Ilahjy suka makan *kue teow* lembut ini jika kami beli yong tau foo kat pasar malam.
sebenarnya ilahjy tak tahu langsung nama sebenarnya. yg pasti ia amat lembut halus dan licin jika dimakan. bila dah suka makan maka suka nak buat dan nak mencuba. awal tahun 2012 ilahjy pun mencari resepi nie.. puas taip nama pelbagai supaya keluar resepi tapi tak juga keluar.. entah macam mana nak ditakdirkan terjumpa juga akhirnya selepas beberapa hari mencari.. ilahjy pun tak simpan apa nama blog tu.. yg pasti blog itu milik sorang berbangsa china. ilahjy terjemahkan bahasanya lintang pukang.. jenuh pening membaca dan memahaminya.. akhirnya petang semalam 28 okt 2012 setelah berbulan2 lamanya resepi ini tersimpan, dengan mudahnya ilahjy cuba juga PURA2 faham.. dan terus juga membuat mende nie.. ilahjy cuba bayangkan laksam yg pernah ilahjy buat dulunya.. mungkin sama juga caranya.
ALHAMDULILLAH berkat nak makan menjadi juga akhirnya. cuma tak de taburan lenga goreng jer.. kalu ada pasti sedap.. lenga ada cuma malas nak goreng jer hehehe...cukuplah inti yg ada di dalamnya
TAPI APA KAH MAKNA CHEE CHEONG hanya mereka yg faham jer yg tahu.. kalau boleh ilahjy nak kekal panggil LAKSAM TAU FOO...
TAPI APA KAH MAKNA CHEE CHEONG hanya mereka yg faham jer yg tahu.. kalau boleh ilahjy nak kekal panggil LAKSAM TAU FOO...
sila tabur bijan goreng baru kaw kaw.
mudah menggunakan gunting daripada pisau
hasilnya mmg agak lembut dari laksam..
buat seperti laksam cuma tambah intinya
kesemua bahan di campur sebati
bahan: (dapat 3 gulungan sahaja) hasil ubah suai ilahjy
3/4 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
1 sudu besar minyak masak
3/4 cawan air panas
1/2 cawan air sejuk
caranya:
1. ayak tepung, masukkan ke dalam bekas bersama kesemua bahan. kacau rata
2. masukkan air panas kacau sebati kemudian masukkan pula air sejuk dan kacau sehingga rata
3. masukkan ke dalam jag supaya senan g utk dituang.
4. panaskan kukusan. sapu minyak pada tudung periuk. panaskan sebentar.
5. kemudian tuangkan bancuhan tadi. kukus sehingga mengelembung
6. angkat taburkan intinya dan gulungkan.
udang kering/geragau digoreng sehingga wangi kemudian masukan potongan nipis kubis panjang
kalau ada hirisan daun bawang dan daun sup lagi enak..
*maaf kehabisan bekalan kerana raya haji kedai tutup ya puan2 hehehe *
kelihatan renjisan lada sulah diatasnya
1 sudu besar taucu
2 sudu besar kicap (ikut selera msg2 pekat atau nipis warna nya)
1 cawan air
1 sudu besar tepung gandum(ikut kepekatan masing2 suka)
1 sudu besar sos cili
cili padi ketuk ikut pedas
sedikit gula
sedikit garam
lada sulah
caranya:
kisar kesemua bahan dan panaskan sehingga mendidih masa hidang renjiskan lada sulah
bahan2 boleh di ubah suai ikut selera masing2..
4 comments:
sedapnya suka.... suka sangat dapat belajar bt kuey tiaw ni
Kak Ilah, kita suka makan ni... :-))))
salam kak ilah, liza pun suka mkn dgn ytf ni tp biase beli je...
rajinnya...suka tapi tak brp rajin nak buat.
Post a Comment