Mungai atau kelo adalah buah kekacang yg sama. Berbeza sebutan di negeri daerah masing di malaysia ini.
Buah ini seakan kekacang yang panjang nya boleh mencapai 2 kaki seperti pernah ilajy jumpa dulu di kampung kedah.
Mengikut arwah nenek buah ini tidak elok utk penghidap sakit angin urat.
Sebab itu ilahjy tak pernah membelinya.
Tapi alhmdulillah bila dimasak semua anak2 suka makan dan pandai pula memakannya. Tak perlu diajar memakan nya bagaimana.. hendaklah di bersihkan dibuang urat buah ini seelpas itu perlu dikikis kulitnya. Setelah itu dipotong dan dimasak. Ilahjy suka masak gulai lemak arwah nenek ajar. Tapi ilahjy tokok tambah kasi sedap.
Sebatang 20 sen shja. Tapi sekaki sahaja pjgnya.
Bahan2nya:
4 batang mungai dibersihkan kulitnya dan dipotongkan
Sedikit udang kecil
santan pekat secukupnya
1 sudu besar serbuk kari ikan
1 biji bawang besar
5 Ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
4,5 biji cili padi
Bahan2 ini dimesin halus.
Caranya:
Bahan2 yg dimesin dipanaskan terus bersama mungai masak sehingga empuk.
Masukan udang, garam dan santan pekat. Setelah mendidih padam api.
No comments:
Post a Comment