terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








18 January, 2009

56. STEAM BOAT. Dari sorg chef mess. 1998 di kangar perlis

STEAM BOAT
(Boleh buat kenduri ni hehehe aku dapatkan resepi ni dari chef terkenal…di satu mess)

A. BAHAN UTAMA

1. DAGING LEMBU 1 KG
2. DAGING AYAM 1 EKOR
3. IKAN KURAU/SIAKAP 1 EKOR
4. UDANG KERTAS 1 KG
5. ISI KETAM 1KG
6. SOTONG KEMBANG 1 KG
7. BEBOLA IKAN ½ KG
8. TELUR PUYUH 30 BIJI

SAYUR-SAYURAN

1. BUNGA KOBIS 1 KG
2. SAYUR KAILAN 1 KG
3. KACANG SEPAT ½ KG
4. KOBIS PANAJANG 1 KG
5. SALAD BUNGKUS 1 BIJI
6. CENDAWAN BUTANG 1 TIN
7. DAUN BAWANG 200 GRAM
8. SAWI POCAHI ½ KG

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN

1. BEE HOON 1 BUNGKUS
2. ANAK SAWI 100 GRAM
3. TEPUNG JAGUNG 1 PAKET KECIL
4. TELUR AYAM 4 BIJI
5. MINYAK BIJAN 1 BOTOL KECIL
6. MINYAK JAGUNG 1 BOTOL KECIL
7. LADA SULAH 1 BOTOL KECIL
8. KIUB AYAM 4 KETUL
9. KIUB IKAN BILIS 4 KETUL
10. SERBUK PERASA
11. UBI SENGKUANG 2 BIJI
12. HALIA 100 GRAM
13. CILI MERAH 2OO GRAM
14. BAWANG PUTIH 100 GRAM
15. BAWANG MERAH 200 GRAM
16. LIMAU KASTURI 8 BIJI
17. CUKA 1 BOTOL KECIL
18. KICAP MASIN 1 BOTOL KECIL
CARA MEMBUATNYA:

B. KUAH/SUPNYA

1. ASINGKAN ISI AYAM DR TULANG
2. SENGKUANG DIPOTONG SETEBAL 2” DIREBUS BERSAMA TULANG AYAM BERSAMA 4 LITER AIR
3. BILA MENDIDIH MASUKKAN KIUB-KIUB SERTA LEMAK AYAM JIKA ADA
4. CAMPUR LADA SULAH DAN PERASA
5. SESUDAH MASAK TAPISKAN

C. PERSIAPAN BAHAN UTAMA

1. DAGING LEMBU DIPOTONG SETEBAL 2CM DAN PANJANG 5 CM
2. DAGING AYAM POTONG SAMA DAGING
3. IKAN KURAU/ SIAKAP POTONG SAMA DAGING
4. SOTONG POTONG SAMA DAGING
5. UDANG KERTAS DIBUANG KULITNYA TINGGAL KAN EKOR NYA SAHAJA
6. BEBOLA IKAN DAN KETAM DI POTONG IKUT SUKA
7. TELUR PUYUH DIREBUS KOPEK KULITNYA
8. SAYUR2AN DIPOTONG IKUT SELERA

D. CARA MENYEDIAKAN BAHAN UTAMA

1. DAGING -
TUANGKAN 3 SUDU BESAR MINYAK BIJAN, ¼ SUDU TEH BAHAN PERASA
1 SUDU BESAR LADA SULAH, 2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
GAUL RATA KESEMUA BAHAN DIATAS
2. AYAM - BUAT SEPERTI DAGING
3. ISI IKAN - 1 BIJI TELUR DIAMBIL PUTIH MASUK KE DALAM SATU BEKAS, DICAMPUR DENGAN 2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG, 1 SUDU BESAR LADA SULAH,
¼ SUDU TEH PERASA, PUKUL SAMPAI BERBUIH SAPU PADA IKAN
4. UDANG BUAT SEPERTI IKAN
5. SOTONG - HANYA DITABUR DGN LADA SULAH 1 SUDU BESAR DIGAUL RATA
6. KESEMUA BAHAN2 TERSEBUT YG TELAH SIAP DIPROSES DIPERAP DAN SIMPAN DLM PETI SEJUK

E. PERSIAPAN MINYAK BAWANG

1. BAWANG MERAH DIHIRIS NIPIS. BAWANG PUTIH DICINCANG
2. TUANGKAN 2 CAWAN MINYAK JAGUNG KE DALAM KUALI DAN PANASKAN, GORENG BWNG MERAH KEKUNINGAN
3. MINYAK YANG SAMA GORENG BAWANG PUTIH SEHINGGA KUNING DAN KEMUDIAN TUANG MINYAK SERTA BAWANG PUTIH TADI KE DALAM BEKAS TAHAN PANAS, BIAR SEJUK. CAMPUR DGN BAWANG MERAH TADI KACAU RATA.

F.PERSIAPAN SOS CILI MERAH

1. 400 GRAM CILI MERAH DIPOTONG DADU BUANG BIJI, HALIA SETEBAL 1” DICAMPUR DGN 10 ULAS BAWANG PUTIH YANG DITUMBUK HANCUR KESEMUANYA, KEMUDIAN
ASINGKAN KE DALAM BEKAS YG SESUAI DAN DICAMPUR DGN SEDIKIT GARAM DAN PERASA SERTA PERAH AIR ASAM LIMAU KASTURI SECUKUPNYA
2. AMBIL 2 BIJI KULIT LIMAU KASTURI YG PERLU DIHIRIS HALUS DAN ICAMPURKAN DGN CILI /HALIA/BWNG PUTIH DITUMBUK HANCUR TADI, SERTA KACAU RATA
3. AMBIL SEDIKIT MINYAK LEMBAK YG TIMBUL DLM SUP TADI, DICAMPUR KE DLM SOS CILI YG SIAP DIPROSES TADI, SERTA DIKACAU RATA, KEPEKATAN IKUT SUKA
4. JGN SESEKALI DICAMPUR CUKA, KRN CUKA UTK CILI POTONG SAHAJA

G. CARA MEMASAK BAHAN2 STEAM BOAT

1. KUAH SUP TADI YG TELAH SIAP DIMASAK, DIMASUKKAN KE DALAM BOAT YG BERSIH . TUTUP DULU. MASUKKAN BARA ARANG BAWAH BOAT
2. BUKA TUTUP BOAT, DICAMPURKAN 2 SUDU BESAR MINYAK BAWANG E KE DLM BOAT. DISEKELILING TIANG TENGAH SUPAYA TIDAK MELEKAT
3. MASUKAN DULU DAGING,AYAM, UDANG, ISI KETAM DAN SOTONG BEBOLA IKAN SELAMA 2-3 MINIT. SIAP UTK DIMKN
4. KUAH PERLU DITAMBAH JIKA KURANG

H. CARA MEMASAK BEE HOON SUP

1. BILA SEMUA BAHAN UTAMA TERSEBUT TELAH HABIS DIMASAK DAN DIMAKAN, MAKA SAMPAI MASA UTK MENU AKHIR.
2. GUNA SAKI BAKI KUAH DLM BOAT DAN MASUKAN 1 SUDU BESAR MINYAK BWNG E
3. PECAHKAN TELUR DAN MASUKAN KE DLM BOAT DAN TUTUP BOAT SELAMA 1 MINIT SUPAYA MENDIDIH
4. BUKA TUTUP DAN MASUKKAN BEE HOON DAN ANAK SAWI SECUKUPNYA DAN TUTUP 1MINIT DAN HIDANGKAN.

SELAMAT MENJAMU SELERA


2 comments:

ian anim said...

terima kasih ...keluarga saya suka makan steamboat tp nk cari kuah yang sedap tu susah..nk cuba la hujung minggu ni...pasti sedap!

ilahjy said...

http://after6am.blogspot.com/2011/02/holiday-special-steamboat.html#comments

ini link kak sofea penan g yg telah mencuba resepi ini..tahniah kak sofea..