http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
IKLAN KE3 -ILAHJY
RESEPI SUMBANGAN JY
sahabat yg rajen bicara
AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.
SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.
SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.
ilah1908@gmail.com
jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.
TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***
RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA
KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013
SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
hari ini 7 feb 2017
|
26 May, 2018
25 May, 2018
940. ROTI PARANG JY
Asyik2golok buh pula parang. Sebab parang dan golok lbh kurang jeee fungsi dan bentuknya kekeeee cendana kasih dgn dana duk tanya tuuuu hihiii
24 May, 2018
23 May, 2018
938. MASAK TUMIS JERUK PUCUKNUBI KAYU
Tumis ikan bilis sampai garing masukan bawang besar dan cili potong. Masukan air dan pucuk ubi kayu jeruk.
Sapa tak try resepi JERUK PUCUK UBI Niii mmg rugi seumo hidup....
Textline baru ilahjy.. sedap gilerssssmeratah non stop.. resepi sendiri...
Bahanya:
Jeruk pucuk ubi. Dibuang nasi nya sahaja dan air jeruknya. Basuh dan tos. Ambil cili dan bawang yg dijerukan bersama2.
Sejemput ikan bilis basuh bersih
Digoreng sehingga garing dgn minyak yg mencukupi
Selepas tuu masukan bawang besar dan cili merah dan cili padi yg dimayang.
Goreng sehingga wangi.
Masukan air dlm 2 cawan bersama daun jeruk tadi. Masak sampai empuk
Masuksn sebiji tomato potong baji
Masukan garam dan sedikit gula.. dah seimbang rasa padam api
04 May, 2018
937. JERUK PUCUK UBI KAYU
JERUK PUCUK UBI KAYU PULA
org buat kita tiru. Akhir kalam tak reti nak masak apa,6 hari baru buat.
Bahannya:
Pucuk ubi yg betul2 lembut. Dlm 20tangkai
1 cawan nasi
1/2 labu bawang besar potong baji
3,4 biji cili padi
Sedikit cuka ilahjy guna sbb mula2 perap nasi tak de.. slps sehari baru masuk nasi. Cuka tadi tak yah buang
Garam 1 sudu besar
Air bertapis dlm 2 cawan atau tenggelam pucuk ubi
Caranya:
Panaskan air bersama garam sehingga mendidih padam api.
Biarkan sebentar nak kurangkan panasnya. Dlm10mt Tapi jgn lah sejuk pula,
Masukan pucuk ubi dlm bekas tinggi mcm ilahjy buat.
Masukan cuka, nasi, bawang dan cili kesrmua diatas daun . Jangan gaul yeee
Tuangkan kesemua air tadi sehingga tenggelam. Tutup rapat setelah air menjadi betul2 sejuk. Setelah 5,6 hari baru kacau. Lps tuu simpan dlm petisejuk
Ilahjy tak reti msk masak apa, maka simpan dulu yeer..hehe
13 April, 2018
09 April, 2018
935. IKAN MERAH ASAM PEDAS TANPA CILI MERAH.
Bahan2nya:
Ikan merah 2 keping
2 btg serai ketuk
1 biji tomato potong 4
Kacang botor
Daun sup
Bahan mesin:
1 biji bawang besar
4,5 biji bawang putih
1 inci halia
Sedikit halba
Sedikit kunyit hidup
Caranya:
Tumis bahan2 diatas dgn serai sehingga pecah minyak
Masukan air, ikan, tomato garam, kacang botor masak sehingga ikan empuk.
Rasa seimbang semuanya.
05 April, 2018
934.SAMBAL BELIMBING VERSI JY
Pestime ilahjy online jual sambal belimbing ni.
Tak pernah terbayang di benak hati tujuan ini. Tapi syukur kustemer ulang oder. Mohon maaf jua resepi ni tak macam sambal yg ori dari rakyat negeri pahang.
Sedap dimkn dgn roti kosong dan mkm dgn nasi.
150gm hanya 5rm shja.
04 April, 2018
933. NASI HERBA JY
Lagi satu resepi nasi ciptaan ilahjy.
Sedap juga laaa, wangiii....
NASI BERHERBA JY
2 cawan beras basmathi
Halia, lengkuas, bawang putih, bawang besar, temu pauh, daun limau purut,
Ditumbuk mengunakan lesung batu sehingga lumat.
Panaskan minyak campur dgn marjerin, tumiskan bahan2 tadi sehingga betul2 wangi. Setelah itu masukan 2 sudu besar rempah sup, sebatang kulit kayu manis dan bunga lawang, dengan 1/2 cawan air rebusan daging, masak sehingga pecah minyak.
Dalam periuk rice cooker, masukan beras bersama air dan santan secukupnya. Lepas itu curahkan bahan2 yg ditumis tadi ke dalam periuk nasi bersama garam dan 3 biji perahan air limau kasturi. Masak lah seperti biasa.
02 April, 2018
932. UDANG TEMPOYAK BEBUAS
Pernah makan daun bebuas? Ilahjy buat masak lemak udNg tempoyak dgn bebuas.. fuhhh mmg sedap bertambah nasi...
Utk mkn sorg ye. Simple jee resepinya.
6 ekor udang besar.
1 helai daun limau purut
Santan pekat dlm 1 cawan
1 sudu besar tempoyak baru
20 tangkai pucuk bebuas.
Bahan mesin:
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
Sedikit halia
Sedikit kunyit hidup
2 cawan air
Panaskan kuali. Masukan bahan mesin. Masak sehingga mendidih dlm 10 mt.
Masukan udang sekejap kacau sehingga mendidih. Masukan pucuk daun bebuas. Tambah santan pekat dan garam. Kacau sehingga mendidih dlm 5 mt . Padam api.
20 March, 2018
931. AYAM LENGKUAS BIJAN
Lagi satu resepi ilahjy yg boleh tahan sedapnya hasil gabungan biji bijan dģn lengkuas juga cili kering goreng ranggup memang terasa pedasnya ditambahi lada hitam hahaa mauuu berdesing walaupun tak de cili lain.
Bahannya:
1 ketul dada ayam
1 ketul lengkuas muda
1 ketul halia
1 batang serai
1 labu bawang besar saiz kecik
Sedikit bawang putih
Blend bahan2 ini sehingga halus
Perapkan bahan mesin bersama ayam dan sedikit garam
Bahan tumisan
10 biji cili kering kerat 2
1 sudu besar lada hitam tumbuk
Sedikit minyak bijan
1 sudu bijan
Sedikit kicap cair
Caranya:
Panaskan minyak, masukan ayam tanpa bahan2 perap.
Goreng sampai keperangan, lepas itu masukan cili kering, lada hitam, dan bijan setelah garing baru masukan bahan2 perapan yg ditinggalkan tadi, kicap, sedikit gula dan sedikit air. Setelah mendidih seimbangkan rasanya.
14 March, 2018
13 March, 2018
929. TELUR DADAR BERTEPUNG JY
Satu lagi hasil kretip ilahjy
Memang sedap dan ranggup kalau diratah mau hbis 3 biji telur ni. Tapi cepat kenyang dadar ni. Try laaa baru tau. Idea datang tak kira masa.
Bahannya:
3 biji telur ayam
3 sudu besar tepung serba guna bestari
Garam tak perlu sebab tepung ni masin piang2
Hirisan bawang, cili, daun ketumbar
3 sudu besar air
Putar dengan garfu semua bahan
Panaskan kuali leper minyak lebih sikit daripada dadar biasa
Api kuat sikit drp biasa supaya telur jadi ranggup ditepi2nya
Tuangkan telur memenuhi kuali. Dalam 3 minit Lepas tuu slowkan api sedikit supaya telur masak sekata.
Duhaii syarikat bistari mohon kurangkan garam dlm tepung goreng yg sedap tuu.. pengguna boleh menambah garam bila perlu tapi bila terlalu masin dah tak boleh buang. Nak tambah tepung gandum nnti rasa ori resepi bistari dah tak ori.
04 March, 2018
928. ASAM PEDAS LEMAK KEMBONG JY
Hai2 hr ni cipta lagi satu resepi .ASAM PEDAS LEMAK JY
Ikan kembung belah belakang isinya. mcm nak terbang gitu2.., kawan belimbing buluh kuning... Ikat bengkung tegak badan lamaaaa nk masak sbb kurang upaya lagi ni. Sapa nk resepi?
Bahannya:
3 ekor ikan kembong besar belah belakang isi pisahkan drp tulang
1 labu bawang besar di baji nipis
Beberapa helai daun limau purut di koyak
10 biji buah belimbing buluh
5helai daun limau purut buang tulang tengah
3 btg serai
4 inci lengkuas seketul besar
2 sudu besar cili mesin
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Blend kesemua bahan sehingga halus daun2 limau akan terapung dlm kepingan kecil2 mencantikkan kuah
Panaskan minyak, tumis bahan mesin sehingga pecah minyak
Masukan buah belimbing sebiji sebiji
Tambah air secukupnya. Masak sampai separuh empuk belimbing tu
Masukan ikan bersama bawang baji tadi. Masak lg Sampai mendidih
Masukan garam dan pati santan setelah mendidih padamkan api.
02 March, 2018
925 .KACANG BOTOR AKA KELISA GORENG BERTEPUNG
Kacang botor ilahjy tanam sendiri ditepi pagar rumah.
Senang jeer bancuh tepung goreng ayam segera dgn air
Gaul sebati, celupkan kacang botor.
Goreng keperangan. Rasanya amat sedap macam mkn ayam juga...
28 February, 2018
924. ASAM PEDAS KELADI tanam sendiri
Bahannya:
2 btg keladi dicelur bersama asam keping ditoskan airnya
Beberapa keping ikan masin atau ikan bilis
2 sudu besar cili mesin
Sedikit belacan
1 labu bawang besar
Mesin dengan air secukupnya
Panaskan sehingga mendidih bersama 2,3 keping asam keping
Setelah itu baru masukan keladi. Masak sampai lembut dan rasa garam dan asam,
20 February, 2018
19 February, 2018
922. BINGKA LABU
Bahannya:
400gm labu dikukus dan dilenyek halus
Bijan utk hiasan
A
2 biji telur
230 ml santan pekat
200 ml air
160 gm susu pekat
100 ml susu cair
120 gm gula pasir
300 gm tepung gandum
2 sudu besar minyak
1/2 sudu teh garam
Campur semua bahan tapiskan.
Campurkan bahan A dengan labu.
Curahkan ke dalam loyang yg telah disapu minyak yg telah dipanaskan terlebih dahulu dlm masa 10 minit dlm oven bersuhu 160 darjah. Bakar sampai 1 jam ikut oven masing2.
15minit pembakaran keluarkan tabur bijan. Teruskan sehingga masak. Tambah sedikit masa api atas utk berkerak.
17 February, 2018
921. LEMPOYANG SAMBAL BILIS GORENG
Lempoyang dibersihkan buang kulitnya dan tumbuk halus perah airnya.
Sediakan sambal belacanb ikan bilis
Ikan bilis
Cili merah
Cili padi
Gula garam
Ikan bilis digoreng separuh ranggup.
Kesemua digoreng dgn sedikit minyak sampai separuh layu
Campur dan mesin sehingga halus. Campur dgn lempoyang tadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































