek yatie sinar kehidupan ku pun masak makanan yg sama..jika kalian mahu resepinya yg lengkap moh kita ke sana ya...

http://yatiememories.blogspot.com/2012/02/sheperds-pie.html
http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2011/10/shepherds-pie.html
YATIE cakap kat dapo ummi kuatan pun ada resepi ni..depa semua amek dari dapo kak liza..
apapun ilahjy masukkan link depa semua supaya ilahjy senang nak rujuk resepi yg sedap tu.. cuba tengok dapo ummi..walaaaaa mengancam tol.....
http://qurrataaayun.blogspot.com/2012/02/shepherd-pie.html
dan sorg lagi geng yg masak mende ni semalam ialah kat dapo tun telani...
kebetulan pula kami 3 org masak semalam... walapun ilahjy di barat yatie diselatan dan tun di borneo.. kita makan benda yg sama... tak gitu ...emmmm...

dek yatie manis kak ilah minta izin nak print resepi ..nak cuba satu masa nanti....
tapi yg kali ni kak ilah masukkan resepi kak ilah sendiri dulu...huhuuuu saja nak simpan utk tatapan sendiri..dan anak2 kussss... layanzzzzzz....

384. IKAN SELAR KUNING MASAK LEMAK ASAM MANGGA


pernah makan paceri mangga? sudah pasti kan... kali nie ilahjy cuba ubah pula asyik2 paceri... jemu juga... ilahjy cuba ubah selera dengan cara memasak lemak ikan dan dicampur dgn kepingan mangga dari kampung ...di ambil semasa kami balik 21 hb jan 2012, ada family day sebelah keluarga en hb kusss memang meriah sekali... nanti kalu ada peluang ilahjy akan buat N3 pasal tu pula...

alkisah semasa makan....en hb dia punyalah suka..sampai tambah nasi 3 kali.. hikhikk dia kata sedappppp..anak2 pun suka....

meh kita layan resepi ilahjy ni...senang jer...

bahan:

5 ekor ikan selar kuning
2 biji mangga dipotong nipis buang kulit dia sikit2 jer kalau buang semua nannti hancur pula
2 batang serai diketuk
1 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih* (ilahjy suka sgt masukkan bwg putih ada aroma dia..sedap kat tekak ni)
6-7 cili padi (ikut pedas)*
1 biji tomato potong 4
1 keping asam keping
kunyit hidup secukupnya*
1 sudu teh rempah sup*
santan pekat secukupnya

caranya:

mesin kesemua bahan sehingga halus. perhatikan bahan2 yg perlu dimesin.*
masukkan ke dalam kuali bersama serai,asam keping, garam,
panaskan sehingga mendidih dan rempahnya betul2 masak.
masukan santan pekat dan ikan, mangga dan tomato masakkah sehingga mendidih.
hendaklah sentiasa dikacau supaya santan tak pecah minyak.
rasalah masam masinnya...

emmmm mmg sedap.... inipun ilahjy masak semasa sakit hari tu...