SALAM HARI ISNIN SEMOGA KITA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN BUAT HARI INI DAN SETERUSNYA.. SEMOGA KITA MENJADI INSAN YG KEBAL DGN SEGALA CABARAN. AMINNNN..
alkisahnya.. sejak tahun lepas lagi ilahjy sudahpun menyimpan resepi ini dari dapo maya YATIE MEMORIES..SINAR KEHIDUPAN...SIMPAN punya simpan akhirnya oktober 2013 ilahjy sampai juga ke rumah YATIE.. kerana konvokesyen anak ke 2 ilah jy, di UTM skudai.. semasa menyamu selera di rumah yatie ilahjy dihidangkan dgn kek ini..baru lah dpt rasa..nak buat2 tertangguh2...
akhirnya malam tadi setelah beberapa bulan barulah ilahjy dapat mengukus kek ini dgn cemerlang sekali.. setelah disejukan semalaman pagi tadi barulah dipotong memang mabeleeessss hasilnya.. jom layan resepi yang ilahjy telah kopi dan pasta dari dapo yatie..terima kasih kerana perkongsian ini
sumber rujukan dari yatie memories... penghargaan buat mu dek http://yatiememories.blogspot.com/search?q=KEK+LAPIS++KUKUS+CREAM++CHEESE
MINTA IZIN YATIE KAK ILAH KOPI DAN PASTA RESEPI KE DAPO KAK ...sila klik di link atas utk ke resepi yatie yaaa...
BAHAN A
- 250 gm cream cheese
- 60 gm gula halus
- 1 biji telur
- 1 sudu besar air
- 1 sudu besar tpng gandum
- Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
- Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
- Biarkan sebentar.
- 2 biji telur
- 1 cwn gula halus
- 1 sk vanilla
- sedikit garam
- 1/2 cwn air panas didih
- 1/2 cwn cwn susu segar/cair
- 1/2 cwn minyak jagung/masak
- 1 cwn tpng gandum*
- 3 sudu besar sebuk koko*
- 1 sudu kecil baking soda*
- 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
- Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
- Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
- Masukkan air panas,susu dan minyak.
- Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
- Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
- Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
- Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
- Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
- Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
- Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
- Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.
5 comments:
assalam kak....nak tnyabla air yg dperlukan utk bahan A tu air biasa ke air sejuk dr peti ais??harap dpt reply dgn segera...kadar xcited nk buat ni membuak2....
waaa... nak nak!!
kepada tak de nama tuuu..ahaksss air biasa jer dekkk
gee....kasi alamat kak poskan kekeke
Assalamualaikum Kak Ilah,
arini pun Yatie buat kek ni gara2 tergoda tngk kek akak ni, lagi pun dah lama tak buat...cuti sekolah ni mmng kenalah buat kek...lagipun ada yg makan..kalau sklh kurang sikit kek2 ni...tq sudi mencuba dan kena dngn selera akak...cantik lapisan kek akak tu...
Mamamia cun ler kek ni - senyumsokmo
Post a Comment