SALAM SEJAHTERA
Setelah sekian lama gantung periuk kuali di dapo maya ini.. akhirnya ilahjy kembali dgn kek sarang semut ni.. sebenarnya hari2 ilahjy masak tapi mood utk kemaskini blog amatlah kosong sekali...
sebab guna kamera dari hanset samsung s 3 mini tak reti nak kontrol segalanya cuma boleh on flash jer..tapi gambar tu kira memuaskan hati juga laaa DSLR telah dibawa ke UIA oleh anak ke 3 utk projek.. jom kita lihat resepi hasil sekodeng di dapo maya HASUE MEK MUKAH NUN DI SARAWAK sana..dia amek dari dapo maya NOR SECUBIT GARAM.DI TERENGGANU KITA.
terima kasih kepada 2 insan yg ku sayangi itu...GMM
RESEPI PERNAH ILAHJY CUBA SEBELUM NI JOM KLIK DISINI YA
http://ilahmasakanku.blogspot.com/2010/11/239-apam-gula-hangus.html
perap 3 jam..ilahjy perap 1 jam jer mcm hasue
http://ilahmasakanku.blogspot.com/2010/11/239-apam-gula-hangus.html
perap 3 jam..ilahjy perap 1 jam jer mcm hasue
ilahjy tambah horlick 2 sudu besar
bancuhan hendaklah di kacau manja2 gitusss..
Resepi pertama
http://ilahmasakanku.blogspot.com/2010/11/239-apam-gula-hangus.html
BAHAN:
125 gm mentega
5 biji telur
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 gula pasir
1 sudu teh soda baikabonat
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh browning sugar
nota tambahan: ilahjy tambah 2 sudu besar holick
CARANYA:
1. cairkan mentega dan sejukkan
2. gorengkan gula sehingga menjadi perang dan cair tambah 1 cawan air, dan browning sugar masak sehingga cair sejukkan
3. maskukkan telur ke dalam bekas guna wish kacau perlahan sehingga sebati.
4. masukkan mentega cair dan susu kacau sebati, masukkan tepung gandum,soda, vanilla, dan gula hangus tadi. kacau sehingga sebati tapis dan perap 3 jam.
5. bakar 180 c sehingga masak selam 40mt. ilah jy ikut petua che mat gebu. 30 minit pertama api bawah 15 minit lagi tambah api atas..
6 comments:
salam kak Ilah..saya pun tgh skodeng2 respi kek sarang semut ni.. sure sedap kan. Lama dh tak makan, selalu beli kat pasar malam
cantiknya loyang Kak Ilah. Mak sy suka kek sarang semut ni.. selalu buatkan tapi macam dah lama tak buatkan , hehe
Assalamualaikum Kak...Kak...tambah horlick nak bagi tambah rasa lemak yaaaa....Cantik berkilat plak tengok kek akak ni....Telur pun 5 biji jeee...
2 CK.. jom buat kak syorkan kukus..nak cuba lain masa..bakar ni keras sikit huhuu kat bahagian bawah dia.. mungkin bakar terlalu lama kot
2 sari kusss cyg kalu nak pinjam boleh loyang tuu hehehe
2 sue kak sengaja tambah horlick nak kasi sedap hehe berminyak sgt tuuu kak tka berapa suka kak tekap dgn tisu kasi minyak keluar.. takut ooo kolestrol..
Kak, agak2nya leh x wat kek ni menggunakan double pan? Hehehe...
2 rieyzana cuba lah ramai yg masak kek jadi jer. kak ilah je r belum cuba
Post a Comment