terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








19 April, 2014

615. KENTANG BAKAR BERINTI CARAKU

Satu hari..ilahjy pergi ke giant setiawangsa tempat shopping2 yg paling pantas nak cepat balik.. kalu pergi eonbig alamat melekat 1,2 jam. Sambar2 je barang yang nak beli.. tetiba terpandang si gedabak bersaiz giant ni.. terus beli. Teringin nak bakar macam rakan2 dialam maya buat.tapi resepi tak tahu yang mana satu.

Seminggu berlalu ubi ini masih belum di laksanakan projek mega itu.
Mega sebab bukan senang nak membakar selama berjam2 untuk memasakan dalaman kentang itu perlukaan kesabaran.. resepi pun di cari cari cari berbeza-beza semua yang ada  1 pun tak berapa berkenan dihati. Akhirnya  cipta resepi beraSaskan citarasa sendiri berpandukan juga cara memasaknya saja.
Jom kita tengok apakah bahan2nya..jika tak de masa jangan buat yee..hehee




Cuba lihat saiz kecil yang biasa kita guna bezakan dengan sigedabak ni hehe



Kentang dibersihkan dan dicucuk2 dengan garfu sekelilingnya
Sapu garam dan butter/marjerin/minyak masak
Bakar selama 1 jam atau sehingga dicucuk dengan garfu mudah tembus itu tanda dah masak. Suhu 200 darjah.

Keluarkan sejukan seketika sebelum dibelah dua sebegini rupa. Sila guna pisau seramik atau pisau paling tajam
Korek dengam sudu bahagian tengahnya membentuk kawah
Simpan isi kentang untuk dibuat intinya
Alas bawah kentang dengan aluminium foil supaya bentuk kentang kekal cantik ketika proses membakar

Sementara kentang tadi dlm pembakaran
Mari kita sediakan inti daging yang paling mudah ini.

Daging segar 1/2 cawan diblend bersama bawang besar dan bawang putih juga 1 sudu besar rempah sup bersama sedikit air sehingga hancur halus.
Tumiskan sehingga wangi dan masak sehingga kering sedikit airnya rasa garamnya.

Masukan daging tadi dalam bekas dan ambil isi kentang yang dikorek tadi lenyek2 sehingga halus dan sebatikan dengan daging tadi.



Padatkan inti ke dalam lubang kentang tadi.
Potong tomato kecil bulat2 atur atas daging tadi  bersama hirisan daun bawang atau leek.
renjiskan serbuk aregano, lada hitam, lada putih

Parut cheese ke atasnya. Ulangi renjisan bahan2 tadi lagi sekali.



Kemudian  bakar suhu 200 darjah sehingga  cheese bertukar warna perang
Ini menandakan  kentang ini siap untuk dihidangakan


 Makan dengan sos yang dibuat sendiri lagi sedap.








614. ROTI KENTANG DARI ADUNAN DONUT

Roti ini juga hasil daripada adunan donut yang ilahjy buat 1 adunan dibahagi 2
1 utk donut dan 1 lagi utk roti
Walaupun resepi masih campak2 hasilnya tetapi membanggakan mungkin penggunaan telur yang lebih menyebabkan adunan kekal lembut keesokannya masih melantun2 bila dipicit antara 2 jari, sebenarnya buat roti ni tidak la sesusah mana., semua hasil olahan yang baik maka jadi lah ia terbaik..
Yang bestnya roti ini selepas dibakar bila ilahjy lambungkan ditapakvtanfan, ia ringan macam 50gm beratnya pada hal besar juga.





Bahannya campak2:

3 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis
4 sudu besar gula
2 biji telur
Air ais secukupnya
2 sudu tepung susu
1 sudu teh baking powder
2 biji kentang rebus dilenyek  halus

Caranya:

Campur kesemuanya dalam bm uli sehingga sebati dalam 20 minit tak perlu anjal. Roti tetap gebus dan mulus.

18 April, 2014

613. DONUT UBI KENTANG 2 BIJI TELUR

Tepung ada sedikit tapi nak juga makan donut kentang.. malas nak buka resepi. Apa lagi, tabiat biasa diteruskan. Resepi campak2 ni tetap unggul di hati... tak pernah keciwakan ilahjy. Adunan ini ilahjy bahagi dua dan dijadikan roti bertahta cis, badam, gajus. 1 adunan lagi donut. Ilahjy cuba menggunakan 2 biji telur yg sepatutnya sebiji shj.
Mungkin sebab tu donut ini lembut dari maghrib sampai zohor keesokannya.
Donut masih panas guling dalam gula.. memang cair laaa huhu 

Bahannya campak2:

3 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis
4 sudu besar gula
2 biji telur
Air ais secukupnya
2 sudu tepung susu
1 sudu teh baking powder
2 biji kentang rebus dilenyek  halus

Caranya:

Campur kesemuanya dalam bm uli sehingga sebati. Keluarkan dek kerana bm meragam, ilahjy uli dengan tangan dalam 20 minit tak perlu anjal. Donut tetap gebus dan mulus.

612. APOM LENGGANG LAGI SEKALI






16 April, 2014

610. SPHAGHETI CENDAWAN TIRAM SEGAR

Halal lagi suci sedap bersaji....
Semua tak mustahil. Makanan omputeh ni boleh sahaja kita pelbagaikan
Ini sarapan kami anak beranak. Resepi yang lama tentu tak sama dengan yg ini
Semua bergantung kepada mood dan bahan yang ada di dapur.



Bahan2 kuah:
Resepi ciptaan ilah jy


5 ulas bawang putih tumbuk halus
1sudu besar lada hitam tumbuk halus
1 kiub ayam
Minyak dan marjerin untuk menumis
2 sudu besar tepung gandum

2 batang Sosej ayam 
2 keping kepingan ayam
5 keping cendawan disiat
1 biji tomato segar dadukan
1 biji bawang kuning holand dadukan


Sphagheti secukupnya

Caranya:


Tumiskan bawang putih dengan lada hitam sehingga kuning dan wangi
Masukan kiub ayam kacau rata
Masukan  tepung gandum kacau rata
 Masukan air secukupnya
Masukan kesemua bahan2 yang tinggal.
Masak sehingga mendidih kacau sehingga tepung tidak berketul 
Kalau nak pedas buat jeruk cili...

609. SOS TAKOYAKI CARAKU




Sos takoyaki ku

Cili kering secukupnya
5 ulas bawang putih
1 keping halia
5 biji cili  padi

Sos cili
Sos tomato
Kicap

Blend sehingga halus, Masukkan ke dalam  periuk, bersama sos cili, sos tomato dan sedikit kicap. Masak sehingga cair dan mendidih.

Bahan tepung:

Tepung gandum
Sebiji telur
Air ais
Lada sulah
Kiub ayam
Sedikit kicap untuk beri warna

Caranya:

Blend sehingga sebati. Cair sedikit dar dadar. Jika terlalu cair adunan takoyaki akan lembek. Jika sedikit pekat tako kenyal dan enak.


15 April, 2014

608. JUS BUAHAN CAMPURAN

Hari ini amat teruja nak buat jus campuran ni,, sehingga terlalai mengunci betul2 pengisar buah2an tu. Setelah putaran akhir dan dah siap untuk hidangan makan tengahari.. tetiba montot blender tu tercabut..semasavilahjy nak keluarkan dari mesin. habis terburai jus yg teramat sedap dan enak tu.. apa nak kata tak de rezeki..
Nasib baik masih ada baki buah2an, ilahjy teruskan lagi sekali hajat nak minum jus mabelesss ni... jom layannnn...jus terbaik dari ilahjy..


Bahan2nya:

2 biji epal didadu
1 biji buah kiwi buang pulur dan biji hitam
4 sudu besar gula
1/2 cawan susu segar
4 sudu besar jus mangga sunkist
Air secukup utk memesinnya
Ais kiub 1 cawan

Caranya:

Blend kesemua sehingga hancur
Akhir sekali tambah ais kiub (tak termasuk utk mesin yee ) untuk mencantikan menyejukkan lagi jus.
Lepas tu rasalah keseimbangan jus ini. Tambah lah apa yang patut...

14 April, 2014

607. SAMBAL BELACAN

Tak de sambal yang lain yang boleh menawan selera ilahjy.. melainkan sambal belacan adunan sendiri.. sejak darjah 5 lagi arwah nenek telah mengajar ilahjy menumbuk sambal belacan ini... ada satu lagi sambal belacan yang ilahjy reka sendiri masa tingkatan 3.. nanti  ilahjy kongsi dilain masa yee..
Bukan nak memoje diri.. tapi masing2 punya selera sendiri.


Bahan2nya:

3 biji cili merah 
2 biji cili hijau
5 biji cili padi
Belacan sebesar 3 jari
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 biji tomato

Jika perlu masam tambah jus limau

Caranya:

Blend kesemua bahan sehingga hancur rasa asam masin manisnya.



606. IKAN TENGGIRI MASAK KURMA

Masak kurma adalah salah satu lauk pauk kesukaan ilahjy. Jemu makan ayam ilahjy akan gantikan ikan. Yang pasti ikan tenggiri sahaja yang sesuai..
Jom kita ligat resepi ilham rasa ilahjy sendiri.


Bahan2nya:

4 keping ikan tenggiri

2 sudu besar rempah kurma
Bawang kecil, halia, bawang putih dimayang
2 kuntum Bunga lawang 
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Sedikit jintan manis
Sedikit halba
Sedikit biji sawi


2 keping asam gelugor
Santan pekat  secukupnya


Daun limau purut
Cili hijau potong serong
Cili merah potong serong

Caranya:

Tumiskan kesemua bahan sehingga kekuningan dan wangi
Masukan sedikit air dan serbuk rempah kurma
Setelah pecah minyak masukkan santan, ikan, asam, cili2, daun limau dan garam
Masak dengan api perlahan sehingga semua empuk.


13 April, 2014

605. KACANG KUDA REBUS DAN GORENG BEREMPAH

Hasil dari perkongsian che mat adnan ibrahim di fb..terus ilahjy laksanakan projek ni... walaupun tak ikut 100% resepi cm.. tapi blog cm menjadi rujukan bgmana kekacang ini di masak... terima kasih che mat pemangkin kepada resepi ini.




Bahan2nya:

3 cawan kacang kuda rendam semalaman
Sedikit kunyit serbuk dan gula juga garam.

Rebus sehingga empuk, tos airnya.
Sediakan bahan2 untuk mengoreng kacangnya

Bahan:

Cili kering potong serung
Biji sawi
Jintan manis
Jintan putih
Bawang putih 
Bawang kecil
Serbuk sup
Serbuk kari

Caranya:

Tumis semua bahan sehingga kekuningan dan wangi
Tolak tepi kuali, masuk sikit air dan rempah2
 masukan kacang baru tolak turun semua bahan2 ke tengah kuali dan gaul rata
Teruskan mengoreng sehingga sebati sekata.

604. IKAN TEMENONG BERCILI, IKAN MAYONG KARI, SAMBAL UDANG LENGKUAS dan SAYURAN

Lauk pauk untuk makan malam



Bahan2 ikan bakar:

3 ekor ikan kembong 
1 keping lengkuas
1 keping halia
3 biji cili merah
1 biji  cili hijau
3 biji cili api
5 ulas bawang putih
Belacan sebesar ibu jadi

Kesemua bahan di mesin halus
Gaul sebati bersama garam
Perap sebelum  di bakar..



Kepala Ikan mayong masak kari dengan terung


Resepi udang sambal cara ilahjy:

Cili kering secukupnya
Bawang besar
 Bawang putih
Sekeping lengkuas
Sekeping halia

Bahan sampingan:

Leek dipotong 
Tomata dibaji
Daun ketumbar


Sayur campur

12 April, 2014

603. BBQ UDANG DENGAN SOTONG





 

Bahan2 perapan:

1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 keping lengkuas
1 keping halia
6 ulas bawang putih

Ulaman untuk hujung dan pangkal lidi:

Timun dan nenas

Caranya:

Kisar sehingga halus gaul ke dalam kesemua bahan2 dengan sedikit garam dan perap seketika. Cucuk dengan lidi satay dan bakar dalam kuali non stick.

602. ROTI KOKO. PERTUKARAN BAHAN UTAMA.

Sengaja ilahjy nak menguji adunan  roti yang halus mulusss tempoh hari dengan menukar  bahan utama iaitu tepung roti diganti dengan tepung gandum.
Kejadiannya agak kurang memuas hati. Tapi bolelah tahan lembutnya.
Apapun yang terbaik resepi asal. Mungkin pada pengolahan bahan utama ini, penggunaan air kena lebih kan sedikit sebab penambaahan serbuk koko mungkin menyebabkan agak tidak mulus...











Bahan yang ditambah:

2 sudu besar jus oren sunkist
4 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar nescafe


Bahan2nya:

400 gm tepung roti ganti tepung gandum
150 gm tepung gandum ganti tepung roti
75 gm gula halus
18 gm yis kering
10 gm bread improver
10 gm garam
20 gm susu tepung
1 biji telur
240 gm air ais
 60 gm Marjerin

Caranya:

Disebabkan resepi ini tidak disertakan bersama bahan maka ilahjy buat ikut cara sendiri.

Ayak kesemua bahan2 kering bersama garam.
Masukan telur, air ais, gula, ke dalam BM
Kemudian masukan bahan2 ayak tadi 
On bm uli sehingga sebati baru nasukkan marjerin
Uli lagi sehingga licin.
Perap doh naik 2 kali ganda. Setelah itu tumbuk buang udara.
Bentukan doh 50gm kerana adunan ini genap 1000gm=1kg.
Perap naik sekali lagi, sembur air atas adunan
 bakar dalam oven 160 darjah selama 25 minit

Nota:
Panaskan oven kosong selama 10 minit.
Matikan api atas. Masuk adunan bakar selama 10 minit. Selepas itu Sembur dengan air sekali lagi.
Selepas itu hidupkan api atas pula teruskan membakar sehingga masak. Sebelum padam api akhir. Sembur sekali lagi air.
Keluarkan terus sapu susu cair bercampur marjerin. Untuk mengilat dan mengedut atas roti.


Butterscoth sos:

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan air
1/2 cawan butter ilahjy guna marjerin
1/4 cawan gula
1/4 tepung jagung

Campur kesemua bahan panaskan sehingga pekat.
Ilahjy sejukan dan simpan selama 20 minit dalam peti sejuk untuk memekatkan lagi sos

SOS COKLAT LELEH CARA ILAHJY:

4 SUDU BESAR SERBUK KOKO 
2 SUDU BESAR MILO
4 SUDU BESAR GULA
1/2 BAR COKLAT MASAKAN
2 SUDU BESAR MARJERIN
2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
Susu cair 1/2 cawan anggaran boleh mencairkan bahan
Sedikit garam

Kacau sembati kesemua bahan panaskan dengan api yg paling kecil
Kacau tanpa henti sehingga mendidih dan pekat
Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit. Sedia untuk digunakan.


********

Butterscoth cara 2:

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream @susu cair
Secubit garam
25 gm butter
1/2sudu teh esen vanilla

Caranya:

Panaskan susu, masuk gula kacau sehingga cair sehingga cair
Masukan garam dan esen juga butter kacau selalu sehingga semua sebati.
Sedia untuk digunakan.


*******
Butterscoth cara 3:

1 tin @400 gm susu pekat
200 gm whipping cream @susu cair
30  Gm Butter


Caranya:

Panaskan susu sehingga perang tanpa henti dlm 10 mt
Masukan whipping cream dan mentega kacau sampai pekat sedia untuk digunakan.

11 April, 2014

601. RENDANG DAGING

Sebenarnya rendang daging ini dimasak pada hari yang sama dengan serunding ikan. Kerajenan tahap gaban hikhik.. sebab tu boleh dikatakan macam sambutan raya pula. Menu raya bole je dijadikan juadah harian janji rajen dan malas nak masak lauk pauk harian tuuu yg banyak nak dilayan.. jom layan resepi  citarasa sendiri...  kena pula beras wangi..memang sedap laaaa







Bahan rendang cara ilahjy:

Daging di potong ikut selera

Cili kering secukup pedas
5 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 labu bawang besar
6,7 ulas bawang putih
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
Garam, gula,  asam keping
Santan pekat secukupnya
Daun limau  purut

Caranya:

Kisar semua bahan sehingga halus, perap dengan daging 1,2 jam
Tumis sehingga  pecah minyak. Masuk asam garam gula daun limau purut dan santan. Masak sehingga empuk.