Bayangkan saiz besen ini... gedabak punye besen tauuu...Doh kemain naik ...sbb terlebih kembang sbb g jogging dulu. 2 jam baru balik bentuk dan bakar
Bahan2nya: tiada penggunaan perangsang roti
400 gm tepung roti
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus
11 gm yis kering
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar nescafe
3 sudu besar milo
2biji telur
240 gm air ais
60 gm Marjerin
Caranya:
Ayak kesemua bahan2 kering. Masukan telur, air ais, gula, ke dalam BM
Kemudian masukan bahan2 ayak tadi
On bm uli sehingga sebati baru masukkan marjerin
Uli lagi sehingga licin.
Perap doh naik 2 kali ganda. Setelah itu tumbuk buang udara.
Bentukan doh mengikut bentuk yg dikehendaki
Perap naik sekali lagi, sembur air atas adunan. Hiasi atas roti mengikut selera masing2 . bakar dalam oven 160 darjah selama 25 minit
Nota:
Panaskan oven kosong selama 10 minit.
Matikan api atas. Masuk adunan bakar selama 10 minit. Selepas itu Sembur dengan air sekali lagi.
Selepas itu hidupkan api atas pula teruskan membakar sehingga masak. Sebelum padam api akhir. Sembur sekali lagi air.
Keluarkan terus sapu susu cair bercampur marjerin. Untuk mengilat dan mengedut atas roti.
No comments:
Post a Comment