terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








31 October, 2011

366. LANGKAH MEMBUAT LAKSAM

mari kita saksikan langkah2 membuat laksam. ilahjy baru saja beli periuk cap ayam yg hanya dibeli khusus utk menggunakan penutup periuk utk membuat laksam. berbaloi2. akhirnya setelah sekian lama buat laksam tak semengah mana akhirnya pagi tadi selama 2 jam dapat juga ilahjy menyiapkan laksam paling TERCANTIK semenjak bertahun2 seusia anak yg bongsu si nurl iyana.. puas belajar.. demi kalian semua mari kita saksikan kepenatan ilahjy membuatkan N3 khas ini utk sama2 ditatapi utk diri sendir dan anak2 kusss di masa depan... resepi telah dicuba di N3 lama sila ke sini jika ingin resepinya
angkat dan simpan dalam bekas sedia utk digunakan

tolak sehingga jatuh ke hujung tudung tak perlu dipegang nanti cepat basi

terus di tolak sehingga bergulung sekata

keluarkan dari tepi tudung dgn pisau plastik

kukus selama 5-10 minit api kuat sehingga naik mengelembung seperti di atas

tuangkan bancuhan tepung ke dalam tudung separuh sukatan tudung periuk itu

panaskan kukusan dan sapu minyak di tudung periuk tak perlu basuh utk kukusan seterusnya. panaskan seketika sebelum masukkan bancuhan.

dikacau sebati masukkan ke dalam jag supaya senang utk dituang ke dlm kukusan

tuangkan air suam ke dalam tepung

campuran tepung beras dan tepung gandum di dalam besen

RESEPI ULANG TAYANG BERSAMA SEDIKIT PETUA ILAHJY:

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam (ilahjy guna 3 air panas didih 2 air biasa)
minyak utk lenser tudung periuk
1 tudung periuk nipis mcm dlm gmbr

caranya:aka petua:

panaskan kukusan bersama tudung periuk yg disapu minyak secukupnya, keliling tudung periuk, supaya adunan mudah lekang. setiap kali mengukus sapu kan minyak dan tudung tak perlu dicuci seperti dlm gambar.

campurkan tepung gandum dan beras dalam besen.
masukkan air tadi kacau sebati masukkan garam kacau lagi.

masukkan adunan ke dalam jag sambil2 di kacau supaya adunan tepung tidak mendap.
tuangkan separuh dari tudung periuk seperti dalam gambar.
kukuslah sehingga gelembung baru angkat dan buatlah seperti di dalam gambar.

kalau tidak gelembung nanti laksam akan patah dan tak enak/tak masak.
api ketika mengukus perlu kuat supaya tepung cepat masak.

utk cepat proses sejuk sila guna kipas angin sebab tudung periuk 1 sahaja. kalau ada 2,3 lagi cepat. tak menang tangan la pula nanti...hehehe...

sila ulang langkah di atas sehingga habis..
sila guna cawan comel kalau keluarga kalian setakat 3,4 org..
adunan di atas ilah jy dpt buat 8 biji/gulungan.. memang tak lari. ngeh3x

semoga kalian faham..dan dipermudahkan urusan emmmm selamt mencuba org kedah pandai buat laksam apa lagi org kelantan dan trangganuuuu kiteeee ..nor secubit garam pasti pandai kan...ahakssss... joommm layanzzzz..
sekian terima kasih...
siapppp ada yg kena ni kang...dok memuji diri...apa2 je laaaa...senyum mesti selalu..

sedikit lagi nak bagitau::
kalu antara kalian suka laksam ni lembut mcm org tua2 yg tak boleh nak kunyah lama ahakss contoh kekurangan gigi laaa.. tambahkan sikit lagi air sebanyak 1/2 cawan. itu yg pernah ilahjy buat dulu. yg di atas ni sedang elok lembutnya

5 comments:

Mamasya said...

Aslmkum k.jy

elok jadinya laksam K.jy. laksam ni kami sekeluarga cukup suka...kalau buat sikit mmg tak cukup...anak2 tanya nak lagi.sypun tak da tutup periuk...guna dulang besi dan pinggan besi...kdg2 loyang kekpun guna juga...
re; mmg mewah makanan masa jamuan....rambang mata nak pilih.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

teringat mak sy buat laksam mcm kak ilah ni, guna tudung periuk, tapi sekali jerlah mak buat, hihi

Unknown said...

terima ksh kak ilah....t'ingin jg nak mencuba lagi...sblm dah byk kali buat tp asyik failed je kak... :)

Cheq Sue said...

aduh, cantiknya laksam kak ilah ni, kalah yang orang kelantan buat...

ilahjy said...

2 mamasya
ooo mcm tu ker... boleh guna berbagai2.. sebelum ni kak guna dulang air yg saiz kecik.. susah lambat masak sbb tebal..

2 sari kusss
nanti ajak mak buat sama2 tauuu

2 mamasya
senasib lah dgn kak ilah dah bertahun2 buat separuh jer boleh makan.. huhuu

2 cheq sue
hikhikkk ..seganlah kena pojeee.. belum cukup mahir lagi ni cik guuuu...emmm