Aiiii pelik nama resepi ilahjy kali ni? Sudahlah resepi pun pelik2 belaka. Yaaa itulah
Hakikatnya, ilahjy suka suki mencipta resepi mengikut tekak dan naluri. Alhamdulillah sedap dan menjadi pula. Kali ini resepi ini mengambil nama sempena perbuatan ilahjy ketika mengadun bahan2nya, jom lihat hasilnya.
Bukan kari, bukan sambal, bukan rendang. Rasanya cukup sedap. Hihiii....
Bahannya:
1 mangkuk sedang daging di potong dadu besar dan nipis
2 sudu besar serbuk cili
Sedikit Renjisan serbuk2 lada hitam, lada putih, rossemary, mastard
Renjisan ini bermaksud bahan2 di dalam botol direnjis masuk dalam 3x renjis
Bahan mesin:
1 inci Kunyit hidup
1 inci Halia
1 biji Bawang besar
5 ulas bawang putih
Garam
caranya:
Kesemua bahan di perap bersama daging selama 20 minit atau lebih
Tumis sehingga pecah minyak, masukan air masak sehingga daging empuk dan pekat.
2 comments:
wah ilah dah rajin mereka cipta resepi nooo, tengok pun mcm sedap ja ni
Apa kurang nya tokmak..segan ilah dgn chef kita niii hihihi
Post a Comment