terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








24 July, 2023

1246. ACAR REBUNG BEREMPAH KE 9


setelah dicampurkan rebung madu
Ilahjy memang tak suka masukan bijan ye
Sebab arwah nenek memang tak suka bijan


 

20 July, 2023

1245.ACAR LIMAU LOBAK MASIN KE 8 19 BOTOL

 


Semua dicampurkan ikut giliran

jeruk Betik

Buah limau

 Boleh rujuk resepi di post yg lepas cari di label acar

15 July, 2023

1243. NASI AYAM PALING SEDAP ILAHJY


1.Cara sediakan ayam:

Belah 4 ayam

Rebus air bersama
2 btg Serai ketuk
Halia ketuk
Bawang putih ketuk

Bila air mendidih masukan ayam
Rebus sehingga empuk ayam
Masukan garam

2.Bahan rempah sup utk tumis:

Jintan manis
Jintan putih
Pelaga
Kulit kayu manis
Lada hitam

Serbuk sup 

3. Cara sediakan sup:

Panaskan minyak
Tumis kesemua bahan diatas 
Sehingga wangi 
masukan serbuk sup 
ikut kita suka berapa sudu serbuk sup. Lagi byk lagi pekat.

Tambah sedikit air rebusan ayam tadi
Kacau sehingga rempah masak
Tuangkan kesemua rempah tadi ke dalam periuk rebusan ayam tadi
Rebus lah lagi sehingga ayam betul2 masak

4. Angkat ayam ke dalam bekas lain.
Kuah rebusan tadi ditapis buang semua bahan yg ada didalam sup tadi
Tabur daun sup daun bawang sedia utk di makan.

5. Ayam diperap dengan :
Kicap pedas 
Kicap manis
Sos tiram
Sos perisa maggi

Panaskan minyak goreng sekejap je ayam dlm 2,3minit je. Jgn lama nanti hitam

6. Kicap ayam:
bahan perapan ayam ditambah juga sup ayam tadi dimasak sehingga mendidih

7. Bahan utk nasi ayam:

Beras basmathi di basuh bersih. Toskan

Bawang putih 
Halia yang banyak
Dimesin halus

Tumis dengan butter cup
Bila dah kekuningan masukan beras tadi
Goreng sehingga wangi
Baru masukan sup ayam tadi secukupnya bersama lemak ayam 
Masak nasi sehingga masak. 
Tambah garam jika nasi tawar

8. Cili nasi ayam bahan utk dimesin:

Cili besar
 cili padi
Bawang putih
Tomato kecil
Garam 
Gula
Jus limau kasturi

Masak kesemua bahan yg dimesin halus
Sehingga mendidih

Siap 













 

12 July, 2023

1241. UDANG HARIMAU GORENG KUNYIT


 paling simple resepi ni:

Panaskan minyak goreng kentang sampai empuk
Masukan bawang besar dimayang
Cili merah potong nipis
Masukan udang dan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng sehingga masak. Masukan sedikit air biar berkuah sedikit. Dah siap. 




 

11 July, 2023

1240. ASAM PEDAS TUKA anak pari

Sedap pula asam pedas tanpa halia ni. 


 
bahannya:

Bawang besar
Bawang putih
Cili kering
Jintan manis
ketumbar biji
Jintan putih
Lada hitam
Kunyit hidup

Bhn ketuk:
Serai, lengkuas dan daun limau purut.

Kesemua bahan diblend halus
Tumis dengan minyak yg mencukupi
Setelah pecah minyak masukan air asam jawa atau asam keping
Ketuk lengkuas masuk kedalam kuah
Daun limau purut
Serai diketuk
Garam 
Bila mendidih masukan ikan tuka.
 Masak sehingga ikan empuk. 





 

03 July, 2023

1239. IKAN PELALING SINGANG JY



bahannya:

Serai diketuk
 bawang putih diketuk
Cili merah dan cili padi dipotong
Asam keping. 

Resus semua sehingga masak baru masukan ikan. Masukan garam dan sedikit gula melaka.




30 June, 2023

1238. UDANG HARIMAU MASAK LEMAK DGN NANAS


bahannya dimesin halus:

Cili merah
 cili padi
Bawang putih
 bawang besar
Halia
Serbuk kunyit
Sedikit serbuk kari ikan

Rebus kesemua bahan mesin sehingga masak. 
Masukan nanas rebus lagi sehingga empuk.
Masukan udang dan santan dan garam dan daun limau purut. 







 

18 June, 2023

1237. PUCUK KELEDEK TUMIS CILI

 bahannya:

Pucuk keledek disimpan semalamam utk hilangkan getahnya

Tumis cili kisar bersama bawang dan bilis kiub cili mayang. Bila dah garing masukan air dan daun keledek masak sehingga daun lembut. 

Pucuk keledek merah ilahjy tanam sendiri dikebun



 

17 June, 2023

1236. UDANG HARIMAU BUTTER PRAWN



Bahannya:

Udang harimau di celup tepung dan digoreng

Cara buat telur: 
Sebiji Telur  di pukul
Tuangkan tinggi2 kedalam minyak panas
Pusingkan senduk sehingga telur hampir garing
Masukan buttercup, bawang putih mayang, Bawang besar mayang, daun ketumbar, cili padi potong dadu, daun kari goreng sehingga semua garing baru masukan udang.


 

07 June, 2023

1234. SAMBAL PUCUK UBI ilahjy CARA KE3













Bahannya:

Pucuk ubi di celur sekejap toskan
Goreng sehingga garing ketepikan
Udang kering digoreng sehingga garing dan di blend halus
Cili kering dan cili  padi dimesin 
Halus bersama bawang merah dan bwng putih

Caranya:

Tumis cili sehingga garing masukan garam dan sedikit gula.
Selepas tu masukan udang kering kacau rata
Masukan pucuk ubi dan gaul rata baru padam api. 


01 June, 2023

1233. GULAI IKAN TALANG MASIN DGN TIMUN


bahannya:

Masak kari seperti biasa tambah ikan talang masin dan timun kuning

Boleh juga dimasak cara tumis darat:

Bawang jintan halba biji sawi daun kari lada kering ditumis dgn minyak sehingga garing
Curah kesemua kedalam kari yg telah dipadamkan apinya. 





 

26 May, 2023

1232. KERABU KERANG AZ

 


Bahannya:

Isi kerang secukupnya
Ilahjy malas nk kopek
Ini pun dah cukup sedap

Bahan mesin halus:

Cili padi
Cili merah
Bawang putih
Jus limau kasturi
Kulit limau kasturi
Daun dan akar ketumbar
Daun ketumbar jawa

Sos ikan
Gula garam

Bahan hiasan lain:

Kacang panjang
Taugeh
Cili merah mayang
Tomato dipotong nipis

Caranya:

Campurkan kesemua bahan ke dalam isi kerang
Gaul rata rasa kan bahasa seimbangkan.
Bahan mesin tak perlu dimasak ye.

21 May, 2023

1231. TUMIS CILI PADI PUCUK MANIS

 
bahannya:

Pucuk manis

Ikan bilis
Cili padi
Cili merah
Bawangan 

Blend kesemua bahan.  Tumis sehingga wangi baru masukan pucuk manis.
Masukan air utk mngempukan daunnya.