Sudah 2 kali nasi lemaak pandan ini ilahjy buat yang pertama tak sempat masuk blog habis dimakan tak sempat amek gmbr..sejak guna samsung s3 mini tuu senang nak amek gmbar tak yah set bagai dengan DSLR CANON tuu.. sebab tu sejak akhir2 ni ilahjy rajen mengupdate blog.benda baru mmg rajen kan kan.bukan nak layor tapi kongsi kenapa ilahjy malas update bulan2 lepas.
disini ingin ilajy simpan buat kenangan utk anak2 rujuk dimasa depan resepi nasi lemak pandan cara ilahjy. adaptasi dari resepi nenek ilahjy guna halba dan jintan manis pewangi nasi.
makan bersama timun dan kentang goreng
4 pot beras wangi
5 helai daun pandan lebar2(mesin dgn 1 cawan air)
1 santan kotak tambah air mengikut keperluan beras masing2
1 sudu teh halba
1/2 sudu teh jintan manis
1 sudu besar hirisan halia
garam secukup rasa
caranya:
campurkan kesemua bahan dan tanak hingga masak.
kentang goreng:
potong kentang lebar macam dalam gambar rendam dalam air garam dan air kapur selama 20 minit. goreng sehingga masak.
sambal ikan bilis:
campuran cili kering,belacan sedikit ikan bilis dan bawang besar juga bawang putih yg agak banyak.
mesin kesemua hingga halus dan tumis sehingga pecah minyak masukkan santan pekat dalam 1/4 cawan dan air asam secukup rasa.
telur dadar gulung:
2 biji telur,garam dan sedikit air campur kesemua pukul sebati dan dadarkan nipis sejukan kemudian gulung.padat2. potong nipis.
No comments:
Post a Comment