Tepung ada sedikit tapi nak juga makan donut kentang.. malas nak buka resepi. Apa lagi, tabiat biasa diteruskan. Resepi campak2 ni tetap unggul di hati... tak pernah keciwakan ilahjy. Adunan ini ilahjy bahagi dua dan dijadikan roti bertahta cis, badam, gajus. 1 adunan lagi donut. Ilahjy cuba menggunakan 2 biji telur yg sepatutnya sebiji shj.
Mungkin sebab tu donut ini lembut dari maghrib sampai zohor keesokannya.
Donut masih panas guling dalam gula.. memang cair laaa huhu
Bahannya campak2:
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis
4 sudu besar gula
2 biji telur
Air ais secukupnya
2 sudu tepung susu
1 sudu teh baking powder
2 biji kentang rebus dilenyek halus
Caranya:
Campur kesemuanya dalam bm uli sehingga sebati. Keluarkan dek kerana bm meragam, ilahjy uli dengan tangan dalam 20 minit tak perlu anjal. Donut tetap gebus dan mulus.
No comments:
Post a Comment