Roti 1MALAYSIA ilahjy beri nama sebab ada pelbagai hiasan toppingnya.
Senang nak makan banyak pilihan tak payah berebut..
Adunan yg sama ambil dari resepi adunan donat yang lepas. Cantik mulus kejadiannya. Ilahjy dah mahir dan suka dengan resepi ini.
Bahan2nya:
400 gm tepung roti
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus
18 gm yis kering
10 gm bread improver ganti water roux 2 sudu besar(ilahjy guna 1 sudu kecil baking powder sbb bahan2 tsbt tak de)
10 gm garam
20 gm susu tepung
1 biji telur ( ilahjy guna 2 biji)
240 gm air ais
60 gm Marjerin
Caranya:
Ayak kesemua bahan2 kering bersama garam.
Masukan telur, air ais, gula, ke dalam BM
Kemudian masukan bahan2 ayak tadi
On bm uli sehingga sebati baru nasukkan marjerin
Uli lagi sehingga licin.
Perap doh naik 2 kali ganda. Setelah itu tumbuk buang udara.
Bentukan doh mengikut bentuk yg dikehendaki
Perap naik sekali lagi, sembur air atas adunan. Hiasi atas roti mengikut selera masing2 . bakar dalam oven 160 darjah selama 25 minit
Nota:
Panaskan oven kosong selama 10 minit.
Matikan api atas. Masuk adunan bakar selama 10 minit. Selepas itu Sembur dengan air sekali lagi.
Selepas itu hidupkan api atas pula teruskan membakar sehingga masak. Sebelum padam api akhir. Sembur sekali lagi air.
Keluarkan terus sapu susu cair bercampur marjerin. Untuk mengilat dan mengedut atas roti.
1 comment:
assalam ilah, kak noor baru buat roti hari ni hahaha merajinkan diri, nanti nak try resepi ilah lagi banyakkkk oooo
Post a Comment